Semalam memberontak. Rebel sorang-sorang dalam hati. Kesian hati. Hati tak bersalah.
Tapi mungkin jugak salah hati sebab terlalu fragile. Salah hati sebab tak redha. Salah hati jugak sebab tak ikhlas. Ye lah kalau tak redha macam mana nak ikhlas kan? Tak ke?
Syukur Tuhan masih sayang, cepat-cepat sedarkan aku. Tuhan sayang aku, tak mahu hati aku sakit lama-lama. Tuhan sayang aku Dia bukan sedang menghukum. Tuhan sayang aku sebab itu Dia menguji. Tuhan sayang aku, cuma aku perlu redha. Susah nak ikhlas kalau tak redha.
Sebab ikhlas itu susah, lagi susah dari jawab exam. Lagi susah dari design pressure vessel atau heat exchanger. Lagi susah dari jadi engineer. Sebab kalau dah ikhlas semua jadi senang.
Pesanan untuk semua, jagalah hati. Berhati-hatilah menjaga hati. Kerana pokok pangkal segala kisah bermula dari hati.
Hari ini lebih baik sebab tersedarkan oleh teguran seorang kawan semalam. Terima kasih kawan!
"Jangan bandingkan kita dengan orang yang lebih dari kita, kelak kita takkan pernah berpuas hati dengan apa yang kita ada. Bandingkan dengan orang yang kurang dari kita kerana kita akan lebih menghargai setiap yang kita ada." Bersyukurlah ;)
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 komen