Assalamu'alaikum readers yang baik hati, sudi meluangkan masa menyinggah di blog yang tidak seberapa ini.
Sudah lebih sebulan saya berumur baru. Walaupun umur baru hanyalah sekadar nombor yang digunakan untuk membilang atau mengira, saya masih ingin merahsiakan nombor tersebut. Sebab macam best bila orang tertanya-tanya umur saya. (Walaupun sebenarnya, kalau godek-godek blog yang tidak seberapa ini, kalian akan mendapat jawapan kepada rahsia yang digembar-gemburkan pada ayat-ayat sebelum ini.)
"Berapa dah umur kau, Mizah?"
"Entahlah, lupa. Ko rasa?"
"24?"
Gelak sakan.
Apabila terlihatkan post title, saya harus mula membawa diri ke pangkal jalan.
Pelan-pelan.
Sempena hari lahir saya yang ke ** bulan lepas, saya dengan senang hatinya membuat beberapa biji kek sebagai tanda meraikan pertambahan usia. Usia bertambah, mudah-mudahan amal kebaikan juga meningkat. Juga, bertambah ahli keluarga dan kasih sayang. Tidak dilupakan juga, senyuman manis :)
Tak dapat saya nafikan, sejak sebulan-dua bulan ini senyuman saya makin manis. Saya rasalah.
Nah, resepi Kek Keju Oreo Tak Perlu Bakar yang telah diolah mengikut keadaan dan citarasa semasa penulis.
Bahan-bahan:
Seperti dalam gambar.
Cara-cara:
Seperti dalam video Kek Keju Oreo Tak Perlu Bakar
Hasil:
9 bekas kek seperti dalam gambar - saiz bekas pati soya yang dijual di pasar malam dengan harga RM2 (dulu-dulu la.. harga sekarang saya tak tahu)
Secara tiba-tiba, entry tamat.
3 komen
lorh,tetiba dah entray tamat, bru nak balaj buat kek dari mizah.hehehe
ReplyDeleteNnt rajin + ada mood yg membuak-buak, mizah update cara buat kek tu eh.. Hehe
Deletehehe,,,,tq
Delete