Anak Selalu Demam Sejak Masuk Taska - Tingkatkan Sistem Imun Supaya Tidak Mudah Berjangkit
- 01:40
- By Amizah Azid
- 0 Comments
Assalamu'alaikum w.r.t
Sebagai ibu bapa yang bekerjaya, menghantar anak ke taska adalah satu kemestian. Ibu bapa pasti berasa lega apabila ada orang yang boleh diharapkan untuk menjaga anak mereka. Namun, secara tidak langsung ibu bapa telah mendedahkan anak mereka terhadap risiko jangkitan penyakit dari kanak-kanak lain di taska. Tidak hairanlah anak-anak yang dihantar ke taska sering jatuh sakit kerana berjangkit dari kawan-kawan sepermainan.
Bagaimanakah cara mengelakkan anak anda dari dijangkiti penyakit yang dibawa oleh kawan-kawan di taska?
Tingkatkan Sistem Imun Anak Anda Untuk Melawan Jangkitan Di Taska
Sebagai ibu bapa penyayang, sudah semestinya kita tidak mahu anak kita turut jatuh sakit dan memudaratkan kesihatan mereka. Selagi mampu, kita akan cuba untuk mengelakkan anak kita daripada dijangkiti penyakit. Caranya mudah saja, dengan meningkatkan sistem pertahanan (imun) anak kita melawan penyakit.Pelbagai Tahap Sistem Imun Anak
Sistem imun kanak-kanak tidak sekuat orang dewasa. Tidak hairanlah kanak-kanak mudah jatuh sakit berbanding orang dewasa, lebih-lebih lagi yang dihantar ke taska. Hal ini kerana di taska kanak-kanak terdedah kepada pelbagai jangkitan yang mungkin dibawa oleh kanak-kanak lain. Jangkitan penyakit mudah disebarkan apabila berada di persekitaran yang tidak sihat, ditambah pula dengan sistem imun yang lemah.Tahap sistem imun adalah berbeza mengikut umur anak. Contohnya;
- Bayi dalam kandungan masih tiada antibodi sendiri, hanya menerima bekalan antibodi dari ibu melalui placenta
- Selepas lahir, bayi akan terus menerima antibodi dari susu ibu yang dipanggil colostrum. Colostrum sangat penting untuk bayi kerana ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi dari sebarang jangkitan selepas lahir.
- Sehingga usia 6 bulan, bayi akan sentiasa menerima bekalan antibodi dari susu ibu bagi ibu yang menyusukan bayi secara ekslusif
- Sehingga berusia 12 bulan, suntikan imunisasi dan juga sebarang jangkitan pada bayi akan membantu mematangkan sistem imun bayi
Jadi, apabila anak demam atau sakit ia adalah salah satu cara semulajadi badan bertindak untuk meningkatkan sistem imun. Namun, jika terlalu kerap ibu bapa perlu berwaspada kerana ini mungkin petanda sistem imun anak lemah.
Punca Sistem Imun Anak Lemah
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem imun anak anda menjadi lemah dan sering diserang penyakit. Antaranya ialah:- Pemakanan yang kurang berzat dan tidak cukup nutrisi
- Sentiasa terdedah kepada punca-punca jangkitan secara langsung
- Kurang tidur atau tidur yang sering terganggu
- Kekurangan vitamin tertentu
Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak
Terdapat beberapa cara untuk membantu perkembangan sistem imun yang sihat, antaranya:
l. Susu Ibu
Susu ibu adalah sumber perlindungan yang terbaik bagi bayi di bawah usia enam bulan. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi komponen sistem imun seperti sel darah putih dan immunoglobulin A bagi perlindungan terbaik untuk bayi melawan jangkitan penyakit.
2. Amalkan Pemakanan Seimbang
Ibu bapa perlu menerapkan gaya pemakanan yang seimbang dan penuh nutrisi kepada anak-anak. Sebolehnya, ikut keperluan nutrisi seperti yang dicadangkan dalam piramid makanan. Badan anak-anak yang kekurangan nutrisi akan lebih cenderung dijangkiti penyakit berbanding anak-anak yang cukup zat dan nutrisi dalam diet harian mereka.
