Macam mana nanti, bila aku sudah tiada?
Hidup sebagai aku buat aku banyak berfikir. Fikir macam-macam. Kadang-kadang fikiran yang macam-macam tu menyimpulkan aku sebagai seorang penakut -- dari dalam.
Mungkin benar, seseorang yang kelihatan kuat dari luar sebenarnya sangat rapuh di dalam. Seperti logiknya tengkorak melindungi otak, kulit kacang melindungi isinya.
Sebenarnya, aku tidaklah sekuat yang aku cuba tonjolkan.
Mungkin sebenarnya, aku dalam penafian. Orang putih kata denial. Entahlah aku sendiri pun tak tahu.
Nanti, bila aku sudah tiada, macam mana?
Ataupun begini;
Macam mana nanti, bila kau sudah tiada?
Neither you nor I are immortal. We're not Silas (if you get what I mean)
Memikirkan ini, aku jadi takut. Lalu aku perlu lebih berhati-hati sebab hidup sekali sahaja. Jangan sampai menyesal.
Btw, aku suka lagu Biar - Fynn Jamal. Tak pernah lagi menangis teresak-esak kerana sebuah lagu; ini pertama kali. Terima kasih Fynn Jamal.
"Penat buat karangan berjela-jela dalam hati; end up -- pointless" - heymixa, 2013.
Karangan dalam hati; siapa yang baca? Kemon mixa!
Ewah ewah rajin betul buat karangan dalam hati ye..? Jimat kertas dan dakwat la tu. Konon sebab minyak naik 20 sen.
Tadi nyaris pergi stadium tengok perlawanan bola sepak. Nasib baik masih kuat iman, masih tebal perasaan malu. Stadium bola sepak ramai lelaki, tahu? Lagi pula, sejak bila aku layan bola sepak?
Sejujurnya, aku kurang suka perempuan bertudung menyanyi. Kadang-kadang, nampak macam tak kena. Ke mata aku je?
You really did.
If you did not mean it at the first place, why bother asking me?
Heart, you gotta be strong.
Tougher.
Let's not weep
Tulisan masih berkisar berangan. Eh tapi kenapa guna perkataan berkisar? Apa kaitan kisar dengan berangan? Mahu makan buah berangan kisarkah?
Hormon banyak hari ni. Melalut-lalut ke laut. Tidak mengapa, masih belum musim tengkujuh. Musim tengkujuh bahaya ke laut. Ikan tak dapat, balik mabuk-mabuk dipukul ombak. Itu pun kalau ombak pukul. Kalau ombak terajang macam mana? Duduk dalam rumah diam-diamlah kalau dah musim tengkujuh. Eh ini cerita nelayan ke?
Ok lah. Sebab banyak hormon aku jadi suka berangan. Eh bukan suka makan buah berangan lah. Suka berangan ala-ala MJ (Mat Jenin) gitu. Tapi kenapa nak berangan macam MJ? Tak best lah nanti jatuh pokok. Sudahlah jatuh pokok, ditimpa pelepah kelapa pula. Sudahlah terjelepuk jatuh, digigit kerengga pula. Sudahlah sakit digigit kerengga, diserang tebuan pula. Apalah nasib MJ berangan sambil panjat pokok.
Ok, ini serius dah taknak main-main dah. Perlu keluar sekarang. Tapi tak jumpa cari pintu keluar. Stay la dulu barang seperenggan dua.
Seronok jugak merapu-rapu. Sebab dah lama tak merapu. Lepas gian kononnya. Heh gian lah sangat padahal pemalas.
Sekarang ni tengah hujan lebat. Line internet jadi siput bila hujan. Adakah kita sebenarnya menghampiri musim tengkujuh? Jika benar bagai dikata, jangan lah melalut-lalut ke laut. Bawak-bawaklah pulang ke darat.
Ok lah ok lah. Mari pulang. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry yang lebih bernas harapnya.
Hi all.
Hai semua..
Lama tak menjengah kat sini sebab malas nak menulis. Takpe, takde orang kesah pun kan..?
Lately aku banyak berpikir. Pikir benda merepek-repek; atau adakah itu dikatogerikan sebagai berangan?
Buah berangan dalam perahu,
Makanlah, kenapa buat tak tahu?
Ada seorang manusia ni, suka tanya aku soalan pelik-pelik; atau sebenarnya aku yang suka pikir pelik-pelik pada soalan yang dia tanya tu..?
