Punca Jerawat dan Cara Atasinya Dengan Cepat, Berkesan dan Selamat | Pakar Cantik

Wednesday, October 26, 2016

Punca Jerawat dan Cara Atasinya Dengan Cepat, Berkesan dan Selamat

Assalamu’alaikum w.r.t
Kebanyakan perempuan menghidap jerawat pada usia belasan tahun sehingga akhir 30 an. Tapi paling ramai yang jumpa Miza secara serius ialah dalam lingkungan 23 hingga 26 tahun.
Mungkin sebab masa inilah hidup mereka aktif. Naluri nak cantik semakin kuat dan mereka tekad untuk atasi masalah jerawat. Miza setuju kerana inilah masa terbaik. Kalau tak diambil tindakan drastik, parut jerawat akan beri kesan lebih buruk pada wajah. Bila masuk saja umur 30 an, senang lah jeragat nak tumbuh.
Dalam entry kali ini Miza kongsikan apakah punca masalah jerawat dan cara hilangkan jerawat dengan cepat, berkesan dan selamat.

Punca masalah jerawat dan cara atasinya dengan berkesan




Punca Masalah Jerawat dan Cara Atasinya dengan Cepat, Berkesan dan Selamat


1. Masalah Hormon

Majoriti punca jerawat ialah hormon. Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen.
Disebabkan hormon tak stabil, jerawat akan selalu tumbuh walaupun kita dah cuci liang pori- pori tu bersih dengan pencuci muka. Pendek kata, apa krim atau pencuci yang kita pakai tak akan menjadi sebab masalah hormon tak diatasi.
Untuk stabilkan hormon, anda boleh amalkan GLA Complex dan hilangkan jerawat dengan cepat

punca masalah jerawat - hormon tak stabil



2. Kilang Minyak Terlalu Aktif

Punca ini sama saja bagi lelaki atau wanita. Sebum (kilang minyak) akan mengeluarkan minyak secara berlebihan. Puncanya ialah paras hormon yang tak stabil. Minyak yang terlalu banyak akan menyebabkan liang folikal (pori- pori) tersumbat dan menjadi melekit.

Keadaan ini juga akan ‘menjemput’ bakteria yang menyebabkan jerawat menjadi merah dan bengkak. Semua ini mengakibatkan radang kulit (jerawat) terjadi. Masa ini la jerawat mula timbul dan membenjol. Jadi, untuk hilangkan jerawat dengan cepat, anda kena atasi masalah kulit berminyak.
Amalkan GLA Complex kerana fungsinya untuk menstabilkan hormone estrogen dan androgen. Saya cadangkan jangan ambil vitamin E sebab sesetengah kes menunjukkan vitamin E akan meningkatkan pengeluaran minyak. Jerawat boleh jadi makin teruk.
punca jerawat - kilang minyak terlalu aktif dan liang pori tersumbat

3. Masalah Jangkitan Bakteria
Bila minyak yang terlalu banyak menyumbat pori-pori, bakteria akan masuk dan menyebabkan jerawat jadi bengkak dan merah. Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit.

Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

Dan dalam keadaan macam ni, pencuci muka ‘Gentle Deep’ adalah yang terbaik. Pencuci jenis ini akan mencuci pori- pori dengan bersih dan lembut. Jika dalam pencuci muka dengan vitamin C, ia akan merawat luka dan kecederaan di lapisan kulit didalam pori- pori. Sebab tu penting untuk pilih pencuci muka yang sesuai untuk masalah jerawat.
Saya cadangkan anda cuba pencuci muka khas untuk jerawat ni Gentle Deep FoamingCleanser (klik)
 
pencuci muka kulit berminyak dan berjerawat
Testimoni Pencuci Muka Shaklee - Gentle Deep Foaming Cleanser


4. Kulit Tidak Sihat
Mana mungkin kulit yang tidak sihat mampu melawan inflamasi kulit seperti masalah jerawat. Mengikut kajian, kulit yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat mempunyai tahap antioksidan yang rendah. Dan kulit yang ada tinggi antioksidan tidak mempunyai masalah kulit.
Jadi jelas antioksidan sangat penting untuk kulit yang sihat. Ada beberapa antioksidan yang sangat baik dan selamat untuk hilangkan jerawat dengan cepat.


  • SR Vita C 500 mg : Tablet vitamin C yang tinggi antioksidan. Mengandungi teknologi sustained released yang menyebabkan vitamin C ni boleh bertahan dalam darah 5 jam, jauh lebih lama dari vitamin C lain di pasaran. Ia menaikkan kolagen secara semualajadi, menghilangkan jerawat dengan cepat dan mencerahkan kulit. Baca info penuh SR VIta C
  • Carotomax : Softgel yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti beta carotene. Berfungi untuk mengecutkan liang pori- pori dan memberikan kesihatan pada kulit. Pengguna Carotomax akan mendapati kulit mereka cerah dalam masa yang cepat.
  • Vivix :  Mengandungi tahap antioksidan paling tinggi dan paling selamat dalam dunia. Menghalang segala jenis masalah kulit seperti jerawat dan jeragat. Sangat berkuasa dan terbukti berkesan. Sudah terjual lebih dari sejuta botol d Amerika dan Eropah. Baca Atasi Masalah Kulit Rosak Dengan Vivix



  
5. Stress
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar. Jadi, kawal hormon dengan GLA Complex dan kawal stress dengan B-Complex.


6. Toksin Berlebihan
Pengumpulan toksin dalam badan disebabkan pemakanan yang tidak sihat dan sistem penghadaman yang kurang cekap. Jika sistem semula jadi tubuh seseorang tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan menyebabkan banyak lagi penyakit lain. 

Miza cadangkan ambil Herblax dan Alfalfa Complex untuk Detox badan. 


kenapa perlu detox?



7. Penggunaan kosmetik dan alat solek
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi masalah kulit anda.



Miza cadangkan guna Make-Up Remover sebelum mencuci muka. Make up Remover Shaklee  (klik) membersih dengan lembut tanpa merosakkan kulit muka. Semulajadi tanpa alkohol yang mengeringkan kulit dan bahan kimia terlarang yang merosakkan kulit.

pencuci make up shaklee hilangkan kotoran di permukaan wajah


Kelebihan Makeup Remover Shaklee
Testimoni Pencuci Make-up Shaklee - Gentle Action Makeup Remover

Konsultansi Kulit

Hubungi Miza 0199363759 untuk konsultasi lanjut. 
Jaminan Miza - cara makan yang betul dan servis tiptop untuk pelanggan Miza :)
Baca: Konsultasi Tip Top (Klik sini)


*****
 

Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759

Ingin menjana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee? Sertai Miza dalam group rahsia Miza untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah. Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...