Cara Kecilkan Pori Wajah Paling Berkesan - Natural, Cepat Dan Selamat
- 21:10
- By Amizah Azid
- 1 Comments
Masalah pori wajah yang besar dan terbuka membuatkan anda kurang yakin dengan penampilan diri anda. Anda cuba menutup liang pori yang besar dan terbuka itu dengan mekap yang tebal, tetapi masih kelihatan.
Kulit anda pula semakin lemas, anda mula naik rimas. Anda rasa kurang lengkap, ada sesuatu yang tak sempurna. Jadi, anda nak kecilkan liang pori yang besar dan terbuka.
Sudah bermacam cara, tips dan petua kecilkan pori yang besar dan terbuka sudah anda cuba namun masih tak berkesan. Anda mahukan cara kecilkan pori di wajah yang paling berkesan, cepat dan paling penting, selamat!
Satu-satunya cara paling berkesan atasi masalah liang pori besar dan terbuka ialah kenal pasti punca. Akibat tak tahu punca, anda akan terus mencari dan mencuba macam-macam cara, akhirnya anda sendiri yang kecewa.
Fungsi Liang Pori Di Wajah
Pori-pori ialah liang kecil yang mengelilingi folikel rambut. Fungsi liang pori ialah sebagai 'alat pernafasan' untuk kulit, mengeluarkan minyak dan toksin dari badan secara semulajadi.
Setiap hari sel kulit mati, minyak, debu dan bakteria yang melekat di permukaan kulit akan terkumpul dalam liang pori. Jika dibiarkan, semakin lama semakin banyak kotoran terkumpul dan liang pori akan semakin membesar.
Ada beberapa punca yang menyebabkan pembesaran saiz liang pori, antaranya:
1. Faktor Genetik
Faktor genetik bukan sahaja mewariskan warna kulit, tapi juga mewariskan struktur pori-pori wajah. Jika ibu bapa memiliki liang pori yang besar dan berminyak, kecenderungan anak mewarisi adalah sangat tinggi.
2. Proses Penuaan
Proses penuaan secara semulajadi akan menyebabkan penghasilan kolagen semakin berkurang. Seawal usia 25 tahun kolagen dalam badan kita mula merosot. Kulit yang kekurangan kolagen akan hilang elastisiti dan mula mengendur. Jadi, liang pori mula membesar dan semakin jelas kelihatan.3. Kulit Berminyak
Kulit muka menjadi berminyak disebabkan terlalu banyak minyak yang dihasilkan oleh 'sebaceous glands' (kilang minyak). Minyak yang berlebihan akan membuatkan liang pori tersumbat dan menyebabkan keradangan dalam liang pori. Seterusnya, liang pori akan meregang dan semakin membesar.
4. Kesan Sinaran Matahari
Sinaran UV dari Matahari mampu merosakkan kulit. Wajah yang sering terdedah dengan cahaya matahari akan memusnahkan kolagen dan menyebabkan radang pada kulit. Akibatnya, kulit menjadi tebal dan kurang anjal. Sel kulit yang mengendur akan menyebabkan kesan pori-pori di wajah kelihatan besar dan semakin jelas.
5. Kurang Menjaga Kebersihan Muka
Kulit yang berminyak akan memerangkap kotoran dari persekitaran, contohnya seperti debu dan habuk. Semakin lama semakin banyak kotoran terkumpul dan liang pori menjadi semakin besar. Jika muka tidak dibersihkan dengan sempurna, lama-kelamaan liang pori menjadi tersumbat dan menyebabkan jerawat.
Baca: 7 Petua Semulajadi Kecilkan Pori Wajah
Cara Kecilkan Liang Pori Yang Paling Berkesan
1. Ambil Produk Antipenuaan
Liang pori membesar adalah proses semulajadi akibat penuaan. Jadi, untuk mengurangkan kesan pori yang membesar ialah dengan mengambil produk antipenuaan yang bagus. Gabungan resveratrol dan polifenol tumbuhan menjadi produk antipenuaan yang paling berkuasa di dunia.
2. Ambil Kolagen Tambahan
Gara-gara kekurangan kolagen, kulit menjadi kurang elastik dan mula mengendur. Liang pori semakin jelas kelihatan pada permukaan kulit yang kendur. Pengambilan kolagen tambahan dari sumber luar akan mengembalikan keanjalan kulit, liang pori yang besar semakin mengecil.
