1st Pay (Hohoho)

Tak tahan tajuk entry dalam kurungan hohoho. HOHOHO. Entah apa-apa lah dia ni -___-" 

Apsal entah letak icon tu tanpa tahu maksud tersirat. Haeh. Kawan-kawan, apa maksud icon -__-" tersebut. Jangan arr cite pasal icon kat lab building 5 tu, mentang-mentang la pergi interview kena tanya pasal fydp kaw kaw kaw punye! -__-". Eh macam suka la pulak buat benda alah ni -__-" -__-! -__-" Haha jakun :P

Baiklah, kita berbalik kepada tajuk entry. Jangan dilayan sangat gadis jakun dari Bachok ni. Haha buat malu orang kampung je. Dah la terkial-kial cari tempat interview bersama keluarga yang supportive. Ambik kau berderet-deret jalan 6 orang tanya orang tu tanya orang ni "Kak/Bang, tempat ni kat mana ye?" 

Biasa bro (gaya Bobby dalam Adnan Sempit the movie). KL tu bukan tempat kami. Haruslah terkial-kial kesesatan kat sana. Bak kata cik Ja (segeng), tak apa kalau sesat.. tak sesat, tak belajar la.. Lagipun, kat kampung tak ada KLCC. HAHA. Pengalaman berharga tu.. tengok, masuk blog kot~ HAHA :P

OK lah, bercerita pasal first pay. Ataupun gaji pertama. Err. Sebenarnya, saya belum bekerja tetap. Masih belum setakat ni. InsyaAllah, masanya akan tiba. Saya yakin adalah tu rezeki saya kat mana-mana. Ada, cuma tak tahu bila dan di mana. Pasti ada. 

Thanks ain, for your entry. It's something motivating. Sometimes, apa yang i fikir, you pon fikir. That's why lah kadang-kadang i tak jadi buat entry. HAHA :P Luv ya! (eh, tetibeee)

Hari itu secara rajin saya telah membuat pekerjaan secara sambilan, sementara menunggu panggilan interview. Haruslah tunggu panggilan interview. Macam mana nak tunggu panggilan kerja kalau interview pun diorang tak panggil? Macam sedih, tapi i nak gelak jugak. HAHAHA :P

Tak faham apsal malam ni asyik nak gelak je kerja. Mungkin sebab dah habiskan beberapa keping not RM50 tadi. Ini tak lain mesti kerja hormon. Well, perempuan tipikal. Sikit-sikit shopping. Sikit-sikit shopping. Almari dah penuh pun kata tak ada baju/tudung nak pakai. Sooo typical. (Pinjam status facebook Amizah Azid, seorang perempuan tipikal). Haha :P

Eh, bila nak cerita pasal 1st pay ni? Haish! -__-"

Itulah dia cerita first pay. Kan dah pergi shopping tadi..? Cerita tamat. Haha.

OK lah, gurau je. Cerita tak habis lagi. Ceritanya begini: Selain nak guna duit gaji kerja sambilan tersebut shopping beli baju beli tudung beli kasut baru, saya nak beli something yang nampak. What i mean by nampak is, something yang boleh dibangga-banggakan seperti dalam ayat kebanggaan "Rantai emas ni aku beli dengan duit gaji pertama aku dulu, sebelum bergelar engineer eceh" (berangan memang tak nak kalah).

Tapi duit gaji saya tak adalah sampai boleh beli seutas rantai emas atau sebentuk cincin pertunangan (walaupun i sebenarnya tak suka pakai cincin). Setakat nak beli jam tangan atau kamera tu boleh la. Tapi kena pilih salah satu je la. Kalau beli dua2 jam tangan dan kamera memang lingkup. HAHA.

I macam nak tanya pendapat uols jugak lah. Jam tangan atau kamera? Harga lebih kurang je dua2 items tu. Harap sudi membantu.


Yang benar,
Perempuan tipikal.

You Might Also Like

3 komen

  1. here is my thoughts:

    watch: you'll always be wearing it. lagi-lagi yang tahan lama dan tahan lasak. dan cute dan elegant or suit in any clothes and occasion. and you'll love and remember the significant value of it each time you look at it. memakai jam tangan boleh merubah 1st impression org.

    camera: you'll be using it just for leisure. if your are camera-holic, then you'll be shooting lotsa pics. but, if you're the one you looovee being in the pics, you'll be passing your camera to someone else then. but, i agree that taking pictures is wordless satisfaction. memories resides in pictures that you can see.

    then..whats your decision?

    ReplyDelete
  2. Seeloknya dont buy gadgets. Sooner or later dh rosak x sempat nk tnjuk kt next gen, this is what ive got from the first pay. Hehee. Bila la ranta tangan emas yg keci tu. Yg nipis tu je pun. Same price with a camera. Or if x nk, jam tangan will do.

    Nnt jgn lupa tempek sini beli apa = D

    ReplyDelete
  3. si gadis yang cun:
    waahh. thanks for sharing your opinion here. i sangat suka ok! mungkin betul kata interviewer itu (regarding joining HR, motivating people). I macam termotivate nk beli jam ni.. hikhik ;)

    the kecik:
    betul jugak kan, pasal gadget rosak apa semua tu. I memang nk beli rantai emas. Tapi siriusly i tak mampu :(

    I rasa i akan beli jam tangan. Nanti dah beli I update kat sini (insyaAllah) tapi mungkin x letak gambar sebab I xde kamera. HAHA :P

    ReplyDelete