Selalu dikaitkan gadis yang bakal bernikah dengan istilah darah manis, kononnya muka berseri-seri habis lah tunggu hari bersanding yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Errr tinggal berapa hari lagi ya, sebelum saya menukar status menjadi Puan Mixa? Lebih kurang lima hari; tak sampai seminggu pun lagi.
Sekarang baru saya sedar, kiraan satu sampai lima hanya mengambil satu tangan sahaja (maksud tersirat, dah tak lama sangat dah tuuuu). Sekarang saya sudah mula berperasaan, antaranya ialah risau dan takut atau salah satu daripada mereka. Saya mengalami sedikit kesukaran menterjemahkan perasaan saya ketika ini, jadi saya pilih dua kata sifat tersebut - risau dan takut.
Kenapakah entri aku terlalu baku dan skema? Apa sudah jadi pada engineer yang sempoi?
- dimamah kesibukan.
Bakal pengantin yang mungkin sedang membaca entri ini, apakah perasaan anda pada hari kelima sebelum pernikahan anda? Teruja mungkin. Kongsikan bersama saya jika sudi :)
By the way, saya masih di Pasir Gudang, insyaallah akan masuk kerja Isnin dan Selasa ini. Kerjaya sebagai Kulikutif mengehadkan masa cuti saya, saya akur dengan tanggungjawab yang diamanahkan. Come on! Kenapa ayat masih skema??
Jumaat lepas saya sedikit meroyan dengan my lady boss. Kau tahulah kan, perangai tipikal lady boss macam mana..? Sakit betul hati aku layankan kerenah lady boss tersebut. Nak tak nak kena lah tahan, sekarang bukan senang nak cari kerja baru. Ada kerja sebagai Kulikutif ni pun dah untung sangat dah ni, rezeki Allah. Jumaat lepas tu semalam lah, tak payah feeling lama sangat lah konon sibuk sangat sampai lupa hari. Herghhh!
Dan aku tak nampak kaitan darah manis dengan meroyan. Dari pagi lagi dah meroyan, makanya dah tak manis ke darah aku? Dah jadi masin mungkin; sebab biasanya orang suka masin kena darah tinggi. Eh darah tinggi pulak padahal selalu darah rendah je.. Maksud tersirat: stress.
Entahlah tak pernah rasa pulak darah aku ni berperisa apa. Apa kamu ingat aku puntianak hisap darah? Kalau puntianak sekalipun, takkanlah aku hisap darah sendiri; dah kenapa? Oh dah lama tak tengok The Vampire Diaries - TVD sebab malas download dan tidak berteknologi yang canggih.
Ok tiba-tiba mengantuk secara teruk, mohon undur diri. Tak payah nak xoxo sangatlah, tulisan skema macam tak match je dengan xoxo tu.
Jumpa lagi dalam entri yang lebih mengujakan. Terima kasih sudi luangkan masa membaca entri yang entah entri atau bukan entri ini.
0 komen