Cara Hilangkan Parut Jerawat Yang Berkesan Secara Natural

Parut jerawat di muka sememangnya mengganggu penampilan diri kita.


Rasa tak yakin bila jumpa orang ramai. Sebab malu orang asyik tengok muka yang berparut hitam.

Jadi anda nak hilangkan parut jerawat hitam selama-lamanya



Anda mencari cara hilangkan parut jerawat secara natural, guna bahan semulajadi kerana lebih selamat.

Jadi Miza kongsikan 7 cara hilangkan parut jerawat yang natural tanpa bahan kimia bahaya

7 Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Natural

1. Lemon

Lemon adalah buah sitrus yang kaya dengan Vitamin C. Sifat Vitamin C yang tinggi antioksidan ialah mencerahkan kulit.



Jadi, sapu lemon pada parut jerawat yang hitam akan mencerahkan kesan parut dan lama-lama parut jerawat akan hilang.

Kalau nak lagi berkesan, minum jus lemon tanpa gula setiap hari. Hati-hati jika anda ada masalah pedih perut.


2. Kulit Kayu Manis + Bedak Sejuk

Bedak sejuk antara petua kecantikan zaman-berzaman. 

Untuk hilangkan parut jerawat, campur bedak sejuk dan serbuk kulit kayu manis dan sedikit air. 



Sapu pada muka dan urut perlahan-lahan sebelum tidur. Biarkan kering dan cuci muka keesokan harinya. Buat sekerap yang mungkin untuk hasil yang lebih cepat


3. Daun Lidah Buaya / Aloe Vera

Daun lidah buaya kaya dengan pelbagai vitamin yang bagus untuk kecantikan kulit. Istimewanya, ia sangat lembut dan anda tak akan overdose jika guna secara berlebihan. 



Untuk hilangkan parut jerawat; patahkan daun lidah buaya, ambil lendirnya dan sapu pada muka. Biarkan selama setengah jam sampai kering dan cuci muka seperti biasa.

Buat sekerap mungkin untuk hasil yang lebih memuaskan.


4. Tomato

Tomato tinggi kandungan vitamin antioksidan seperti Vitamin C dan E. Sifat antioksidan ialah menegangkan kulit dan mengurangkan parut



Tomato dihiris atau dihancurkan dan dilekapkan pada kawasan muka yang berparut. Atau kisar buah tomato untuk dibuat jus dan diminum setiap malam.

Jika anda extra rajin, masukkan jus tomato dalam bekas ais dan bekukan. Sapu ketulan tomato pada wajah setiap malam sebelum tidur


5. Madu Asli

Madu merupakan raja segala makanan kerana banyak khasiatnya. Tak hairanlah banyak produk kecantikan menggunakan madu



Sapukan madu pada muka yang berparut, urut perlahan-lahan. Biarkan kering sebelum dibilas


6. Baking Soda

Soda bikarbonat atau baking soda banyak kegunaannya. Selain untuk buat kek, baking soda digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Baking soda mampu menyerap masuk ke dalam liang pori dan mengeluarkan kotoran yang tersumbat, sekali gus dapat mengelakkan jerawat baru.




Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan air, jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Lumurkan pada wajah yang berparut. Biarkan kering dan basuh dengan air sejuk. Pastikan anda sapu moisturizer selepas itu kerana ia mungkin akab mengeringkan kulit.


7. Timun

Timun tinggi kandungan air, vitamin A, vitamin C dan magnesium yang bagus untuk kesihatan kulit.



Hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.


Petua Semulajadi Tak Secepat Produk Khas Parut


Senang kan nak hilangkan parut jerawat, guna bahan dapur je. Anda boleh pilih salah satu cara yang paling sesuai dengan anda, atau boleh juga selang-selikan antara 7 cara di atas.

Kalau anda jenis yang tak sabar nak tengok kesan parut jerawat hilang, cara ini tak sesuai untuk anda.

Miza galakkan anda cuba produk hilangkan parut jerawat yang semulajadi, dan tentunya ada jaminan selamat.

You Might Also Like

0 komen