Tips Banyakkan Susu Badan Bagi Ibu Bekerja Tanpa Perlu Beri Susu Formula
- 22:44
- By Amizah Azid
- 0 Comments
Assalamu'alaikum w.r.t
Setiap ibu pastinya ingin menyusukan bayinya dengan susu badannya sendiri selama 2 tahun penuh mengikut saranan dalam al-Quran. Kita semua akui, susu ibu adalah makanan terbaik bagi seorang bayi. Namun atas sebab tertentu, para ibu mengalami masalah susu tak cukup atau penghasilan susu semakin menurun dari hari ke hari. Hal ini akan menjejaskan misi ibu ingin menyempurnakan penyusuan selama 2 tahun penuh, lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja yang sentiasa sibuk.
Bagaimanakah caranya meningkatkan susu badan bagi ibu bekerja tanpa perlu memberi susu formula kepada bayinya? Miza kongsikan 7 tips tambahkan susu badan dengan berkesan.
1. Hindari Tekanan Atau Stress
Tahukah anda, tekanan atau stress adalah antara penyebab susu merudum? Hormon yang mencetuskan tekanan akan menenggelamkan fungsi hormon yang merangsang penghasilan susu. Oleh sebab itulah, para ibu perlu sentiasa mengawal emosi supaya sentiasa tenang dan tidak tertekan.Apa yang para ibu boleh lakukan ialah mengenang kembali detik-detik indah dalam kehidupan atau berangan perkara indah yang ingin dicapai dalam kehidupan. Lebih elok sekiranya para ibu sentiasa mengamalkan membaca surah al-Quran dan berzikir, terutama ketika menyusu atau mengepam susu. Sekiranya tak mampu akibat kekangan masa dan sebagainya, para ibu bolehlah mendengar alunan al-Quran dan zikir dari telefon.
2. Sentiasa Berfikiran Positif
Ramai ibu yang risau kalau-kalau susu badan mereka tidak mencukupi untuk si manja. Tahukah anda, tindakan ini turut mempengaruhi pengeluaran susu badan? Kerana Allah pernah menyebut, "Aku adalah sangkaan hambaku". Sekiranya para ibu tidak yakin dengan pengeluaran susu badan sendiri, maka penghasilan susu badan anda akan menurun dengan sendirinya.Para ibu perlulah sentiasa berfikiran positif tak dalam apa situasi pun, sama ada semasa susu badan tengah banyak atau semasa susu badan semakin berkurang. Mindset para ibu kena jaga, sentiasa yakin susu ada dan cukup untuk kenyangkan bayi anda. Insyaallah, susu akan sentiasa ada dan cukup untuk keperluan bayi anda.
3. Belajar Ilmu Penyusuan
Kebanyakan ibu baru tidak mempunyai ilmu penyusuan yang cukup sebelum melahirkan bayi. Ilmu penyusuan sangat penting sekiranya anda ingin menyusukan bayi anda dengan susu ibu selama 2 tahun. Seelok-eloknya, sebelum bersalin para ibu khatam ilmu penyususan untuk memudahkan perjalanan penyusuan, terutama semasa dalam pantang.Antara ilmu yang paling penting ialah supply vs demand @ pengeluaran vs permintaan. Apabila permintaan tinggi, pengeluaran susu juga akan menjadi tinggi, dan begitu juga sebaliknya. Untuk memastikan pengeluaran susu yang banyak, para ibu perlulah kerap menyusukan bayinya. Penyusuan yang kerap akan menghantar isyarat kepada otak bahawa permintaan susu yang tinggi, dan akan merangsang kilang susu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak.
4. Kosongkan Payudara
Para ibu perlulah memastikan payudara betul-betul kosong untuk memastikan penghasilan susu badan yang berterusan. Ingat tips supply vs demand, payudara yang kosong menandakan demand yang tinggi dari bayi manakala payudara yang penuh menunjukkan permintaan yang kurang. Justeru, setiap kali menyusukan bayi atau memerah susu, para ibu haruslah mengosongkan payudara.
5. Perah Susu Badan
Para ibu yang bekerja sudah pastinya akan memerah susu badan semasa dalam pantang untuk dibuat stok apabila kembali bekerja nanti. Dan rutin mengepam susu perlulah diteruskan selepas ibu kembali bekerja, untuk memastikan payudara sentiasa dirangsang untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. Sekiranya para ibu skip aktiviti mengepam susu, otak akan mentafsirkan sebagai tiada permintaan, jadi pengeluaran susu akan merudum.
6. Banyakkan Minum Air Kosong
Air kosong atau air masak sangat penting untuk memastikan kelancaran proses dalam badan kita, lebih-lebih lagi bagi ibu menyusu. Ibu yang menyusukan bayi kehilangan lebih banyak air berbanding orang lain. Jadi, pengambilan air kosong yang mencukupi sangat perlu bagi memastikan penghasilan susu badan yang berterusan. Kekurangan air akan mengganggu kelancaran susu ibu.
7. Makanan Perangsang Susu Badan (Milkbooster)
Setiap ibu pastinya inginkan susu yang banyak dan pekat untuk bayinya supaya cepat kenyang dan terus membesar dengan sihat. Terdapat beberapa makanan yang secara semula jadi dapat merangsang penghasilan susu ibu. Antaranya ialah kurma, pegaga dan juga alfalfa.Bagi ibu bekerja yang mengalami kekangan masa dan keletihan, sangat elok amalkan pengambilan supplement semula jadi untuk banyakkan susu seperti ESP dan Alfalfa Complex. Susu ibu bukan sahaja pekat dan meriah, bahkan ibu turut bertenaga dan kulit bertambah cantik ;)
Sekian sahaja tips menambahkan susu bagi ibu bekerja dari Miza. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Semoga dengan perkongsian ini akan membantu para ibu membanyakkan lagi susu badan untuk bayi anda. Miza doakan setiap ibu yang membaca post ini dilimpahkan rezeki susu yang mencukupi untuk si manja dan para ibu kembali cergas dan bertenaga menguruskan keluarga dan kerjaya.
0 komen