Pantai dan ehem ehem! | Pakar Cantik

Saturday, May 18, 2013

Pantai dan ehem ehem!

Sebab satu je amek gambar, jadi saya edit banyak kali supaya nampak kepelbagaian -- walaupun semacam takde motif, tapi ketahuilah bahawa saya obses pada sekeping gambar tersebut.

Pantai Kemasik, Kemaman, Terengganu.
Tenang dan menenangkan.

Bertuah betul kerja kat Terengganu, bersepah-sepah pantai cantik. Tu tak cakap pasal pulau lagi tu.. Cerita pasal pulau lambat lagi keluar sebab abah tak bagi pergi pulau -- overprotective. Kalau nak pergi pulau kena tepati 2 condition ni; sama ada pergi dengan i) abah dan famili atau ii) suami.

Dengan abah macam takde harapan sebab abah tak gemar, sudah puas dipujuk. Dengan suami ehem nantikan kemunculannya ehem ehemmm. Eh eh ber ehem ehem pulak dia. Eh ini bukanlah sejenis hint. Ehemm biasa dia!

Ehem mohon undur diri.

Selamat menikmati pemandangan indah lagi mempesonakan. Kalau rasa sesak dalam kepala, pergilah pantai; ada ketenangan di situ. Tapi janganlah pergi pantai yang sesak pulak, makin sempit kepala jadinya. Agak-agaklah kan.

Ehem tumpang lalu (sambil menuju pintu keluar)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...