7 Tips Penting Persediaan Mengerjakan Umrah Buat Pertama Kali

Assalamu'alaikum w.r.t

Sebagai umat Islam, sudah pastinya kita semua teringin untuk dijemput menjadi tetamu Allah. Ada dua cara untuk menjadi tetamu Allah, sama ada mengerjakan haji atau mengerjakan umrah. Bagi golongan yang masih belum mampu mengerjakan haji kerana menunggu giliran dari pihak Tabung Haji, eloklah kiranya mengerjakan umrah terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya kita dapat membuat sedikit persiapan untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima ini. Dapatlah sedikit sebanyak gambaran sebelum mengerjakan haji kelak.



Dalam entry kali ini Miza ingin kongsikan beberapa tips untuk mempersiapkan diri sebelum mengerjakan umrah.

Persiapan Mengerjakan Umrah Buat Pertama Kali

1. Ikhlaskan Niat Mengerjakan Umrah Kerana Allah

Semestinya, setiap amalan yang kita lakukan akan dikira berdasarkan niat. Janganlah niat pergi umrah untuk melancong atau menunjuk-nunjuk di media sosial, rugi tak dapat pahala. Niatlah semata-mata ingin beribadat kepada Allah s.w.t. Insyaallah besar ganjarannya. Sentiasalah berdoa agar Allah permudahkan setiap urusan kita mengerjakan umrah dari sejak kita pasang niat sampailah selesai mengerjakan umrah nanti.



2. Persiapkan Diri Dengan Ilmu

Apa yang paling penting sebelum mengerjakan umrah ialah mempersiapkan diri dengan ilmu yang sebanyak-banyaknya. Hal ini untuk memudahkan kita melakukan amal ibadat dengan betul dan sempurna. Bukan senang kan untuk dapat peluang mengerjakan umrah, jadi gunalah peluang ini sebaik-baiknya untuk melaksanakan ibadah yang banyak dan sempurna.

Miza sangat syorkan anda baca buku-buku ini sebagai persediaan melaksanakan ibadah umrah, sebab Miza sendiri pun sudah baca dan banyak sangat membantu Miza untuk lebih memahami ibadah umrah.








Selain membaca buku, Miza juga cadangkan anda untuk menghadiri kursus umrah. Biasanya, travel agent yang menguruskan perjalanan umrah ada buat kursus umrah. Pastikan anda rujuk travel agent anda ya.

3. Solat Sunat Jenazah

Ambil masa untuk belajar cara mengerjakan solat sunat jenazah sebelum berangkat. Solat sunat jenazah adalah sangat common di Makkah dan Madinah, boleh dikatakan setiap kali selepas solat fardhu akan ada solat sunat jenazah. Sangat besar ganjaran melakukan solat sunat jenazah, rugilah kalau kita tak reti nak buat kan. So Miza sangat galakkan anda belajar macam mana nak solat jenazah. 



Lagi bagus, belajar cara mengerjakan semua solat sunat. Sebab ganjaran solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah sangat banyak. Kumpul pahala banyak-banyak :)


4. Ambil Imunisasi

Pentingnya ambil imunisasi sebelum berangkat ke Tanah suci untuk mengelakkan badan kita daripada diserang penyakit dan membawa pulang wabak ke negara kita pula. Antara imunisasi yang diwajibkan untuk jemaah haji dan umrah adalah seperti berikut:

1. Imunisasi wajib :-
  • Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)
  • Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab
  • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) tahun
  • Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja (rujuk Pejabat TH berhampiran)

         2. Imunisasi pilihan (dibiayai sendiri oleh bakal haji) :-
Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu :-
  • Vaksin Influenza
  • Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
  • Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur.
  • Bakal Haji berumur 60 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakan mengambil vaksin ini.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 1 tahun.
  • Vaksin Pneumokokus
  • Bakal Haji berumur 60 tahun keatas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius di paru-paru yang disebabkan oleh bakteria.
  • Penyakit ini merupakan penyakit utama dikalangan kanak- kanak dan warga tua di Tanah Suci.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 5 tahun.
Sumber: Tabung Haji

5. Passport Dan Visa

Passport adalah benda paling penting bila kita travel. Dekat negara orang, Kad Pengenalan kita dah tak laku. Pastikan passport anda masih valid (sah) sekurang-kurangnya 6 bulan lagi pada masa anda travel. Kalau passport dah nak tamat tempoh atau expired cepat-cepat pergi renew. Ini akan memudahkan urusan untuk buat visa. Kita tak perlu risau pasal visa sebab travel agent yang akan uruskan semuanya. Kita hanya perlu sediakan passport sahaja.




6. Bagasi

Siapkan packing bagasi seawal boleh dan jangan lupa buat senarai semak. Kalau ada keperluan yang tertinggal masih boleh dicukupkan sebelum berangkat. Pastikan setiap bagasi kita bertanda tag atau riben untuk memudahkan kita mengecam bag kita dan supaya tak tertukar dengan orang lain. Selalunya, travel agency akan bagi bag yang sama jadi kebarangkalian untuk tertukar sangat tinggi. Jadi sangat penting menanda bag masing-masing dengan tag atau riben.



7. Jaga Kesihatan

Sangat penting untuk jaga kesihatan sebelum, semasa dan selepas mengerjakan umrah. Kita taknak lah jatuh sakit apabila tiba di Tanah Suci dan tak dapat mengerjakan ibadat. Sangat rugi kalau kita tak sihat dan tak mampu untuk mengerjakan umrah atau solat di Masjid kerana pahalanya sangat banyak. Sayang seribu kali sayang.

Untuk kesihatan badan yang optimum, Miza cadangkan ambil supplement semulajadi yang sudah terbukti keberkesanannya dari kajian saintifik dan landmark study. Pilihan Miza semestinya supplement Shaklee.


Umrah Mabrur

Tahniah kerana anda terpilih menjadi tetamu Allah. Semoga perkongsian Miza memberi manfaat kepada anda. Miza doakan ibadat umrah anda diterima Allah dan segala persiapan untuk mengerjakan umrah dipermudahkan. Jangan lupa doakan Miza sekali ya :)

You Might Also Like

6 komen

  1. T.kaseh..dpt beri sedikit panduan untuk saya yg pertama kali buat umrah nanti

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Hajjah terima kasih diatas perkongsian yang berguna ni..Semoga Allah memberi pahala berganda buat anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Insya Allah amiin.. terima kasih atas doanya

      Delete
  3. Semoga persediaan bakal² tetamu Allah akan lebih dipermudahkan, terutama bagi 1st timers nanti ;)

    ReplyDelete