Sek-sek Le Tour de Langkawi lalu depe opis kawe. Sek-sek kawe sembangat tunggu tepi nyello.. Gamba dok comey mano sebab jauh, malah nak turung sebeghe jale..
Sila guna google translate kalau tak faham :P
Currently I am a part-time tuition teacher teaching Bahasa Melayu :)
Since I'm a BM teacher (ehem!) I will be typing a lot in Bahasa Melayu so that I can improve myself and help my students to not only improve themselves in this subject but also to make them proud of our language :)
Setakat semalam, sudah dua kali saya mengajar. Pelajar saya cuma dua orang (seperti dalam gambar) dan saya mengajar dua-dua subjek BM untuk UPSR - BM Pemahaman dan BM Penulisan.
Saya sama sekali tidak menyangka saya akan begitu menyukai kerja separuh masa saya ini. Selama saya hidup, lebih-lebih lagi bekerja sebagai seorang jurutera, saya tidak pernah meletakkan subjek bahasa sebagai kesukaan. Saya selalu mengalami masalah untuk membuat karangan/esei. Tidak hairanlah saya sering mengalami sindrom 'writer's block' :P
Mengajar seronok rupanya. Bukan hanya pelajar yang peroleh ilmu, saya sebagai pengajar juga banyak belajar. Belajar berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan pelajar supaya apa yang ingin disampaikan dapat diserap (absorb) secara maksimum. Barulah saya tahu bukan senang menjadi guru.
Guru-guru seluruh alam, saya tabik kalian. Kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung, terima kasih. Saya mungkin bukan seorang jurutera tanpa jasa kalian. Alhamdulillah, Tuhan temukan saya dengan cikgu-cikgu terbaik :)
Saya masih ingat saat saya mula-mula belajar menulis karangan. Cikgu saya, cikgu Azman menugaskan kami untuk menulis beberapa buah karangan sebagai kerja rumah. Maka terkial-kiallah saya cuba menyiapkan kerja rumah - hampir menangis dibuatnya. Sudahlah tidak tahu, tidak diajar pula.
Saya bertuah kerana ibu saya pandai. Ibulah yang menolong saya menyiapkan kerja rumah. Saya belajar menulis karangan dengan meniru setiap patah perkataan yang ibu sebut sehingga membentuk ayat, perenggan dan karangan lengkap :) Itulah kepentingan surirumah berpelajaran :)) #Ehhh
Ehhh tiba-tiba ada hashtag :P
Cerita saya belajar menulis karangan belum habis lagi. Sudah tulis karangan yang banyak itu, barulah cikgu Azman ajar cara-cara menulis karangan yang terbaik. Dia punya teori: buat dulu; baru tahu mana salah silapnya karangan sendiri abila berbincang dalam kelas nanti. Teori cikgu Azman berkesan pada saya, Alhamdulillah :)
Kesimpulannya, saya rasa entri kali ini sangat skema dan sedikit membosankan. Saya akan cuba buat entri sempoi suatu hari (yang tak pasti) nanti.
Saya bahagia. Sebab saya jaga hati saya. OK mungkin ini boleh jadi modal untuk entri seterusnya. Sudi-sudilah menjenguk blog yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan bermanfaat :)
Sudah lama, kan?
Hilang...
Bukan fizikal; passion
Jari kaku - Menaip sudah tidak seghairah dulu :p
***
Gambar bukan sekadar hiasan; sumber inspirasi
Teringin nak design vessel besar gabak macam tu
Masih belum diberi kepercayaan, masih terlalu banyak perlu belajar :)
Soalannya, sempat ke?
***
Sejak bergelar pekerja, saya sering dicemburui masa. Masa, kenapa laju sangat berjalan? Saya tak larat nak kejar walau saya berlari sekali pun. Adakah ini tanda dunia semakin menghampiri penghujungnya? Kalau begitu, saya perlu bersiap-sedia. Anda juga :)
Mati itu pasti. Hari Kiamat itu pasti. Sudahkah kita bersedia?
Marilah sama-sama kita perbaiki diri dan amalan. Semoga bertemu Pencipta nanti kita bukan orang yang menyesal..