Terdapat beberapa makanan yang dipanggil superfood yang elok diamalkan oleh kanak-kanak, seperti
- Madu dan habbatussauda
- Minyak zaitun
- Sup tulang (bone broth)
- Minyak Ikan
- Bawang Putih
3. Suntikan Vaksin
Salah satu usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk meningkatkan sistem imun anak-anak adalah dengan mengambil suntikan vaksin. Melalui suntikan vaksin, sistem imun anak-anak akan dirangsang untuk menghasilkan antibodi sebagai persediaan menghadapi sebarang jangkitan. Justeru, ibu bapa perlulah sentiasa mengambil tahu jadual imunisasi anak-anak seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia supaya anak anda tidak terlepas suntikan vaksinnya.
4. Jaga Kebersihan
Ibu bapa perlu menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat untuk anak-anak membesar dengan sihat. Pastikan anak-anak mendapat bekalan air yang bersih untuk kegunaan harian dan air minuman perlulah dimasak terlebih dahulu. Jika membeli makanan di luar, pastikan kedai itu betul-betul bersih dan mengamalkan penyediaan makanan yang selamat dan terjamin kebersihannya.5. Elakkan Over-Crowding
Overcrowding adalah situasi di mana terlalu ramai orang dalam sesebuah tempat. Sebolehnya, elakkan terlalu ramai orang tinggal serumah kerana ia akan meningkatkan risiko anak anda dijangkiti sebarang penyakit berjangkit.Jika menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak, pilih tempat yang tidak terlalu ramai anak-anak yang perlu dijaga. Selain dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit, kualiti penjagaan anak anda juga lebih terjamin.
6. Jauhi Perokok
Asap rokok adalah berbahaya kepada kesihatan kita, lebih-lebih lagi anak-anak yang masih belum matang sistem imunnya. Anak-anak yang selalu terdedah dengan asap rokok akan lebih kerap mengalami batuk dan lelah. Oleh itu, hentikan tabiat suka merokok dan jauhi perokok jika beradaa di tempat awam demi kesihatan anak-anak anda.
7. Tidur Yang Mencukupi
Pastikan anak-anak anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Tidur dan rehat yang cukup membantu sel-sel badan mereka bekerja dengan lebih baik.
8. Biarkan Anak-anak Bermain
Fitrah kanak-kanak adalah bermain. Sebagai ibu bapa, kita perlulah membiarkan anak-anak kita bermain dengan pengawasan yang sewajarnya, tanpa perlu menjadi terlalu 'protective'. Sekali-sekala biarkan anak-anak bermain pasir dan rumput kerana ada pendapat mengatakan ia akan membantu meningkatkan sistem imun anak-anak.9. Amalkan Supplemen Semulajadi
Sejujurnya, Miza berpendapat mengamalkan supplemen semulajadi adalah yang paling mudah untuk meningkatkan sistem imun anak-anak. Ibu bapa bekerjaya sudah pasti mempunyai masa yang sangat terbatas untuk menyediakan sendiri makanan yang lengkap dengan zat dan nutrisi untuk anak-anak. Sebagai jalan pintas, pengambilan supplemen semulajadi adalah pilihan terbaik untuk anda dan anak-anak anda.Tingkatkan Sistem Imun Anak Dengan Vitamin Semulajadi
Sebagai ibu, Miza amat menitikberatkan kualiti makanan yang masuk ke dalam perut anak kerana setiap yang kita makan akan menjadi darah daging. Sebab itu, Miza hanya pilih yang terbaik untuk keluarga Miza. Semestinya Shaklee adalah satu-satunya jenama pengeluar vitamin semulajadi yang Miza percaya dan yakini, kerana setiap produk Shaklee melalui ujian kualiti yang ketat. Keberkesanan produk Shaklee bukan sekadar di bibir kami pengedar Shaklee sahaja, bahkan turut disokong oleh landmark study (klik)
Vitamin semulajadi yang dicadangkan untuk meningkatkan sistem imun anak-anak adalah seperti berikut:
1. Nutriferon
- Merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan terbukti secara klinikal dapat menguatkan sistem imun
- Mengandungi formula yang membekalkan perlindungan imun tubuh harian yang tinggi
- Ramuan proprietari berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi dihasilkan daripada biji labu, bunga kesumba (Safflower), biji plantago dan kudup bunga bebuas Jepun (Japanese Honeysuckle)
- Terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun secara semulajadi
- Meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh kita yang akan mengaktifkan sistem imun badan
2. Mealshakes
- Dengan gaya hidup yang lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak-kanak tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati makanan yang seimbang.
