Liang Pori Muka Besar Dan Terbuka? Cuba 7 Petua Kecilkan Pori Secara Semulajadi

Sebagai seorang yang mementingkan penampilan diri, muka yang berpori besar bukanlah sesuatu yang disenangi. Liang pori yang terbuka menyebabkan muka kelihatan kusam dan lebih tua dari usia sebenar.

Sangat menyedihkan apabila kulit muka yang berpori besar itu dikatakan seperti kulit limau. Keadaan ini akan menyebabkan kurang keyakinan diri dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat luar.


Lebih teruk lagi apabila mereka bekerja dalam bidang yang menuntut mereka untuk berjumpa dengan orang ramai. Kurang keyakinan terhadap penampilan diri akan turut menjejaskan prestasi kerja.

Jadi, sangat penting untuk mengecilkan liang pori di wajah demi mengembalikan keyakinan diri dan meningkatkan prestasi kerja.






7 Petua Mengecilkan Pori Wajah

Ikuti 7 petua mengecilkan pori muka secara semulajadi dengan cepat dan jimat. Mana tidaknya, semua bahan yang digunakan adalah yang sangat senang diperoleh, dan biasanya ada di dapur.

1. Bersihkan Kulit Wajah Secara Rutin

Kulit wajah perlulah sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Tidak membersihkan kulit wajah akan menyebabkan liang pori yang terbuka memerangkap minyak, debu dan habuk dari persekitaran. Lebih teruk, liang pori akan tersumbat dan mengundang jerawat pula.


Perkara yang penting dalam membersihkan kulit wajah adalah dengan memilih facial foam yang sesuai dengan kulit untuk mengelakkan kulit mengalami sebarang gangguan. Sebagai saranan, pilihlah pencuci muka yang boleh mencuci minyak tetapi tidak mengeringkan kulit.
Baca: Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak Dan Pori Besar







2. Putih Telur

Masker putih telur juga berupaya mengecilkan liang pori yang besar dan terbuka. Caranya mudah sahaja, ambil putih telur yang telah diasingkan daripada kuningnya. Kemudian, sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Bilas wajah anda dengan menggunakan air sejuk.


Hasilnya, kulit akan terasa lebih tegang dan anjal. Buat masker putih telur sekurang-kurangnya sekali seminggu, terpulang kepada tahap kerajinan anda hehe.




3. Ais

Jangan tak percaya yang ais juga mampu untuk mengecilkan pori besar dan terbuka tau. Ambil ais dan balutkan dengan menggunakan kain. Kemudian, gosokkan kain tadi di sekeliling wajah dan lakukan pada setiap malam sebelum tidur. Ia juga berupaya membantu untuk menghaluskan kulit muka juga. Kesannya, kulit rasa lebih segar dan nyaman.





4. Madu

Madu mengandungi antioksidan yang baik untuk kulit. Madu mampu membunuh bakteria yang ada di dalam pori yang menjadi punca jerawat. Selain madu, yogurt juga baik untuk kecilkan pori. Jadi campurkan madu dan yogurt kemudian sapukan pada wajah. Biar 20-30 minit dan kemudian bilas dengan air sejuk






5. Gula Dan Minyak Zaitun

Ambil 2 sudu teh gula, tambahkan 1 sudu teh minyak zaitun dan beberapa titik jus lemon.
Campurkan semua bahan-bahan ini dan sapu ke wajah selama 20 hingga 30 minit. Kemudian bilas wajah menggunakan air sejuk. Paling baik anda buat petua mengecilkan pori ini sekali seminggu.






6. Makanan Tinggi Antioksidan

Makanan yang tinggi antioksidan mampu mengecilkan liang pori dengan berkesan. Contohnya, lemon dan tomato. Lemon dan tomato mengandungi vitamin C yang berfungsi menyegarkan kulit wajah dan mengecutkan liang pori yang besar dan terbuka. Lemon dan tomato boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat masker. Caranya, oleskan lemon atau tomato yang ditumbuk halus pada muka sebelum tidur pastinya akan memberi kesan yang berbeza kepada kulit wajah anda.





7. Vitamin Semulajadi Tinggi Antioksidan

Cara yang paling mudah untuk mengecilkan liang pori muka yang besar dan terbuka ialah mengamalkan vitamin semulajadi yang tinggi dengan antioksidan. Contohnya ialah vitamin A, vitamin C dan vitamin E. Kalau anda nak tahu, kandungan antioksidan yang paling tinggi terdapat dalam gabungan resveratrol dan polifenol. 

