Tips Menyediakan Makanan Sihat - Pupuk Anak-anak Memilih Makanan Berkhasiat Sejak Kecil

Assalamu'alaikum w.r.t

Sebagai ibu, semestinya kita ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak kita terutamanya dalam segi pemakanan. Setiap ibu mahu anak-anaknya mendapat khasiat terbaik dari pemakanan harian kerana kita semua maklum makanan menjadi darah daging kita.

Seperti kata pepatah Inggeris; "You Are What You Eat', "Kita Adalah Apa Yang Kita Makan". Jika elok makanan yang kita makan, maka eloklah tubuh badan kita dan begitu jugalah sebaliknya. Lihatlah betapa besarnya pengaruh makanan terhadap tubuh badan kita.


cara memilih makanan berkhasiat untuk anak-anak kecil


Bagaimana Memupuk Anak-anak Memilih Makanan Berkhasiat?

Tidak dinafikan, ini adalah cabaran terbesar buat ibu bapa zaman sekarang. Makanan tidak berkhasiat seperti makanan segera dan jajan dijual secara berleluasa. Mana tidaknya, iklan makanan segera ditayang secara meluas di media massa seperti radio, televisyen dan juga media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Kanak-kanak yang tidak mengerti sudah pastinya mudah terpengaruh dengan iklan sebegitu dan menganggap makan makanan segera adalah perkara biasa kerana mereka biasa melihatnya di televisyen. Maka, di sinilah peranan ibu bapa menjadi sangat penting dalam mencorak gaya pemakanan anak-anak mereka. Seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

1. Kepimpinan Melalui Teladan 

Sifat anak-anak adalah suka meniru kelakuan ibu bapa dan orang di sekeliling mereka. Mereka ibarat mesin fotostat. Apa yang mereka lihat dan dengar, itulah yang akan mereka tiru dan menjadi perwatakan mereka sendiri. Jadi, sangat penting ibu bapa sendiri yang memulakan gaya pemakanan yang sihat dan dicontohi anak-anak sejak kecil. Insyaallah anak-anak akan terbiasa dan dengan sendirinya akan cenderung untuk memilih makanan bekhasiat walaupun ibu bapa tidak bersama mereka.



2. Tumpukan Makanan Yang Kaya Nutrien

Pada usia anak seawal yang mungkin, perkenalkan piramid makanan kepada anak-anak anda. Ibu bapa haruslah menyediakan makanan berdasarkan keperluan nutrisi harian yang digariskan dalam piramid makanan. Keperluan makanan mengikut kelas tertentu seperti karbohidrat, sayur-sayuran dan buah-buahan, protein, susu dan produk tenusu, dan juga lemak perlu diambil mengikut bahagian yang telah ditetapkan untuk menjamin pengambilan makanan yang seimbang.

Jika anak tinggal bersama pengasuh, ibu bapa haruslah menyediakan makan mengikut keperluan dalam piramid makanan untuk diberikan kepada pengasuh. Untuk anak yang bersekolah, ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mengambil makanan yang berkhasiat demi kesihatan yang terjamin.



3. Tetapkan Peraturan Makanan Keluarga

Setiap ibu bapa haruslah menetapkan peraturan makanan dalam keluarga masing-masing. Setiap anak diberitahu jenis makanan yang boleh dimakan dan jenis makanan yang dilarang. Contohnya, anak-anak dilarang keras mengambil makanan ringan seperti jajan dan air berkarbonat. Ibu bapa perlu tegas dengan peraturan yang ditetapkan supaya anak-anak tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan makanan keluarga yang telah ditetapkan.



4. Aktiviti Masak dan Makan Bersama

Ibu bapa digalakkan melakukan aktiviti bersama anak-anak termasuk memilih makanan di kedai makan, memasak makanan di rumah dan makan bersama. Anak-anak akan rasa dihargai apabila ibu bapa mengambil kira pilihan makanan yang mereka gemari. Peranan utama ibu bapa adalah memberi tunjuk ajar sekiranya anak-anak tersalah pilih makanan yang tidak berkhasiat dan memberi galakan apabila anak-anak memilih makanan yang berkhasiat. Anak-anak yang didorong secara positif pastinya lebih mudah menerima setiap teguran yang membina.


5. Pastikan Makanan Berkhasiat Senang Diperolehi

Ibu bapa digalakkan menyediakan makanan berkhasiat yang mencukupi di rumah. Contohnya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dimakan mentah seperti pisang, epal dan lobak merah disimpan di tempat yang mudah diakses oleh anak-anak.

Makanan segera dan minuman berkarbonat seboleh-bolehnya jangan disimpan di rumah untuk mengelakkan anak-anak terliur dan melanggar peraturan makanan yang telah ditetapkan. Galakkan anak-anak meminum air kosong atau air masak yang mencukupi dan kurangkan mengambil air manis dalam dier harian mereka.

Oh, ya! Sebelum terlupa, pengambilan supplement semulajadi akan membantu anak-anak mendapat nutrisi secukupnya dengan lebih mudah dan selamat. Ibu bapa yang tak sempat menyediakan makanan berkhasiat yang secukupnya untuk anak-anak disarankan memberi anak-anak mereka supplement seperti mealshake, omega guard, multivitamin dan juga vitamin c.


Kesimpulan

Jelas sekali, peranan ibu bapa sangat penting dalam memupuk anak-anak memilih makanan berkhasiat sejak kecil lagi. Anak-anak yang dididik makan makanan berkhasiat dari kecil akan cenderung untuk memilih makanan berkhasiat walaupun tidak bersama ibu bapa lagi. Contohnya, walaupun berada di asrama tanpa pengawasan ibu bapa, anak-anak yang sudah terbiasa makan makanan yang berkhasiat akan sentiasa memilih makanan berkhasiat berbanding makanan segera yang memudaratkan.


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Amizah Azid 019-9363759 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


Jana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee. Sertai Miza dalam group rahsia untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah. Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini.


Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759

You Might Also Like

0 komen