- Kandungan rendah lemak dan rendah indeks glisemik
- Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar
- Sumber pemakanan serat dan protein terbaik
- Mengandungi antioksidan seperti vitamin A, C, E, Zinc dan Selenium yang bertindak melawan jangkitan
- Mengandungi protein untuk membina sel-sel kulit, kuku, rambut dan organ badan
- Mengandungi vitamin B yang lengkap untuk membina sel-sel darah merah yang sihat
- Mengandungi serat yang tinggi yang memberikan rasa kenyang dan membantu melawaskan pembuangan air besar
- Mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk pembinaan tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran
3. Omega Guard
- Membantu meningkatkan dan mengawal sistem imun di samping menyihatkan peparu.
- Minyak ikan tulen berkepekatan tinggi membekalkan asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli
- Omega Guard membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada 7 komponen utama termasuk EPA untuk kesihatan menyeluruh dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal.
- Istimewanya Omega-Guard, ia dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang mencemari pelbagai spesis ikan.
- Dapat membaiki keadaan alergik (atau ekzema)
- Membantu mengurangkan sakit athma
4. Vitalea For Children
- Formula dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun
- Mengandungi mikronutrien berspektrum luas
- Membekalkan 18 vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak
- Mengandungi rumusan yang tidak merosakkan gigi, menggunakan pemanis xylitol yang tidak menyebabkan kaviti
- Perisa anggur yang enak, sedap dikunyah dan pastinya digemari kanak-kanak
- Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap berbanding jenama lain di pasaran
- Mengandungi kalsium, magnesium dan mineral lain yang membantu menyokong tulang yang kuat
Testimoni Set Anak Sihat Shaklee
Order Set Anak Sihat Shaklee
Sebagai ibu bapa prihatin yang mengambil berat akan kesihatan anaknya, anda perlu dapatkan Set anak Sihat Shaklee hari ini juga. Lagi cepat anak anda amalkan Set Anak Sihat Shaklee, lagi cepat dia mendapat kesannya. Anak comel anda berhak dapatkan yang terbaik, pilihlah vitamin semulajadi yang terjamin keselamatan dan keberkesanannya :)
Hubungi Miza 0199363759 untuk dapatkannya dengan segera.
Setiap pembelian Produk Shaklee dari Miza akan diajarkan cara makan yang betul serta konsultasi berterusan dan layanan istimewa dari Miza. Jaminan Miza - cara makan yang betul dan servis tiptop untuk pelanggan Miza :)
Baca: Konsultasi Tip Top (Klik sini)
Setiap pembelian Produk Shaklee dari Miza akan diajarkan cara makan yang betul serta konsultasi berterusan dan layanan istimewa dari Miza. Jaminan Miza - cara makan yang betul dan servis tiptop untuk pelanggan Miza :)
Baca: Konsultasi Tip Top (Klik sini)
Atau anda boleh memesannya terus di icon di bawah. Tutorial menggunakan esell di sini
Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.Hubungi saya Nor Amizah Azid 019-9363759 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!
Jana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee. Sertai Miza dalam group rahsia untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah. Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini.
Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759
0 komen