Aku baru balik dari meeting ETP Group 62 yang terdiri daripada aku, piah, amzar, ina, asyran dan lemi (Lemi - international student from Sudan). Ini adalah meeting yang kedua, meeting pertama malam semalam. Untuk meeting yg pertama, it's quite hambar bagiku; sesi suai kenal sesama ahli, tukar menukar nombor henset, idea kasar tentang apa yang akan kami kerjakan untuk project ETP nanti. Meeting kedua pula lebih agresif dengan curahan idea disusuli dengan gelak tawa tatkala beberapa lawak tak cerdik terkeluar. Brainstorming, what do you expect? Adakala ada jugak idea bodoh yang terlintas di fikiran. Idea bodoh? mungkin perkataan itu tidak sesuai digunakan kerana dari idea bodoh itulah akan tercetus idea cerdik yang mungkin 'da bomb'. Bukan begitu?
Gelak tawa riang aku, piah dan ina telah disound oleh asyran. Almaklum laa, budak2 pantai timur bila dah buat lawak, seronok la bantai gelak (haha). Katanya, orang yang banyak gelak hatinya gelap. Lagi satu, dia komen sikit pasal attire pegi meeting (pernah ke orang komen pasal attire meeting kat cafe V3, pada malam hari, yang tidak dianggap sebagai formal?). Sound yang ke-2: jangan angkat tudung (aku maksudkan serempang or belit2 tudung kat tengkuk tu). Tudung harus diturunkan a.k.a menutup dada dan perut yang boncit (ok, boncit tu exaggerate je).
Frankly, aku tak marah kena sound, dan aku tak kisah pun sebenarnya. Sebab: aku tahu dia betul (dan aku tak kata pulak kami yang salah). Motif utama aku kat sini ialah: mungkin sebab banyak gelak aku jadi leka, aku rasa tak best, tiba-tiba je lost masa lecture. Mungkin, dan mungkin kerana aku menutup aurat dengan tidak sempurna, tidak seperti yang dituntut. Kepala pakai tudung, tapi anak tudung tak pakai, sekejap2 rambut terkeluar. Aku pakai baju tapi ikut bentuk badan, kadang2 nampak seksi menurut mak aku (walaupun bukan seperti sarang nangka, tapi susah nk cari baju yang betul2 seperti dituntut dan menepati citarasa). Mungkin juga, kurang berkat di situ, hati semakin gelap. Entahlah, aku bukannya reti bila berbicara pasal perkara sebegini, ilmu kurang...
Semoga project ETP group 62 akan jadi da bomb. (terima kasih kerana mendoakan kami
0 komen