Susahlah kalau tanya soalan sebaris tapi jawapan aku bagi berjela-jela karangan dalam hati. Kalau tanya soalan yang perlu jawab 'ya' atau 'tidak' kan senang.. Either YES or NO, nothing in between. Erghh rajinnya buat karangan dalam hati.
OK fine, I think I was overeacting. Like I always do. Boooo! HAHA :P
Sudahlah. Jangan banyak pikir.
OMG it's July already. So we're entering the second half of 2013. The first half was quite tough for me but I managed to get through the tides quite well with His will. Alhamdulillah.
I hope what happened in the 1st half of 2013 will guide me to face the other half. The future is always uncertain; may Allah ease.
Keep calm and pray
Have faith and live
So I have changed my blog name from gewmiza to Hey Mixa! Sounds gedix, I know but who cares? :P
This entry is to officially hand over the blog updating task to The Mixa. Still sounds gedix here and again, who cares? HAHA :P
Lagu Jerrypah ni sedap jugak didengar. Simple je lirik tapi maksud sampai ke hati. Sudahlah suara sedap, ada abang handsome pulak tuh. Eh, tergelincir dari landasan pulak. Maafkan saya, jalan licin sebab hujan. (Tolong lah gelak, saya buat lawak ni)
Menulis pasal Jerrypah, teringin jugak nak main gitar. Tapi dalam mimpi je kot. Tak pon dalam hati je. Ok lah tak payah belajar main gitar; sebab lagi best kalau ada orang mainkan gitar untuk I sambil nyanyi lagu Jerrypah. Hikhikks :P
Sing me Jerrypah, baby! And Lagu Kita. And perhaps Sungai Lui.
Ni dah kenapa semua lagu Aizat yang dipilih?
Tetttt.
Selamat bersurai. Bersurau pon boleh.
Aku sangat kepingin menulis. Dalam minda aku ni, banyak perkara yang berlegar-legar. Mungkin sebab tiada hala tuju, maka perkara dalam minda kekal dalam minda.
Mungkin, Allah takdirkan tempat 'mereka' hanyalah dalam sana.
Mungkin, apabila dikeluarkan, 'mereka' memudaratkan.
Mungkin, Allah mahu 'tulisan minda' aku ini hanyalah untuk Dia.
Mungkin juga, menulis itu sudah bukan passion bagi aku. Entahlah.
Tapi aku rindu menulis.
Kadang-kadang, kita tak perlu faham pun. Kita hanya perlu terus melangkah. Walau langkah itu berat, perjalanan mesti diteruskan.
Write me a letter,
Place it in my book,
Or put it under the wiper,
Or post it to my office.
Write me a letter,
Tell me "I miss you",
Tell me "I love you".
Write me a letter,
That will make my day.
Write me a letter; write with your heart.
P/S: Even SMS is fading now (slowly).
*fake a smile*
*smile*
Tetap kena senyum.
Sebab, dalam hati ni (tangan di dada), orang lain tak perlu tahu.
Senyumlah,
Mudah-mudahan nanti hati boleh synchronize dengan bibir..
Bukan hanya untuk senyum,
Tapi untuk redha dan syukur juga..
Bibir ni sudah banyak kali tidak jujur
Katanya "I'm OK", "It's OK, I can take it", bla bla bla (seumpamanya)
Walhal dalam hati katanya lain.
Dalam hati ni (tangan di dada),
Tuhan je tahu
Sebab kadang-kadang otak tak dapat tafsir apa kata hati.
Dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar gajah,
Hanya Dia yang tahu.
Didik hati untuk redha
Didik hati untuk syukur
Didik hati untuk senyum;
Berlapang dada.
Smile, even it's a fake;
Smile, until you forget the tears.
Sebagai seorang lone-ranger, saya semacam sudah penat melalui jalan yang berliku-liku dari Paka-Bachok ke Bachok-Paka. Bosan taww drive sorang-sorang. Kalau ada driver kan bestt ehem ehemm!
I dont know why but I always have this question in my head along the way; "What am I doing here?" (which obviously I was driving). Hambek kau Jah, sampai tahap itu kau bosan. 2 years; every fortnight. Gila kau tak bosan..?!
Oil and gas industry kat Kelantan bila nak berkembang maju agaknya? I nak balik kerja kat Kelantan lah! I dah bosan jadi perantau.
Hmm.. Kalau bukan O&G agak-agak nak tak?
Kalau dah bosan tahap kronik macam ni aku sapu je... (kot). Eh?
Jah nak duk umah je jaga anak-anak macam puan chika (plural ye Jah?). Ehem ehem!
