Assalamu'alaikum dan hai semua orang. Buat apa tuuu? Baca blog lah. Ok i see i see. Saya pula sedang menulis blog hehehe.
Saya tak berapa angau malam ni sebab macam dah tak perlu nak angau sangat lah. Entri sebelum ni poyo. Haha mengaku sajalah.
Sebenarnya, saya bakal berkahwin Februari ini. Apabila ditanya soalan klise "Apa perasaan nak kahwin?", saya menjawab dengan klise "Serabut".
Kenapa over sangat jawapan kau Jah? Padahal bukan kau pun yang ke hulu ke hilir uruskan persiapan perkahwinan. Rasanya mak kau lagi serabut Jah, tak ke?
Saya rasa sedikit kerugian kerana tidak dapat mengambil bahagian secara direct (eh lupa pulak apa translation direct dalam bahasa melayu) dalam persiapan perkahwinan saya ini. Mungkin sebab itu saya tidak berapa teruja dan tiba-tiba rasa nak keluar dari entri blog malam ini.
Kita berjumpa di lain entri lah kalau keterujaan itu menjengah kembali.
xoxo,
AA
0 komen