Aku sedang menunggu Zu, kawan aku di Pasir Gudang ini memberikan isyarat lampu hijau kepadaku. Aku sudah siap, janji dengan Zu mahu keluar makan malam ni. Cookies & Ginger, kalau tak silap aku nama kedai itu. Nanti kalau Zu dah bagi isyarat lampu hijau, aku akan keluar memandu ke Tesco Sri Alam, tempat pertemuan sebelum mengorak langkah lebih jauh ke Adda Heights (kalau tak silap aku, kedai makan tu letaknya di Adda Heights). Janji pukul 8.30, katanya. Sekarang sudah 8.34. Adakah aku terlalu taksub pada ketepatan masa?
Malam ini malam minggu, malam yang dinanti-nantikan. Kononnya mahu berjimba malam minggu, esoknya tak perlu bangun awal bersiap-siap pergi kerja (harus bangun awal untuk solat subuh, itu wajib).
Kononnya lah. Esok aku perlu pergi kerja. Atas dasar tanggungjawab seorang pekerja, aku relakan sahaja diri ini menjadi workaholic. Aku harap, workaholic aku di Pasir Gudang ini hanyalah pada jasad sahaja. Janganlah workaholic terus sampai jiwa tertekan. Tekanan tidak bagus, dalam banyak perkara. (Ya, kadang-kadang tekanan bersifat positif; tapi kebanyakan kadang itu, negatif lebih menyerlah).
Aku ingin berpesan (lebih kepada diri sendiri): jangan jadi hamba kerja.
Ah, sudah 8.42, isyarat lampu hijau dari Zu belum menunjukkan tanda. Apakah aku perlu berlapar lebih lama?
Terlalu banyak yang aku ingin luahkan. Mungkin blogspot bukan tempatnya. Mungkin, macam dulu-dulu, buat karangan dalam hati je. Mungkin, aku harus berhenti sekarang.
Semoga lepas aku hit publish, Zu segera memberikan isyarat lampu hijau. Zu, mudah-mudahan kau 'mendengar' seruanku ini.
0 komen