Suka berehem-ehem sejak satu dua entri kebelakangan ini. Penambah perisa agaknya :p
Sudahlah, pergi tidur.
Sebab satu je amek gambar, jadi saya edit banyak kali supaya nampak kepelbagaian -- walaupun semacam takde motif, tapi ketahuilah bahawa saya obses pada sekeping gambar tersebut.
Pantai Kemasik, Kemaman, Terengganu.
Tenang dan menenangkan.
Bertuah betul kerja kat Terengganu, bersepah-sepah pantai cantik. Tu tak cakap pasal pulau lagi tu.. Cerita pasal pulau lambat lagi keluar sebab abah tak bagi pergi pulau -- overprotective. Kalau nak pergi pulau kena tepati 2 condition ni; sama ada pergi dengan i) abah dan famili atau ii) suami.
Dengan abah macam takde harapan sebab abah tak gemar, sudah puas dipujuk. Dengan suami ehem nantikan kemunculannya ehem ehemmm. Eh eh ber ehem ehem pulak dia. Eh ini bukanlah sejenis hint. Ehemm biasa dia!
Ehem mohon undur diri.
Selamat menikmati pemandangan indah lagi mempesonakan. Kalau rasa sesak dalam kepala, pergilah pantai; ada ketenangan di situ. Tapi janganlah pergi pantai yang sesak pulak, makin sempit kepala jadinya. Agak-agaklah kan.
Ehem tumpang lalu (sambil menuju pintu keluar)
Unconditional love of mother..
Mommy thank you for always be there. I am amazed how you do that -- the only-mothers-know thingy. I am super blessed; thank you Allah..
Pssst.. Fynjamal bukan mak aku :p
Kenapa selalu nak cepat?
Apa kau ingat kau sedang berlumba?
Allergic sangat ke dengan menunggu?
Sebab Allah tahu kau perlu belajar menunggu; lalu dia menguji.
Kuatkan kesabaranku, kerana aku tidak betah menunggu terlalu lama.
Jadikan aku hamba yang sabar menunggu.
Jadikan aku hamba yang enjoy menanti.
Kerana sabar itu indah.
Kerana menanti itu sebenarnya manis.
***
Insecurity.
Uncertainty.
Sebab apa yang ada sekarang belum tentu secure.
Sebab masa depan itu sendiri bukannya pasti.
Just LIVE.
Have faith; He knows BEST :)
Sesungguhnya, Redha adalah penawar terbaik.
*Sengal*
Lanjutan kisah apa guna senyum kalau takde mood.
Mood bukan benda yang boleh dibuat main.
Takde mood; bahaya. Boleh menjerumus kepada ketidak-ikhlasan. Kalau tak ikhlas takde guna buat kerja. (Apa guna kerja kalau tak ikhlas?)
Jadi silakan boost your mood seperti yang dinyatakan dalam entri terdahulu. Jom cari video kelakar untuk digelakkan :D
Cuaca sekarang fuhhh panasnya tak tertanggung. Pasang kipas siap dua bijik sekali pasang. Kalau mandi pon macam tak berbaloi sebab suhu air pili menyamai suhu bilik.
Kalau musim hujan hari tu takut nak mandi sebab sejuk sangat sampai menggigil. Selalu cakap rindu matahari; selalu tanya bila la matahari nak keluar ni...?
Sekarang rindu musim hujan pulak. Selalu cakap rindu cuaca sejuk; bila la hujan nak turun ni...?
Manusia. Susah nak bersyukur. Payah nak redha. Asyik merungut je. Panas tak kena sejuk pon tak kena.
Tapi satu advantage penting yg aku nampak dr musim panas ni ialah rumput kering sendiri so tak payah potong rumput bulan ni. HEHE.
Tapi, sebab kering sangat rumput mudah terbakar. Ada beberapa padang terbiar dan semak samun terbakar di beberapa kawasan.
Harap hujan turun.
Kesian pokok-pokok buruk warna.
C for Cow
G for Giraffe
W for Woodpecker
P for Parrot
R for Rabbit
T for Tiger
Good excuse, though!
Take care of your teeth, kids! :)
Much love,
Me.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ulang tahun kelahiran yang ke-25.
I am blessed,
Thank you Allah :)
Thanks housemet canteks for celebrating my sweet 25.
You're such a bunch of sweethearts, I love you ;)
Terima kasih atas surprise yang tak berapa menjadi. I appreciate your efforts, lovelies :)
Waiter kedai makan tu dah kenal sangat dengan muka kami, kedai feveret konon. Tadi balik kerja aku singgah beli dinner. Waiter datang amek order sambil senyum-senyum. Siap sebut menu yang selalu diorder, konon teka menu yang aku nak order yang itulah - yang dia sebut.
