Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital (Ibu-Baby Checklist)

Assalamu'alaikum w.r.t

Semua ibu pasti teruja menunggu kelahiran bayi yang dikandung sekian lama. Bagi ibu yang bakal bersalin buat pertama kali, anda mesti tertanya-tanya apakah yang perlu disediakan untuk bersalin di hospital nanti. Sebagai ibu yang pernah merasai detik teruja seperti anda, Miza kongsikan senarai barang keperluan bersalin untuk dibawa ke hospital.





Bila Perlu Sediakan Bag Hospital?

Kebiasaannya, doktor akan mula meminta ibu untuk menyediakan bag hospital untuk bersalin pada trimester ke-3, iaitu sekitar minggu ke-29 kehamilan. Walaupun masih belum cecah tempoh matang kehamilan (37 minggu), para ibu haruslah bersedia sekiranya terpaksa bersalin awal.

Hal ini sangat penting untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku seperti baby terpaksa pakai baju yang belum dibasuh. Kulit bayi yang baru dilahirkan sangat sensitif, maka sebagai ibu bapa, kita perlu lebih berhati-hati supaya tidak berlaku jangkitan terhadap bayi.




Apa Yang Perlu Ada Dalam Bag Hospital?

Keperluan Ibu Di Wad

  • Kad Hospital / Buku Merah – buku ni sangat penting untuk dibawa ke mana-mana, lagi-lagi kalau ke hospital 
  • Kad Pengenalan Ibu
  • Set Pantang yang boleh dimakan sejak hari pertama bersalin
  • Tuala mandi dan tuala muka – 1 helai
  • Kain batik – 2-3 helai
  • Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo (beli yang travel kit supaya lebih mudah dan ringan untuk dibawa)
  • Baju – sepasang (untuk dipakai bila nak keluar wad nanti – lagi mudah kalau ada bukaan menyusu, senang kalau tiba-tiba baby nak menyusu)
  • Nursing cover – 1 helai (ibu dapat menyusu dengan lebih selesa)
  • Tudung – 1-2 helai (bawa tudung yang paling mudah dipakai)
  • Arm sock (sarung tangan) – 1-2 pasang (biasanya lengan baju kat wad ni panjang dia 3/4 lengan jer, aurat tu)
  • Makanan - Kismis, kurma, biskut, roti (boleh dipek kecil awal-awal kecuali roti yang cepat expired)
  • Air zam-zam (kalau takde, boleh sediakan air mineral tapi kalau dah berada di wad, boleh amalkan air suam
  • Pakaian dalam – bawa untuk 2 hari
  • Maternity Pad – 1 paket (cari yang bertali)
  • Nursing Bra - 4 helai
  • Breast Pad - 4 pasang
  • Stoking tebal – 1-2 pasang
  • Sweater - 1 helai
  • Minyak angin - 1 botol
  • Selipar - 1 pasang 
  • Handphone & charger - 1
  • Plastik besar – untuk meletakkan baju kotor


Keperluan Bayi Di Wad

  • Baju lengan panjang – 2-3 pasang
  • Tuala – 1 helai
  • Barut – 5 helai
  • Diaper/Nappy – 10 keping
  • Kain bedung – 1-2 helai
  • Mitten & booties – 3 pasang
  • Topi bayi – 1 helai
  • Tisu lembab (wet tissue) – 1 pek
  • Minyak Telon - 1 botol 
  • Peralatan mandi - 1 set



Keperluan Ibu Di Bilik Bersalin

Hanya bawa diri dan kandungan jer….hehehe. Nanti ibu perlu menukar pakaian sedia ada dengan pakaian hospital. Pastikan tanggal semua perkakas emas atau perhiasan badan.


Keperluan Bayi Di Bilik Bersalin

  • Baju lengan panjang – 1 pasang
  • Kain bedung – 1 helai
  • Diaper/Nappy – 1 keping
  • Mitten & Booties – 1 pasang
  • Topi bayi – 1 pasang


Senarai Semak Bag Hospital

Sebelum menyediakan keperluan ibu dan baby ke hospital, pastikan anda print senarai semak di bawah. Ini akan memudahkan anda packing bag hospital anda dengan lebih kemas dan tidak tertinggal mana-mana keperluan bersalin. Nanti kelam kabut pula nak beli barang baru apabila sudah masuk hospital.





Jemput share info ini jika anda rasa ia bermanfaat untuk dikongsi bersama orang tersayang. Sharing is caring!

Sebelum terlupa Miza nak bagitahu pengambilan vitamin seperti b complex, ostematrix, vitalea dan vitamin c amat membantu untuk bagi tenaga kat ibu-ibu sebelum masuk labour room. Tenaga yang cukup sangat penting masa nak bersalin tu, nak push baby keluar bukan macam nak bersin tau. Jadi jangan lupa bawa vitamin pembekal tenaga sekali tau. Semoga urusan bersalin ibu-ibu sekalian dipermudahkan dan selamat cium bau baby!

Klik sini untuk cuba set berpantang untuk ibu bersalin normal dan pembedahan yang boleh diambil segera

You Might Also Like

0 komen