Okayyyy. Hari ini bakal menjadi hari yang paling bosan. Harap aku mampu bersabar sampai hari ini habis. Sekurang-kurangnya sampai pukul 4 petang ni...
Aku penat. Perjalanan semalam amat jauh. Tak lah jauh sangat pun sebenarnya, tapi amatlah panjang. Bertolak dari Kota Bharu lebih kurang pukul 3 petang, sampai di Paka pukul 12 tengah malam. Makkkk aiiiii, pergi mana tu Mizah?
Well well well. I went home with my beloved friends. What a journey... macam-macam perasaan ada, macam cocktail je hati aku sepanjang perjalanan pergi dan balik. Haila haila.
Sebenarnya, aku je yang balik rumah. Kawan-kawan kesayangan semuanya berjoli jalan-jalan di Kelantan; membeli belah di Rantau Panjang dan Wakaf Che Yeh serta bermain bowling di KB Mall. Suka hati kan mereka ni, bulan-bulan puasa pon berjoli sakan. Ewah~
Taklah, aku tak ikut mereka berjoli sebab aku nak habiskan masa berkualiti bersama keluarga.
Aku sedaya upaya cuba penuhkan setiap saat yang aku ada bersama keluarga tercinta. Hasilnya, aku dapat rasakan hujung minggu aku amat bermakna.
Mak aku cakap, kalau nak berjoli dengan kawan-kawan, berjoli semasa tidak berada di Kelantan. Kalau berada di Kelantan, sila berjoli bersama keluarga. Eceh, pandai-pandai je aku translet. Padahal mak aku cakap lain kali je lah keluar dengan kawan-kawan, balik kali ni sila jadi driver mak. Haha.
Mak aku rindukan aku sebenarnya tu, dia jeles aku asek dengan kawan je.. hehe. Orang yang family oriented memang begini. Eceh.
Apa nak jadi dengan kau ni, Mizah. Asek update blog masa kat ofis jek. Kalau kat umah tak nak update pulak walaupun ada internet yang laju mengalahkan internet supersiput kat UTP. Haish! Eh, tersebut UTP. Rindu UTP ke?
Dah tu aku bosan kat ofis, aku update la blog.. korang jugak yang nak baca kannn.. keskeskes. SV tak bagi kerja la. Project 1 dah siap, project 2 SV tak nak bagi lagi sebab dia superbz nanti tak sempat nak monitor aku. SV suruh study je dulu. Apa jadi kalau suruh Mizah study? Ye, korang dah nampak kan apa yang jadi kalau Mizah disuruh study kan? Kan kan kan? Haaaa, tahu punnn.
Ada beberapa kali jugak aku rasa jantung aku macam tercabut. Nasib baik macam je.. kalau tercabut betol memang aku saman driver tuh. Haha. Mungkin aku akan bertobat untuk tidak menjadi penumpang CAV **** lagi pada masa akan datang, sekurang-kurangnya tidak menjadi penumpang di seat sebelah driver. Tobat aku tobat, ngeri!
Aku kesejukan di ofis. Pagi-pagi lagi dah hujan. Terima kasih Aziah, hantar aku pergi kerja. Sori Aziah dan Ieja korang lambat sebab kena hantar aku. Aku rasa nanti aku kena angkut DAK aku tuh datang Paka. Aku dah bosan asek kena susahkan orang hantar+jemput aku pergi+balik kerja.
Sekeping hati aku ni, sakit lagi. Aku benci hati aku yang sakit begini. Oh Tuhan, bantu aku. Leraikanlah kekusutan perasaanku ini. Didiklah aku untuk redha dengan semua ini kerana aku tahu redha itu penyelesaian terbaik.
Kalaulah otak aku ni ada switch yang boleh padamkan certain ingatan+perasaan yang aku tak mahu... Kalaulah ada T_____T
Sakit perut la weyh. Kesian aku asek sakit perut. Kesian lagi kat surau tu sebab asek aku je pegi surau buat muka sedih dengan minyak angin di tangan. Dah takde orang lain dah yang suka pegi surau buat muka sedih dengan minyak angin di tangan macam aku. Memang takde!
Babes, i miss you..
p/s: Maafkan kecelaruan entry kali ini sebab aku sendiri sedang bercelaru tapi bukan sebab makan ikan cencaru..
0 komen