Tapi salah sebab aku sengaja taknak makan apa yang waiter tu sebut. HAHA. Tapi aku masih tak faham kenapa dia excited sangat senyum kat aku. Sebab dia tahu aku birthday girl? Konon hanya mampu bagi hadiah senyuman manis ikhlas dari hati? Hakhak perasan :p
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah :)
Mudah-mudahan banyak perkara happening akan berlaku sepanjang usia 25 tahun ini :)
Harap-harap ketemu apa yang dicari. Amiin :)
Watch "Owl City & Yuna - Shine Your Way" on YouTube
There's a feeling deep inside
You can let it be your guide
To find, find your way
And there's no time for us to waste
Got to take a leap of faith
And fly, fly away
***
If,
If one day I have to leave
Would you come begging me to stay
Or would you leave with me?
Having a bad day?
Need a booster to increase your productivity?
Click Here
I don't know about you, but it works for me.
I've read an article regarding ways to enhance our mood. Please note that mood can influence our productivity. For example, with good mood i.e 'good day' we feel confident, we have positive outlook on things, we feel capable of facing challenges and we are productive.
Good news readers, we can control our mood; meaning that we can control our productivity. Yeay!
How? - By triggering the release of endorphins "endogenous morphine", a.k.a the "feel good" chemical that is naturally released in the brain. Wow!
There're 4 best ways to enhance your mood:
1. Have a cardiovascular workout every other day
2. Lift heavy weights twice a week
3. Laughter
4. Eating dark chocolate
I have restriction to do points no. 1 and 2 - lazy. So I choose to laugh which is very easy to do. I watched funny videos on youtube and guess what, I can hardly stop laughing. It made my day :)
Have you watched the video I linked above? Gosh it's hillarious!
"Apa guna ada mulut kalau tak senyum?"
"Saya takde mood nak senyum"
"Apa guna senyum kalau takde mood?"
Cramp perut oiii gelak sakan. Teringat-teringat sampai tergelak sorang-sorang dalam kereta. Ekspressi muka tak tahannn~
"1 2 3 4 5 6 7 8 9 10"
"11 12 13 14 15 16 17 18 19 20"
Gilo banyak dapat no telepon awek. Hahaha.
For those who can't understand Malay, you can find many other videos on youtube.
For Muslim, you can try this as key word for searching some funny stand up comedy:
1. Allah made me funny
2. Waseem MoeMoney
3. Hani Al Madhoun
4. Laurel and Hardy Classics
Source: Productive Muslim dot com.
Harap bermanfaat :)
P/s: You can also search for UAI (ustaz azhar idrus) on youtube. He's funny. You can boost your mood while gaining Islamic knowledge. Let's improve ourselves in whatever we do :)
P/s/s: Be fruitful, be happy :)
Ini gambar semalam, layan ombak ngan kak is kat pantai paka..
Kak is sempat bermadah (ecececeh) "Best kan tengok ombak, rasa macam nak keluarkan semua masalah, bagi pada ombak biar dia bawa pergi ke suatu tempat yang jauh dan tak datang-datang dah".
Kalaulah semudah itu hilangkan masalah, penuhlah laut dengan masalah manusia, habislah makhluk laut hidup tertekan. Apa kau ingat mereka tak ada masalah sendiri? HAHA. Mereka tak bersalah, janganlah bebankan hidup mereka dengan masalah duniawi yang sementara ini.. Just fear it;
FEAR - Face Everything And Rise :)
Cantik kan pelangi petang, langit senja dan laut tenang..? Terel kan Allah buat semua ni, bukan setakat cantik je malah mendamaikan juga. Subhanallah.. :)
My cousin's daughter.
Look at her, trying hard to lift that thing. Expression takleh blah.. Hiyakkkk!
She's cute, isn't she? Gosh I miss her
I think I want a daughter like herrrr! Ihiks ;) gedixxx :p
Saya sangat mengharapkan jalan tidak ditutup kerana saya terlalu ingin pulang ke kampung berjumpa ayah bonda walaupun bukan hari raya.. Because it's Mom's birthday on March the third!
Sek-sek Le Tour de Langkawi lalu depe opis kawe. Sek-sek kawe sembangat tunggu tepi nyello.. Gamba dok comey mano sebab jauh, malah nak turung sebeghe jale..
