CoQ Trol Plus Shaklee - Khasiat Dan Keistimewaan Yang Pasti Buat Anda Teruja

Shaklee baru je lancarkan produk baru pada Januari 2018, iaitu Coq-Trol Plus. Sebenarnya, produk ni adalah versi CoQ-Health Plus yang telah ditambahbaik dengan formula baru yang lebih mengancam.




Apakah Coenzym Q10 / CoQ10?


Coenzyme Q10 atau lebih dikenali sebagai CoQ10 adalah komponen yang penting untuk menghasilkan tenaga di setiap sel dalam badan kita.

CoQ10 merupakan sejenis nutrient yang larut lemak dan terdapat dalam hampir semua sel badan kita. Paling banyak didapati di otak, jantung dan hati.

Ia terkandung dalam mitokondrion iaitu kilang tenaga sel. Ia bertindak seperti palam pencucuh / spark plug untuk memulakan proses penghasilan tenaga. Ia menukarkan makanan kepada tenaga dalam bentuk Adenosin Trifosfat (ATP)

CoQ10 juga merupakan sejenis antioksidan yang berkuasa melindungi sel dalam badan kita daripada kerosakan




Berapa Banyak CoQ10 Yang Badan Anda Perlukan?

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan kita.

Sebenarnya, CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita. Namun, penghasilan CoQ10 mula merosot bila usia makin meningkat.



Seawal usia 20 tahun, penghasilan CoQ10 mula merosot dan semakin mendadak bila mencecah usia 40 tahun dan berterusan sehingga 80 tahun.

Penghidap kolestrol tinggi yang mengambil ubat Statin untuk menurunkan paras kolestrol memerlukan lebih banyak CoQ10. Ubat Statin mengurangkan penghasilan CoQ10 secara semulajadi sebanyak 40%

Jadi, untuk pastikan anda mendapat cukup CoQ10 harian, anda perlu mengambil makanan seperti di bawah:



5 Kepentingan CoQ10 Untuk Badan Kita

1. Penghasilan Tenaga Yang Berkekalan

CoQ10 bertanggungjawab menjana 95% tenaga yang diperlukan oleh tubuh kita.

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi akan menghasilkan lebih banyak tenaga dalam sel badan kita

Jadi, badan kita dapat membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, kita akan jadi lebih bertenaga, cergas dan penuh keyakinan sepanjang hari.

Peningkatan Coq10 membantu meningkatkan kekuatan otot dan mempercepatkan pemulihan luka.



2. Peredaran Darah Yang Sihat

CoQ10 lebih banyak ditemui pada organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung kerana perlu mengepam darah ke seluruh badan.

Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung kita kuat dan sihat. 

Namun, bagi penghidap penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi yang terpaksa mengambil ubat Statin, penghasilan CoQ10 dalam badan mereka berkurang sebanyak 40%




Untuk mengekalkan jantung berdegup dengan sihat, kita perlukan CoQ10 tambahan yang membantu:
  1. Menguatkan otot jantung
  2. Menyokong fungsi jantung yang sihat
  3. Mengurangkan risiko diserang penyakit jantung
  4. Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil Statin




3. Sistem Pembiakan Yang Sihat / Meningkatkan Kesuburan 

Sel sperma adalah sel yang paling kecil dalam badan manusia. Jadi ia lebih berisiko untuk diserang radikal bebas dan tekanan oksidatif yang mencacatkan sel.

Pengambilan CoQ10 sebagai antioksidan akan melindungi sel dari kerosakan dan meningkatkan jumlah sperma

Selain itu, CoQ10 juga meningkatan tenaga sperma supaya melancarkan pergerakan sperma menuju ovum untuk persenyawaan.

Dalam satu kajian, yang melibatkan 228 orang lelaki yang tidak subur, seramai 114 orang telah diberi 200mg CoQ10 setiap hari. Lagi 114 orang lelaki tidak diberikan CoQ10 dan hanya sebagai kawalan.

Hasilnya, selepas 6.5 bulan, 114 lelaki yang diberikan CoQ10 menunjukkan peningkatan bilangan sperma sehingga 81% dan pergerakan sperma juga meningkat sebanyak 31%




Untuk kesuburan wanita, CoQ10 membantu meningkatkan tenaga sel dan memberi kualiti ovum yang lebih baik untuk pembahagian sel selepas persenyawaan berlaku.



Manfaat CoQ10 untuk kesuburan ialah:
  • Meningkatkan pergerakan sperma
  • Meningkatkan kuantiti sperma
  • Memperbaiki kualiti ovum
  • Meningkatkan peluang persenyawaan



Jadi, Miza sangat galakkan mereka yang cuba hamil mengamalkan CoQ10 supaya lebih tinggi peluang mendapat zuriat.



4. Kulit Yang Berseri

  • CoQ10 banyak terdapat di permukaan kulit lipid dan epidermis.
  • Ia bertindak sebagai pelindung UV (Sunblock) kepada kulit kita
  • Memberi tenaga untuk pembaikan sel dan penghasilan sel baru





Dalam satu kajian, CoQ10 terbukti dapat mengurangkan kedutan pada wajah selepas pengambilan yang berterusan selama 12 minggu

CoQ10 meningkatkan kandungan epidermal lapisan permukaan kulit dan lapisan dalam epidermis dan memperbaiki potensi antioksidan kulit.

Manfaat CoQ10 untuk kecantikan kulit ialah:

  • Menjadikan kulit lebih tegang dan kurang kedutan
  • Menjadikan kulit lebih halus
  • Mengekalkan keanjalan kulit
  • Kulit kelihatan lebih muda dan sihat








5. Meningkatkan Ketajaman Otak

CoQ10 bertindak memberi bekalan untuk fungsi otak dan menyokong daya perhatian dan fungsi otak yang sihat. Ia bertindak sebagai antioksidan pelindung neuro dan mengurangkan plak amyloid.

Semakin usia meningkat, penghasilan CoQ10 semakin berkurangan. Jadi, semakin tinggi risiko menghidap alzheimer atau nyanyuk.

Untuk warga tua, CoQ10 sangat penting untuk:
  • Lebih fokus dan peka
  • Kurangkan risiko penyakit berkaitan penuaan seperti Alzheimer dan Parkinson
  • Tingkatkan daya ingatan
  • Tingkatkan keupayaan belajar






Keistimewaan CoQ-Trol Plus 

Jika anda ingin mengamalkan supplement CoQ10, CoQ-Trol Plus adalah pilihan terbaik kerana:

  • Berkepekatan tinggi (100mg) CoQ10
  • Mengandungi kombinasi 2mg Resveratrol
  • Mengandungi kombinasi 5mg Tokoferol sebagai antioksidan
  • Sistem penyerapan minyak zaitun yang dipatenkan untuk penyerapan unggul
  • Bebas gluten








Beli Dari Miza



Hubungi Miza 0199363759 untuk dapatkan CoQ-Trol Plus dan produk Shaklee yang lain. 

Jaminan Miza, cara makan dan teknik pengambilan vitamin yang berkesan dan sesuai untuk setiap masalah kesihatan anda.



Order Online

Anda boleh juga memesannya sendiri dengan klik icon di bawah. 

Buat pembelian dengan kad debit / kredit tanpa hubungi Miza

>>KLIK UNTUK TUTORIAL<<





You Might Also Like

0 komen