Senang kan petua kecilkan pori di wajah yang Miza share ni. Tak perlu belanja yang tinggi, hanya buat di rumah sahaja. Anda boleh pilih salah satu petua atau cuba semua petua yang disenaraikan, selang-selikan antara petua yang ada. 


Produk Semulajadi Kecilkan Liang Pori Besar Dan Terbuka

1. GLA Complex

  • Hormon merupakan elemen yang sangat penting untuk kulit cantik
  • Individu yang hormon kacau akan mengalami pelbagai masalah kecantikan, seperti kulit terlalu berminyak, jerawat banyak, dan liang pori yang besar dan terbuka
  • Oleh itu, perkara utama yang perlu dilakukan jika nak kulit cantik bak pauh dilayang, anda kena stabilkan hormon
  • Jadi, produk yang paling selamat untuk stabilkan hormon ialah GLA Complex 
  • Kaya dengan gamma-linolenic-acid yang diekstrak dari minyak borage dan minyak bunga matahari
  • GLA Complex Shaklee turut diperkaya dengan Vitamin E yang sangat bagus sebagai antioksidan untuk melawan kerosakan sel kulit
  • Amalkan GLA Complex untuk kawal atur hormon yang stabil dan kulit yang cantik tanpa pori besar dan terbuka



2. Sustained Release Vita-C Plus

  • Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel kulit
  • Selain itu, Vitamin C berfungsi untuk menguatkan pertahanan sel kulit untuk melawan serangan luar dan mempercepatkan sel kulit sembuh apabila diserang
  • Vitamin C membantu meningkatkan penghasilan kolagen semulajadi dalam badan kita untuk kulit yang lebih cerah dan tegang
  • Tidak hairanlah ramai yang suka cucuk vitamin C kerana khasiatnya untuk kulit
  • Cara yang terbaik untuk mengambil Vitamin C adalah secara oral, iaitu melalui pemakanan
  • Jadi, Sustained Release Vita-C Plus adalah Vitamin C yang paling bagus kerana mempunyai teknologi pelepasan berkala
  • Hanya 100mg Vitamin C dilepaskan ke dalam darah setiap satu jam selama 5 jam
  • Badan kita hanya boleh menyerap 100mg Vitamin C dalam sejam, yang selebihnya tidak digunakan oleh badan akan dibuang melalui perkumuhan
  • Kenapa membazir makan Vitamin C yang banyak jika hanya 10% je yang mampu diserap oleh badan?
  • Amalkan Sustained Release Vita-C Plus untuk kulit yang kuat dan tegang, sekali gus dapat mengurangkan saiz liang pori yang besar



3. ESP


  • Badan kita terdiri daripada protein, jadi protein sangat diperlukan untuk menghasilkan sel badan yang kuat dan sihat
  • Kekurangan protein dalam badan akan membuatkan kulit berubah tekstur dan menjadikan kulit hilang keanjalan dan mula mengendur
  • Kulit yang kendur akan menyebabkan liang pori yang besar semakin jelas kelihatan 
  • Jadi, pentingnya mengambil protein yang berkualiti tinggi untuk menjaga keanjalan kulit sekali gus mengecilkan liang pori yang besar
  • ESP adalah sumber protein terbaik untuk menghasilkan sel kulit yang sihat dan cantik

4. Enfuselle Purifying Cleansing Gel


  • Pentingnya memilih pencuci muka yang sesuai untuk jenis kulit masing-masing
  • Kulit muka yang terlalu berminyak akan memerangkap kotoran di persekitaran dan menjadikan liang pori semakin besar
  • Jadi, untuk kecilkan liang pori, pastikan anda guna pencuci muka khas untuk kulit berminyak seperti Enfuselle Purifying Cleansing Gel
  • Mengandungi gel berbusa yang bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Dihasilkan dari bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit, mengandungi pH yang seimbang dan bersifat hipoalergenik



Testimoni Set Kecilkan Pori Shaklee Yang Dijamin Berkesan












Order Set Kecilkan Pori Sekarang 

Klik icon di bawah untuk memesan Set Kecilkan Pori Yang Selamat tanpa hubungi Miza.

Klik di sini untuk tutorial menggunakan esell


Konsultasi Berkesan Kecilkan Pori Besar Dan Terbuka

Hubungi Miza 0199363759 untuk dapatkan konsultasi berkesan. 

Miza sangat berpengalaman membantu pelanggan Miza yang mempunyai masalah liang pori besar dan terbuka. Alhamdulillah dengan teknik pengambilan vitamin yang betul, mereka berjaya mengecilkan liang pori dan kulit semakin halus dan bebas cela.




You Might Also Like

0 komen