Something new

Memandangkan winter dah start, maka banjir adalah bukan sesuatu yang ganjil di tempat-tempat rendah seperti kawasan yang dilanda banjir sejak 2-3 hari yang lalu..
ada hati nak winter kat Paka

Musim tengkujuh tahun ni lain dari yang sebelumnya.

Apa yang lain?

Winter sebelum ni (eh, buat-buat tersasul pulak~ aku maksudkan musim tengkujuh sebelum ni) disambut di rumah kedua ibu bapa yang terletak di perkampungan nelayan di suatu sudut di daerah Bachok.

Rumah kedua ibu bapa aku itu xde kebocoran melampau seperti yang dialami oleh rumah sewa kami berlapan ini. Rumah itu sungguh cantik, sungguh indah dan permai sekali. Oh, saya rindu rumah itu.

Ya, rumah sewa ini adalah rumah sewa yang sama yang dikhabarkan fully-furnished suatu ketika dahulu. Yang juga dikhabarkan cantik molek. Yang sewanya dibayar RM100x8orang students UTP yang buat industrial internship di daerah Paka setiap bulan. Yang.. (ah, malas lah aku nak elaborate lebih-lebih sebab entri ini bukan bertajuk rumah sewaku)

Semalam hari Ahad. Seperti biasa aku bangun pagi dengan penuh tiada semangat untuk pergi kerja. Hujan mencurah-curah sejak Khamis atau Rabu, tak henti-henti. Makin mengurangkan semangat yang sedia tiada ini.

Sejuk dowh. Macam mana mahu mandi? Awal-awal pagi pintu kecomelan masih belum terbuka untuk masak air untuk dibuat mandi (padahal pemalas). Last time mandi dengan air panas yang direbus adalah beberapa tahun yang lalu, masih di bangku sekolah rendah. Darjah satu kot mase tu, tu pon mak yang rebuskan air :P

Btw, aku mandi pagi walaupun sambil menggigil. Tutup cerita mandi, tak best langsung!

Sampai je kat tempat kerja, terpelik seketika aku. Lengang beb, lengang. 2-3 buah kereta je yang ada. Kepelikan itu dibuktikan dengan sebuah pertanyaan "Hari ni hari Ahad kan?"

Dengan langkah yang penuh ragu-ragu aku masuk ofis. Gelap gelita. Tiada seorang pun manusia. Ke mana semua orang? Masa punch card tadi aku tgk dah pukul 8.20++ tapi kenapa dalam ofis tiada orang?

Ah, pedulikkan orang lain. Ofis ni aku yang punye~ hoho.

Rupa-rupanya staff laen stuck sebab banjir di dungun dan sebahagian paka. 3 orang je staff dalam ofis sepanjang hari. Secara total, 6 orang je sek-sek design pegi kerja semalam, iaitu 2 managers, 2 engineers, 1 clerk and 1 trainee. Hahaha. Pengalaman yang menyeronokkan :P

OK OK, entri yang bosan ini akan dihabiskan segera. Sebelum itu, tataplah beberapa keping gambar yang terselit dalam entri ini.




Tulisan sape neh? :P


Satu-satunya benda yang kena bertahan sehingga 8 Januari 2010:




You Might Also Like

4 komen

  1. haha, kau ni kes malas nak mandi eh miza. mesti jarang mandi nih.
    ahaha. bestnye tido pagi2 x yah g keje sebab skang musim sejuk dengan musim kekerapan hingus meleleh dala ofis. haha.

    ReplyDelete
  2. aku mandi la weyh! pagi+malam taw aku mandi.. menggigil tu yg best tu. haha

    kat sini xde kes hingus meleleh ye. kami bersih :P

    ReplyDelete
  3. lame x buke blog nih.
    teruk ke banjir kat area dungun?
    ingat blah2 setiu je banjir.
    intern kat company mane erh

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete