Assalamu'alaikum w.r.t..
OK malam ni I blogging pakai phone je sebab annoying sangat takleh tekan 's' dan 'enter'. Entry semalam tunggang-langgang berpeluh-peluh I edit balik pakai phone. Mana yang dipublish tu, itulah the bezt I can do. HAHA ada lagi saki baki keturunan 's' yang termutasi.
I tak janji boleh siapkan entry malam ni dengan penuh hemah sebab enzim kerajinan pun semacam dah nak termutasi dah ni. Karang tak pasal-pasal enzim kerajinan menjadi kesukaran. Haha dah takde idea la tu..
So, marilah teruskan penceritaan selari dengan tajuk entry. Kalau baca entry semalam, korang readers pasti tahu UZZ itu apa. Buat yang tidak tahu menahu pasal entry semalam, UZZ adalah USS versi mutant. USS - Universal Studios Singapore. Ewaahh dah sampai USS ko Jah!
Dah kata menetap di Johor, takkan tak nak pergi, sejengkal katak je pun jaraknya. Nampak tak, dekat tak dekat? Cuba bandingkan jari kau sejengkal dengan jari katak sejengkal. Perghh perumpamaan kau Kak Jah, kelas!
Hadoila enzim kerajinan telah termutasi menjadi kemengantukan. Mukaddimah masih belum selari dengan tajuk alamak macam mana ni..?
OK, cerita cepat-cepat.
Kelmarin, (bukan lagu Farhan), bersamaan 4 Januari 2014 kami bertiga telah berpoya-poya di UZZ. Bertiga di sini bermaksud I bersama dua orang kawan I dari Kerteh, seperti yang telah digembar-gemburkan dalam entry semalam. Btw, kelmarin dan semalam bukan hari yang sama, kalau anda faham maksud saya.
Orang Kelantan panggil semalam sebagai kelmarin. I mean, maghing. Kalau anda faham lah. Kalau tak faham tak payah senakkan kepala, buat dekk je dan sila ke perenggan yang berikutnya.
OK, berbalik ke cerita asal, kami ke UZZ dengan menaiki bas persiaran dari syarikat Odyssy; entahlah aku pun dah lupa spelling yang betul macam mana. Tapi yang penting sebutannya odisi. Yang paling penting lagi, syarikat odisi ni terletak di sebelah Tune Hotel. Nak sampai Tune Hotel ni lalu lebuh raya yang mana kalau dari tempat I menetap ambil masa dalam lebih kurang 30 minit. Itupun kawan I yang pandu. Kalau I pandu, diorang tak bagi sebab takut tak sempat sampai. Diorang memang anti kalau I pandu kereta. So, senang lah I tak payah pandu I lagi sukaaa!
HAHA kalau jadi pemandu pelancong macam ni tak lama la kerja, asyik kena maki je. Nama tempat pun tak tahu. Maafkan saya, baru 3 bulan menetap di Johor. Hihi. Lagipun, google dan waze kan ada, apa ada hal :P
Kitaorang memilih untuk menaiki bas adalah kerana tidak mahu bersesat-sesatan di negara orang sambil membazirkan petrol yang sangat berharga. Inikan kali pertama, kitaorang tidak mahu mengambil risiko mempertaruhkan keselamatan dan masa kami di atas jalan raya yang sesak. Masa itu pelaburan, tahu? Melaburlah dengan bijak. Eh tetibaaa..
Sebut pasal masa, eloklah kiranya I mengundurkan diri kerana esok perlu bangun awal. Terbangun lambat boleh menimbulkan seteres. Oleh itu, rawat root cause supaya seteres tak timbul dengan tidur awal. Padahal 11.30 malam bukanlah awal lagi, sudah masuk kategori awal kelewatan dah ni..
Selamat malam. Cerita UZZ bawak ke entry berikutnya apabila berkerajinan.
4 komen
Org asal johor pn xjejak lg kt uss tu. Bila la agaknya..
ReplyDeleteNanti2 free bole la pergi..
DeleteBrapa eh costing dr agen skang?
ReplyDeleteOk dh terbaca yg baru.. Rm 200..hahaha
ReplyDelete