Macam mana nanti, bila aku sudah tiada?
Hidup sebagai aku buat aku banyak berfikir. Fikir macam-macam. Kadang-kadang fikiran yang macam-macam tu menyimpulkan aku sebagai seorang penakut -- dari dalam.
Mungkin benar, seseorang yang kelihatan kuat dari luar sebenarnya sangat rapuh di dalam. Seperti logiknya tengkorak melindungi otak, kulit kacang melindungi isinya.
Sebenarnya, aku tidaklah sekuat yang aku cuba tonjolkan.
Mungkin sebenarnya, aku dalam penafian. Orang putih kata denial. Entahlah aku sendiri pun tak tahu.
Nanti, bila aku sudah tiada, macam mana?
Ataupun begini;
Macam mana nanti, bila kau sudah tiada?
Neither you nor I are immortal. We're not Silas (if you get what I mean)
Memikirkan ini, aku jadi takut. Lalu aku perlu lebih berhati-hati sebab hidup sekali sahaja. Jangan sampai menyesal.
Btw, aku suka lagu Biar - Fynn Jamal. Tak pernah lagi menangis teresak-esak kerana sebuah lagu; ini pertama kali. Terima kasih Fynn Jamal.