Assalamu'alaikum w.r.t :)
Hello December, I dah gemok! Ini serius, I tak pernah tipu sebab ni first time I concern pasal berat badan sebab obvious sangat. HAHA. Biasanya I tak kesah pon kalau gemok sikit pun (sebab tak pernah gemok banyak dan badan I memang cepat turun/naik) so memang tak kesah kalau gemuk sikit sebab nanti turun balik lah tu. Tapi sekarang ni tak nampak macam nak turun pon~! HAHA. Eh sepatutnya HUHU sebab macam sedih sikit.
Tiba-tiba masuk cerita pasal berat, buang tebiat ke Kak Long oii? Memang takleh accept berat dah masuk angka 5. Serius takleh accept. Kalau you perasan, muka I dalam gambar entry wordless wednesday ni nampak chubby dan besar dan gemok dan tak kurus macam biasa. HAHA. Serius takleh terima kenyataan. OK, esok start jogging dan jangan makan nasik pada malam hari.
Semalam buang tebiat melakukan aktiviti masak-memasak lepas balik kerja. Keluar opis pun dah pukul 7 malam, ada hati nak balik masak. Dah lah pukul 7 tu jugak redah pergi pasar malam beli ayam dan sayur dan beberapa bahan memasak. Sampai rumah dah dekat pukul 8, berkejaran semayang Maghrib diikuti Isyak. Sudah semayang ada hati bergayut dengan beberapa kawan beremosi pasal kisah confirmation. Dah confirm jadi permanent staff pon masih nak beremosi, tolonglah bersyukur! OK, skip kisah confirmation.
Pukul 10.30 baru selamat makan. Melampau betol makan nasik lewat-lewat malam macam tu. Tak sayang diri betol la. Dah lah pada siang harinya tak pernah nak skip meal, dan every meal taken mesti bercirikan nasik. Dah tu, macam mana berat taknak naik? Stress sangat ke kerja Kak Long oii? HAHA :P
I tak balik kampong hari ni sebab malas drive jauh-jauh, alone; penatttt. Jalan gelap dowh, serius scarrrryyyy! Nanti I nak balik naek bus je, senang takyah beremosi sensorang sepanjang perjalanan. HAHA.
Gelap macam ni ha. Ni pon considered cerah lagi sebab kat depan tu banyak kereta. |
Mak I paling terbaek, dah siap kemas sapu bilik I ingat I nak balik sebab slalu I balik kampung awal bulan. Sorry mak, next 2 weeks I balik okeh! InsyaAlllah. Thanks anyway, love you :)
0 komen