Saya cool

Eceh. Takleh blah mengaku cool. Dah la asek buat status FB ada perkataan cool seperti (1) sorang-sorang. cool. dan (2) drive sorang-sorang balik kampung. cool. Sejak bergelar engineer, I've to admit that I'm cool. Ceh ceh sudah-sudah la perasan cool. Haha :p

Eh, apa korang tak rasa aku cool ke? Kerja banyak, kena OT sampai tengah malam. Apa tidak cool OT sorang-sorang balik pukul 10/11/12 malam? Tidakkah cool? Baiklah, aku mengaku aku rasa a bit macam seorang loser. Fine lah. Aku loser. Demi tugas dan tanggungjawab katanya. A cool loser, I pasrah.

Tapi bab drive sorang-sorang balik kampung tu memang cool. I pecut dari Paka ke Bachok pagi semalam, ambik masa 3 jam setengah je (8.30 pagi - 12.00 tengah hari). Standard timing balik kampung adalah 4-5 jam. I tak sangka I boleh berani tekan minyak sampai 120-130 km/h. Tak pernah dibuat Amizah Azid ni. Haha. Sampai je rumah Abah I kata "derah teyh!" (lajunya!) Tapi Abah sempoi je. I kan anak Abah. Takkanlah Abah nak marah kan? Alah, kalau marah pon, marah sayang.. ye tak? Love u Abah! Muah!

Semalam balik sorang-sorang. Radio pulak rosak, tak keluar bunyi. Selaku seorang yang kreatif, I berenti kejap tepi jalan untuk keluarkan laptop. Buat apa keluarkan laptop? Pasang lagu kuat-kuat lah! Lalu karok sorang-sorang, sampai kering tekak. Haha. I rasa I comel. Tak ke? OK, I tahu korang kata I perasan. Tapi, ada aku kesah? HAHA :P

Sekarang I dah minat bola. Tapi tak adalah sampai fanatik. Minat biasa-biasa je. I frust gila Kelantan kalah lawan Terengganu hari tu. Sikit lagi Kelantan nak menang tiba-tiba tertanduk bola masuk gol sendiri. Arghhhh emosi betul tengok ulang tayang. Tapi I pasrah je sebab Terengganu cuti esok (Ahad, 19 Jun 2011). Sebab tu la I redah balik kampung even sorang-sorang. Kalau tak cuti esok, tak larat la I nak balik kampung hari Jumaat, esoknya (Sabtu) balik Paka balik. Kalau I buat macam tu, I cool kuasa dua. HAHA :P

Balik kampung angkut keje opis cool tak? I tengah multi-tasking ni; buat keje opis, tengok bola, facebooking dan blogging. Waaaah. Cool kan? HAHA. Dasar perasan cool! Blah la weyh!

OK, tata everyone.. See u when I see u!

You Might Also Like

1 komen

  1. hee..i'm cool jgk..being a grown up is always a cool thing to do..tapi cool yg xbest kn..huu..live an 'afterstudent' life is just pathetic..rindu utp..rindu bf.rindu nak kua ipoh ramai2..:(

    ReplyDelete