Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit Supaya Wajah Kekal Cantik Sepanjang Usia | Pakar Cantik

Friday, January 20, 2017

Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit Supaya Wajah Kekal Cantik Sepanjang Usia

Assalamu'alaikum w.r.t

Wajah adalah aset penting bagi wanita. Wajah yang cantik meningkatkan keyakinan diri seseorang wanita. Sebaliknya, wajah yang berjerawat, berjeragat dan kusam akan membuatkan seseorang wanita berasakan penampilan dirinya tidak sempurna.

Oleh itu, penjagaan kecantikan wajah amat dititikberatkan oleh kebanyakan wanita, lebih-lebih lagi wanita bekerjaya. Surirumah tidak kurang hebatnya, ingin menjaga penampilan yang terbaik di mata suami.

Tidak dinafikan, terlalu banyak produk kecantikan di pasaran sekarang. Setiap wanita bebas memilih produk kesukaan masing-masing. Namun awas, jangan sampai tertipu dengan janji manis peniaga yang menjanjikan hasil yang terlalu cepat.

Bagaimanakah caranya memilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kita dan tidak membahayakan kesihatan? Jika tersilap pilih pencuci muka, muka akan rosak dan lebih menakutkan ia turut membahayakan kesihatan dengan risiko kanser. Berhati-hati memilih produk pencuci muka supaya tidak tersalah pilih produk yang tinggi dengan kandungan bahan kimia berbahaya.

Miza kongsikan cara memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit supaya wajah kekal cantik sepanjang usia di bawah. Penjagaan kecantikan wajah harus dititikberatkan dari usia remaja supaya kulit tidak mudah rosak dan menyukarkan penyembuhan bila usia sudah meningkat kelak.

Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit Supaya Wajah Kekal Cantik Sepanjang Usia


Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit 

1. Kenali Jenis Kulit Sendiri

Terdapat 5 jenis kulit yang biasa kita temui 
  • Kulit Normal (Normal Skin) - seimbang dari segi kelembapan, minyak dan ketahanan kulit.
  • Kulit Kering (Dry Skin) - liang roma sukar dilihat selepas beberapa jam muka dicuci. Elakkan pencuci muka yang mengandungi alkohol dan minyak
  • Kulit Berminyak (Oily Skin) - kulit kelihatan berkilat dann berminyak selepas beberapa jam dicuci. Pilih pencuci muka dengan pH yang rendah (acidic) untuk memudahkan minyak dibuang
  • Kulit Kombinasi (Combination Skin) - kulit berminyak di zon T dan kering di bahagian muka yang lain. Elakkan sabun mandi atau sabun muka. Cari pencuci muka yang lembut pada kulit, dan basuh dengan air suam
  • Kulit Sensitif (Sensitive Skin) - sering merasa tegang atau gatal-gatal dan mengalami reaksi alahan bila terkena bahan kimia tertentu yang digunakan dalam pencuci muka. Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi (fragrance), minyak atau bahan kimia yang boleh merengsa kulit.


Jenis Kulit


2. Cari Pencuci Muka Yang Banyak Buih dan Halus

Cara yang betul untuk menghilangkan kotoran di muka adalah menggosok dengan lembut pada muka, bukan menggosok dengan kuat. Gosok dengan kuat bukan hanya menyakitkan muka, bahkan tidak mencuci muka dengan bersih. Kotoran pada muka hanya dapat dihilangkan dengan pencuci muka yang banyak buih dan halus. Jadi, ia akan masuk ke dalam liang pori dan membersih kulit dengan lebih berkesan lagi.

Pencuci muka berbuih halus dan banyak


3. Pilih Pencuci Muka Yang Sedikit Berasid (pH 5.5)

Pencuci muka yang beralkali boleh merengsakan kulit. Pilih pencuci muka yang sedikit berasid iaitu pH yang lebih kurang sama dengan pH kulit muka kita


4. Pilih Pencuci Muka Yang Tiada Bahan Pewangi 

Bahan pewangi dan pengawet juga boleh merengsakan kulit serta menyebabkan kesan alahan. Semasa memilih pencuci muka, elakkan bahan-bahan berikut:

  • Paraben
  • Imidazolidinyl Urea
  • Quaternium-15
  • Phenoxyethanol Methylchloroisothiazolinone
  • Fomaldehyde

5. Pilih Produk Yang Khusus Untuk Wajah

Pilih produk yang dikhususkan untuk penjagaan wajah sahaja, bukan untuk seluruh tubuh badan


6. Pilih Pencuci Muka Yang Menjimatkan

Pilih pencuci muka yang tahan lama, penggunaan 8-12 bulan sekali beli. Walaupun mungkin pada awalnya harga kelihatan agak mahal, tapi jika dibahagikan dengan tempoh penggunaan, mungkin ini yang lebih jimat.

7. Gunakan Air Sejuk Untuk Membilas Selepas Mencuci Muka

Keringkan muka dengan lembut menggunakan tuala bersih. Sudahi dengan memakai toner, pelembab muka ataupun krim malam untuk kekalkan kelembapan kulit.

Klik sini untuk baca Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat


Pencuci Muka Untuk Kulit Normal, Kering, Berminyak dan Kombinasi

Nutri White Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Lembut dan tidak mengeringkan kulit
  • Berbuih banyak dan halus, membersihkan kotoran hingga ke lapisan kulit paling dalam
  • Ramuan Utama Gentle Deep Foaming Cleanser:
  1. Rumpai Laut - Menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel kulit mati dan menegangkan
  2. Alga Hijau - Menyahtoksin dan melembapkan
  3. Strawberi Begonia - Mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
Pencuci muka untuk kulit normal dan kombinasi

Baca:



Nutri White Gentle Action Makeup Remover

  • "Gentle Action" yang pastinya bertindak secara lembut, dan dirumus dengan tidak berminyak dan mudah diserap kulit
  • Tunas pokok bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma menyegarkan
  • Berkesan membersih hingga ke pori-pori menjadikan muka lebih bersih dan lembut selepas dicuci
  • Boleh hilangkan whitehead dan blackhead juga
  • Harga mampu milik - tahan sehingga 6-9 bulan untuk penggunaan seorang
  • Tidak merengsa

Mencuci muka lebih bersih dengan makeup remover

Baca:


Untuk kesan lebih bersih, Miza cadangkan guna pencuci muka bersama makeup remover. Gunakan makeup remover sebelum mencuci muka pada waktu malam.

Makeup Remover perlu walaupun anda tidak memakai makeup kerana muka anda terdedah dengan kotoran pada siang hari seperti asap, habuk, minyak dan kesan bedak. 




Pencuci Muka Untuk Kulit Sensitif / Terlalu Kering  / Terlalu Berminyak

Normal to Oily Skin

Enfuselle Purifying Cleansing Gel (Normal to Oily Skin)

Normal to Dry Skin

Enfuselle Hydrating Cleansing Lotion (Normal to Dry Skin)



Testimoni Produk Pencuci Muka Shaklee









Konsultasi Kulit

Hubungi Miza 0199363759 untuk konsultasi lanjut.
Jaminan Miza - cara guna yang betul dan servis tiptop untuk pelanggan Miza :)
Baca: Konsultasi Tip Top (Klik sini)


*****

Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759

Ingin menjana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee? Sertai Miza dalam group rahsia Miza untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah. Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini.

2 comments:

  1. Macam mana nak tahu pH sesuatu produk pencuci muka ye? Ada ke tulis di produknye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai jaja 😊😊

      Bergantung kpd produk, ada yang tulis pH, ada yg tak tulis.. jaja boleh tanya seller brapa pH sesuatu pencuci muka tu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...