Dah takde idea la tuh buat tajuk entry gitu. Haih.
I tengah gigih adjust my group punye PFD (Process Flow Diagram) untuk FYDP la ape lagi.. Kerja adjust-mengadjust ni macam leceh sikit. Tukar itu la tukar ini la.. alih ke situ la alih ke sini la..
Takde keja upload gamba PFD. Banyakkan bersabar Mizah -_-"
Tapi kalau nak adjust orang, bagaimana pula ya? Adjust orang i lagilah malas. You rajin ke adjust orang? :p
Malam ni ada dinner batch, Jan06 tersayang. Eceh.
Dulu-dulu i macam excited nak pegi dinner tapi pada petang sabtu yang malap ini, i rasa malas lah pulak. Macam tak ada mood je sebab mood semua tertumpu kat PFD. Hahaha. suka menipu ye sekarang? :p
Tapi malas-malas i pon, i tahu i tetap akan pergi malam nanti. Lepas maghrib akan bertolak ke Batu Gajah. Apa dah nama tempat tuh, alamak dah lupa macam mana nak pergi dinner ni?
Malas lah nak drive, tumpang orang je boleh? Aaaaaa~ tetap kena drive jugak T______T
I sebenarnya macam cuak nak pergi dinner i don't know why. Pergi makan tak payah cuak lah Mizah, sediakan perut kosong je. No wonder aku tak makan dari pagi lagi ni, nak sediakan perut untuk dinner rupanya. RM45 beb, beberapa hari boleh feed perut aku dengan makanan dari cafe v5 yang dot dot dot malaslah nak mention.
Tapi demi Jan06 tersayang, aku gigihkan jua keluarkan RM45 dari CIMB (diet duet masih berjalan) dan keluarkan badan dari bilik selepas solat Maghrib sekejap lagi (diet badan tak pernah dibuat).
Sehingga bertemu lagi di lain entry, jaga diri semua orang, senyum-senyum selalu jangan stress nanti cepat berkedut. Chill, walaupon hot :D
0 komen