Im struggling to sleep.
Mata sudah pedih terkebil-kebil dari tadi cuba tidur tapi tetap tak mahu lena.
Oh patutlah lunch tadi minum nescafe o pengg. Yes you read me right. Tengah hari tadi tapi efeknya masih kuat. Fuhhh bilakah kesannya akan hilang? In the meanwhile, i akan merepek di sini. HAHA.
Esok balik kampung yeay yeay. Cuti seminggu yeay yeayyyyy. Kerja dah siap yeayy yeayyy buleh bergembira tanpa ragu yeayy yeayyyy. Buleh bercuti tanpa gangguan yeay yeayyyy. Buleh makan best besttt yeayy yeayyy. Mak masak sedappppp yeay yeayy.
Ok, annoying. HAHA.
Tiba-tiba teringat pepatah pasal kambing dan harimau dalam previous previous entry, dah lupa pulak tajuk dia apa. Tapi yang I ingat I kat tepi pantai masa tuhh. Ahhha! Luahan tepi pantai. Bingggggo!
OK. So kenapa dengan pepatah Melayu pasal kambing dan harimau tersebut?
"Masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum".
Kesian kat kambing. Kambing masuk kandang harimau kambing kena baham, harimau masuk kandang kambing pun kambing kena baham. Tak adil sungguh pepatah ini. HAHA :P
Tadi tengok cite hindustan kat B4U; Hum Tum Aur Ghost. I bukanlah nak buat summary or sinopsis cerita kat sini. Cumanya ada part kelakar luar cerita yang berlaku tadi. Tengah syok layan hindustan tiba-tiba housemate I join sekali tengok TV.
Si gadis yang tak tahu hujung pangkal cerita lalu bertanya "Dia boleh nampak hantu ke?"
Then I replied "Aah".
"Dia nampak muka hantu yang buruk ke?"
"Tak lah. Hantu Melayu je muka buruk".
Hahaha kami gelak. Sebab vampire hot kot~ Kalau tak layan series The Vampire Diaries memang lah tak tahu puntianak itu hensem jugak gojess. Haha. Kelakar gila cerita Puntianak Kampung Batu yang Erra Fazira, Didie Alias ngan Rozita Che Wan jadi puntianak. Serius kelakar bila compare dengan TVD. Serius pecah perut. Tapi nasib baek tak terburai isi perut. HAHA.
My DAK dah upgrade jadi MPV sebab selalu angkut 8 orang awok design pegi lunch. Gilalah bole muat 6 orang kat seat belakang. Dah lah my DAK lowered. Habeslah kalau abah I tahu. Tapi abah cool je kot kalau tahu 3 penumpang extra itulah bayi dalam kandungan.HEHE.
Bos I sudah kelihatan sakit kepala memikirkan masa depan apabila mereka cuti bersalin nanti. Dahsyatlah diorang. Macam mana bole planning pregnant beramai-ramai. Total ibu mengandung dalam department adalah 5/8. Dan balance 3 orang yang tak mengandung adalah perempuan single. Winter musim mengawan agaknya. Haha :p
Cukup-cukuplah merepek-repek tengah-tengah malam ni. Ayat bahasa melayu salah sebab ada lebih dua kata ganda dalam satu ayat. Marahlah cikgu shah kalau baca entry ni. Nasib baiklah dia tak baca (I assume).
Kena cuba tidur dengan lebih gigih lagi.
Selamat malam hari yang penattt :)
0 komen