Alahai adik masuk asrama | Pakar Cantik

Wednesday, February 9, 2011

Alahai adik masuk asrama

Budak-budak sekarang ramai yang pandai.
5A bersepah-sepah (UPSR)
8A, 9A berlambak-lambak (PMR)
10A tak payah cakap la.. (SPM)

Dan adik saya, tak dapat 5A pun UPSR (2010).. Sempat sambar 4 je A, tercicir satu subjek dapat B. Bagi saya dan keluarga, syukur alhamdulillah. Tak ada rezeki nak dapat 5A, 4A 1B pun dah cukup, alhamdulillah :)

Alkisahnya, adik saya dapat masuk asrama. Bukan sekolah berasrama penuh la tapi, asrama sekolah biasa (harian) je. Tapi ada kelas khas untuk budak-budak dapat 4A/5A UPSR kat sekolah tu. Tu pun dah 3rd intake dah adik saya tu. Alhamdulillah lagi sekali, dapat masuk asrama walaupun jarak sekolah dengan rumah lebih kurang 15 minutes-drive je. HEHE :)

Mak saya bukan apa, nak sangat adik saya tu masuk asrama.. Sebab kat rumah, dia kuat main. Jarang sangat nak bukak buku dan belajar. Siap kena paksa-paksa lagi. Jenuh la tukang paksa tu nak suruh dia belajar kalau tinggal kat rumah T________T

Kalau tinggal kat asrama sekurang-kurangnya ada peraturan yang dia kena ikut. Masa belajar kena belajar, masa mengaji kena mengaji dan masa main kena main. At least, cerah la sikit harapan nak jadi orang yang berdisiplin macam saya, bekasan pelajar tinggal di asrama ;)

Nak dijadikan cerita lagi, adik saya sempat tinggal di asrama selama 2 minggu sebelum cuti raya cina. Guess what, dia angkut semua baju kotor selama 2 minggu tu balik rumah. Tak cukup dengan itu, boleh pulak dia tertinggal lagi satu plastik baju kotor kat asrama. So, kena pergi asrama lagi sekali dan angkut pakaian kotor yang tertinggal tu. Nasib baik 15-minutes-drive. Kalau asrama jauh macam kat Gerik atau Balik Pulau tu macam mana? Berulat lah pakaian kotor tu. Haih T___T

Tak apalah, budak baru nak belajar berdikari. Maafkan saja dia tak basuh baju 2 minggu. Lain kali kalau angkut baju kotor 2 minggu bawak balik rumah siap lah! HAHA :P

Dan ada satu teka-teki; oleh adik bongsu saya yang berumur 9 tahun semasa melawat abangnya di asrama: "Binatang apa yang paling kedekut?"

Saya masa tu malas nak layan, so terus tanya jawapan. Adik bongsu saya jawab: "Kuda".

Saya yang kepelikan tanya balik, "Kenapa?"

Dia jawab: "Sebab kuda lari bunyi 'kdekut kdekut kdekut'."
HAHA. (Kalau bukan orang Kelantan, anda mungkin tak faham :P)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...