Resepi Coklat Chip Cookies Yang Super Sedap Ala-ala Famous Amos | Pakar Cantik

Sunday, March 5, 2017

Resepi Coklat Chip Cookies Yang Super Sedap Ala-ala Famous Amos

Assalamu'alaikum w.r.t

Siapa suka makan biskut Famous Amos yang super sedap tu? Miza suka sangat! Tapi kalau nak beli selalu, fikir banyak kali jugak lah. Mahal weii. Tapi memang sumpah sedap. Tapi mahal. Tapi nak makan jugak. Macam mana tu?

Buat sendiri lah kat rumah. Jimat dan boleh makan banyak-banyak tanpa rasa bersalah. Alhamdulillah ada kawan share resepi ni kat FB, Miza share dekat sini untuk rujukan masa depan. Buat masa sekarang masa masih belum mengizinkan Miza untuk cuba resepi ni. Insyaallah akan dicuba jugak suatu hari nanti.

Resepi coklat chip cookies ala-ala famous amos
Resepi chocolate chip cookies ala-ala famous amos

Bahan-Bahan

Bahan A

2 1/2 cup tepung gandum
4 sb tepung jagung
1 sb tepung beras
2 sb serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder


Bahan B

250gram mentega
3/4 cup gula halus
1/2 cup gula perang


Bahan C

Sedikit esen vanilla
Sebiji telur
3 sb minyak masak


Tambahan

3sb nutella
10 keping biskut marie(hancurkan)
Choc chip & badam cincang


Cara Masak


  1. Ayak bahan A. 
  2. Dalam bekas lain, satukan bahan B. Gaul sebati guna spatula.
  3. Masukkan bahan C kedlm adunan B.
  4. Tambahkan 3sb nutella.
  5. Masukkan bahan A tadi sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  6. Tambah biskut marie. Gaul rata.
  7. Masukkan choc chip & badam. Ni depends nk letak apa. Emma letak choc chip, peanut butter chip & badam.
  8. Gaul sebati. Simpan dlm freezer selama 30minit.
  9. Lepastu bentukkan ikut awak suka. Emma bulatkan & tekan dgn garfu je.
  10. Jgn lupa sapu mentega dulu pada dulang atau guna baking paper.
  11. Bakar suhu 170°c selama 20-30 minit ikut size oven masing2.


Sumber: FB Emma Rusli


Kalau rajin boleh buat biskut raya untuk tahun ni, raya pun dah tak lama dah. Kurang 3 bulan lagi nak puasa. Kalau terlebih rajin dan ada banyak masa terluang, bolehlah buat bisnes biskut raya cari duit lebih untuk belanja raya. Bisnes biskut raya untung tau, sebab ramai yang suka beli je sekarang, masing-masing tak sempat nak buat sendiri kat rumah. So, kalau anda ada lebih masa dan kudrat, why not buat bisnes biskut raya kan?

Selamat mencuba! Jangan lupa share dengan Miza feedback buat coklat chip cookies guna resepi ni tau. Dan berapa RM dapat untung jual biskut raya hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...