Menaip secara rambang sahaja hari ini..
1. Hujan.
2. Winter. Eh, winter lah..!
3. Bosan.
Malam tadi demam. Sobss. Ya Tuhan, sakit satu badan. Macam ada orang cucuk-cucuk je badan ni.. Kalau demam je, mesti sakit-sakit badan macam nenek tua. Eh, macam lah pernah jadi nenek tua.. Haha :P
Badan panas tapi menggigil. Seksa sangat rasa. Tak larat sangat sampaikan kalau boleh nak elakkan dari bangun pergi toilet. Kalau kena air, menggigil kuasa dua jadinya. Serius, sejukkk. Nak jalan pun fikir 2-3 kali sbb lantai sejuk gila. Kalau desperate sangat baru akan berjalan atas lantai, kalu tak baring jelah atas tilam tuh. Nak minum air pun ngada-ngada suruh adik tolong amekkan. Biasalah, adik-adik sayang Kak Long mereka. Kak Long je kejam asek buli mereka. Haha :P
Hek eleh, cerita demam pun nak publish kat sini. Poyo lah u! Haha :P
Petang semalam kawan saya Cik M (yang dulunya rumet masa intern) ajak saya ke rumah Mr. P (yang dulunya selalu jadi driver saya bila nak balik Kelantan/UTP). Ceh ceh sekarang pandai guna nama samaran dalam bentuk short form. Biasalah, kena berhati-hati dengan apa yang ditulis, entah-entah nanti kena saman siapa tahu. Eh, tiba-tiba. Haha :P
Best pergi rumah Mr. P. Air Coklat yang Mr. P bancuh sangat sedap. Mula-mula order Milo beng (iced Milo) tapi dapat air coklat yang kaw punya. Mak aiii sedap gila okkayy. Tak sia-sia halang emak Mr. P bancuh air sebab nak tunggu Mr. P sendiri yang bancuh. Ye, Cik M memang ngade-ngade suruh Mr. P bancuh air. Tapi ada orang kesah? Haha :P
Lepas tu, Mr. P bawak we all pergi sempadan Malaysia-Thailand. Tengok laut yang tak berapa tenang. Kan musim tengkujuh ni, mana ada laut yang tenang? Laut sekarang jangan dibuat main you all, boleh ragut nyawa. Eh, we all tak main laut lah. We all hiking ke muara sungai. Err, kalau ada gambar kan lagi senang nak cerita. Tapi, gambar semua ada pada Cik M. Tak apa, you all jangan pening-pening boleh abaikan, anggap saja perenggan ini tak pernah wujud. Haha :P
Pergi rumah Mr. P memang tak sah kalau tak kenyang. Dah lah sedap-sedap, banyak pulak tu makanan yang dihidang. Serius, I terpaksa serender walaupun kue teuw lakna yang adik Mr. P masak tu sedap gila. I serender sebab tangki I kecik. Rugi lah bawak tangki kecik pergi makan free. Haih rugi rugi. Sampai ke sudah senak perut. No wonderlah kampung I bernama Kampung Pantai Senak. No kidding eh, itu memang nama kampung I. (Tapi nak jugak gelak) Haha :P
Balik rumah pukul 10 malam baru sampai. Sampai je terus demam. Kena sampuk ke apa? Haha :P Nasib baiklah bukak mata pagi ni dah baik demam. Alhamdulillah.
Eh, baru I sedar hari ni tak mandi lagi. Haha. Baiklahhh. I pergi mandi sekarangggg.
0 komen