Pakar Cantik: September 2013

Saturday, September 21, 2013

Pointless

"Penat buat karangan berjela-jela dalam hati; end up -- pointless" - heymixa, 2013.

Karangan dalam hati; siapa yang baca? Kemon mixa!

Ewah ewah rajin betul buat karangan dalam hati ye..? Jimat kertas dan dakwat la tu. Konon sebab minyak naik 20 sen.

Tadi nyaris pergi stadium tengok perlawanan bola sepak. Nasib baik masih kuat iman, masih tebal perasaan malu. Stadium bola sepak ramai lelaki, tahu? Lagi pula, sejak bila aku layan bola sepak?

Sejujurnya, aku kurang suka perempuan bertudung menyanyi. Kadang-kadang, nampak macam tak kena. Ke mata aku je?

Baca selanjutnya...

Wednesday, September 18, 2013

You break my heart

You really did.

If you did not mean it at the first place, why bother asking me?

Heart, you gotta be strong.
Tougher.

Let's not weep

Baca selanjutnya...

Thursday, September 12, 2013

Berangan

Tulisan masih berkisar berangan. Eh tapi kenapa guna perkataan berkisar? Apa kaitan kisar dengan berangan? Mahu makan buah berangan kisarkah?

Hormon banyak hari ni. Melalut-lalut ke laut. Tidak mengapa, masih belum musim tengkujuh. Musim tengkujuh bahaya ke laut. Ikan tak dapat, balik mabuk-mabuk dipukul ombak. Itu pun kalau ombak pukul. Kalau ombak terajang macam mana? Duduk dalam rumah diam-diamlah kalau dah musim tengkujuh. Eh ini cerita nelayan ke?

Ok lah. Sebab banyak hormon aku jadi suka berangan. Eh bukan suka makan buah berangan lah. Suka berangan ala-ala MJ (Mat Jenin) gitu. Tapi kenapa nak berangan macam MJ? Tak best lah nanti jatuh pokok. Sudahlah jatuh pokok, ditimpa pelepah kelapa pula. Sudahlah terjelepuk jatuh, digigit kerengga pula. Sudahlah sakit digigit kerengga, diserang tebuan pula. Apalah nasib MJ berangan sambil panjat pokok.

Ok, ini serius dah taknak main-main dah. Perlu keluar sekarang. Tapi tak jumpa cari pintu keluar. Stay la dulu barang seperenggan dua.

Seronok jugak merapu-rapu. Sebab dah lama tak merapu. Lepas gian kononnya. Heh gian lah sangat padahal pemalas.

Sekarang ni tengah hujan lebat. Line internet jadi siput bila hujan. Adakah kita sebenarnya menghampiri musim tengkujuh? Jika benar bagai dikata, jangan lah melalut-lalut ke laut. Bawak-bawaklah pulang ke darat.

Ok lah ok lah. Mari pulang. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry yang lebih bernas harapnya.

Baca selanjutnya...

Jangan pikirin

Hi all.
Hai semua..

Lama tak menjengah kat sini sebab malas nak menulis. Takpe, takde orang kesah pun kan..?

Lately aku banyak berpikir. Pikir benda merepek-repek; atau adakah itu dikatogerikan sebagai berangan?

Buah berangan dalam perahu,
Makanlah, kenapa buat tak tahu?

Ada seorang manusia ni, suka tanya aku soalan pelik-pelik; atau sebenarnya aku yang suka pikir pelik-pelik pada soalan yang dia tanya tu..?

Susahlah kalau tanya soalan sebaris tapi jawapan aku bagi berjela-jela karangan dalam hati. Kalau tanya soalan yang perlu jawab 'ya' atau 'tidak' kan senang.. Either YES or NO, nothing in between. Erghh rajinnya buat karangan dalam hati.

OK fine, I think I was overeacting. Like I always do. Boooo! HAHA :P

Sudahlah. Jangan banyak pikir.

Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...