Sila guna google translate kalau tak faham :P
Currently I am a part-time tuition teacher teaching Bahasa Melayu :)
Since I'm a BM teacher (ehem!) I will be typing a lot in Bahasa Melayu so that I can improve myself and help my students to not only improve themselves in this subject but also to make them proud of our language :)
Setakat semalam, sudah dua kali saya mengajar. Pelajar saya cuma dua orang (seperti dalam gambar) dan saya mengajar dua-dua subjek BM untuk UPSR - BM Pemahaman dan BM Penulisan.
Saya sama sekali tidak menyangka saya akan begitu menyukai kerja separuh masa saya ini. Selama saya hidup, lebih-lebih lagi bekerja sebagai seorang jurutera, saya tidak pernah meletakkan subjek bahasa sebagai kesukaan. Saya selalu mengalami masalah untuk membuat karangan/esei. Tidak hairanlah saya sering mengalami sindrom 'writer's block' :P
Mengajar seronok rupanya. Bukan hanya pelajar yang peroleh ilmu, saya sebagai pengajar juga banyak belajar. Belajar berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan pelajar supaya apa yang ingin disampaikan dapat diserap (absorb) secara maksimum. Barulah saya tahu bukan senang menjadi guru.
Guru-guru seluruh alam, saya tabik kalian. Kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung, terima kasih. Saya mungkin bukan seorang jurutera tanpa jasa kalian. Alhamdulillah, Tuhan temukan saya dengan cikgu-cikgu terbaik :)
Saya masih ingat saat saya mula-mula belajar menulis karangan. Cikgu saya, cikgu Azman menugaskan kami untuk menulis beberapa buah karangan sebagai kerja rumah. Maka terkial-kiallah saya cuba menyiapkan kerja rumah - hampir menangis dibuatnya. Sudahlah tidak tahu, tidak diajar pula.
Saya bertuah kerana ibu saya pandai. Ibulah yang menolong saya menyiapkan kerja rumah. Saya belajar menulis karangan dengan meniru setiap patah perkataan yang ibu sebut sehingga membentuk ayat, perenggan dan karangan lengkap :) Itulah kepentingan surirumah berpelajaran :)) #Ehhh
Ehhh tiba-tiba ada hashtag :P
Cerita saya belajar menulis karangan belum habis lagi. Sudah tulis karangan yang banyak itu, barulah cikgu Azman ajar cara-cara menulis karangan yang terbaik. Dia punya teori: buat dulu; baru tahu mana salah silapnya karangan sendiri abila berbincang dalam kelas nanti. Teori cikgu Azman berkesan pada saya, Alhamdulillah :)
Kesimpulannya, saya rasa entri kali ini sangat skema dan sedikit membosankan. Saya akan cuba buat entri sempoi suatu hari (yang tak pasti) nanti.
Saya bahagia. Sebab saya jaga hati saya. OK mungkin ini boleh jadi modal untuk entri seterusnya. Sudi-sudilah menjenguk blog yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan bermanfaat :)
Sudah lama, kan?
Hilang...
Bukan fizikal; passion
Jari kaku - Menaip sudah tidak seghairah dulu :p
***
Gambar bukan sekadar hiasan; sumber inspirasi
Teringin nak design vessel besar gabak macam tu
Masih belum diberi kepercayaan, masih terlalu banyak perlu belajar :)
Soalannya, sempat ke?
***
Sejak bergelar pekerja, saya sering dicemburui masa. Masa, kenapa laju sangat berjalan? Saya tak larat nak kejar walau saya berlari sekali pun. Adakah ini tanda dunia semakin menghampiri penghujungnya? Kalau begitu, saya perlu bersiap-sedia. Anda juga :)
Mati itu pasti. Hari Kiamat itu pasti. Sudahkah kita bersedia?
Marilah sama-sama kita perbaiki diri dan amalan. Semoga bertemu Pencipta nanti kita bukan orang yang menyesal..
Maafkan.
Lepaskan.
Jangan sakiti hati ini lagi.
Hati,
Forgive me for always hurting you.
Hati,
Let's be clean and pure.
Hati,
Let's take care of each other.
***
Makhluk Allah yg mula-mula dibakar oleh api neraka adalah:
1) orang yg rajin berinfak mengeluarkan sedekah agar dikatakan sbg seorang yg dermawan
2) org yg tekun mempelajari ilmu kemudian mengajarkannya agar dikatakan sbg seorang yg alim
3) org yg giat berjihad di medan peperangan agar dikatakan seorang pemberani
Nauzubillah. Ya allah jauhkan kami dari termasuk dalam golongan tersebut. Amin.