3. Kawal Pengeluaran Minyak
Cara terbaik mengawal pengeluaran minyak ialah seimbangkan paras hormon androgen dalam badan. Penstabil hormon semulajadi adalah pilihan yang terbaik kerana tidak mengandungi steroid atau bahan kimia yang boleh mengganggu fungsi tubuh yang lain.
4. Ambil Antioksidan Yang Cukup
Antioksidan berfungsi melawan serangan luar yang merosakkan kulit seperti radikal bebas dari sinaran UV, asap kenderaan dan juga pencemaran air. Serangan ini akan menjadikan sel kulit lemah dan senang terkena radang kulit yang menjadikan kulit lebih tebal dan liang pori membesar.
5. Amalkan Makanan Kaya Beta Karotina
Makanan yang kaya dengan Beta Karotina (ditukarkan kepada vitamin A oleh tubuh manusia) bertindak sebagai antiradang yang bagus. Keradangan pada kulit yang disebabkan oleh pori tersumbat dan sinaran UV matahari mampu dihalang. Selain itu, Retinol (unsur vitamin A) bertindak mengeluarkan sel kulit mati dari pori wajah. Sumber: www.webmd.com/beauty/
6. Jaga Kebersihan Muka
Kebersihan luaran muka perlu dititikberatkan. Pilih pencuci muka yang mampu mencuci sampai jauh ke dalam liang pori. Di samping dapat mengekalkan kelembapan semulajadi kulit tanpa terlalu keringkan kulit. Seeloknya pilih yang berasaskan bahan semulajadi.
Baca: Cara Memilih Produk Yang Tepat Untuk Kecilkan Pori Wajah Dengan Berkesan
Vitamin Kecilkan Pori Besar Dan Terbuka
1. Vivix Sirap Antipenuaan Terlaris di Pasaran
- Mengandungi resveratrol dan polifenol tumbuhan yang berfungsi sebagai antioksidan yang berkuasa
- Vivix bertindak dari peringkat DNA sel, mempunyai 4 fungsi aktif untuk melawan penuaan sel, sekaligus mengecilkan liang pori
- Merawat kerosakan sel yang menyebabkan pori terbuka dan tanda penuaan lain seperti kedut, jeragat dan parut
- Memberikan tenaga kepada sel supaya kulit anda kekal kuat melawan serangan yang merosakkan kulit
- Ramuan vivix mempunyai gabungan resveratrol dan polifenol tumbuhan yang membantu mengaktifkan pengawalan genetik yang mampu melambatkan penuaan sel
- Sel yang sihat dan bertenaga mampu merawat kerosakan akibat serangan luar dengan lebih cepat dan efektif
2. Collagen Powder Serbuk Kolagen Paling Halus
- Shaklee Collagen Powder merupakan serbuk kolagen terbaik di pasaran kerana mempunyai saiz molekul yang sangat halus dan mudah diserap oleh badan
- Mengandungi kolagen dari Ekstrak Sisik Ikan Merah dan 6 bahan premuim yang lain seperti Ekstrak Biji Camelia Japonica, Ekstrak Pffafia, Vitamin B, Vitamin C, Ekstrak Kekerang, dan Lactobacillus Acidphillus
- Kolagen membantu menguatkan pembuluh darah di permukaan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri
- Kekurangan kolagen dalam kulit akan menyebabkan kulit hilang keanjalan dan elastisiti yang membuatkan liuang pori semakin besar
- Pengambilan kolagen tambahan akan membantu menganjal dan menegangkan kulit terutama di bahagian yang berpori besar
3. GLA Complex Stabilkan Hormon Kilang Minyak
- Kulit yang berminyak akan memerangkap lebih banyak minyak dan kotoran, menyebabkan liang pori membesar
- Untuk mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan, pentingnya menstabilkan hormon yang menjaga kilang minyak
- GLA Complex bertindak sebagai penstabil hormon semulajadi.
- Ia akan mengawal hormon yang mengeluarkan minyak yang berlebihan dan menghalang punca pori-pori menjadi besar
- Mengandungi sedikit vitamin E yang berfungsi untuk merawat dinding sel pori yang rosak dan membantu menghasilkan sel kulit baru yang sihat dan licin
4. Sustained Release Vita C Plus Tingkatkan Kolagen Semulajadi
- Vitamin C paling canggih dengan teknologi sustained release, iaitu pelepasan vitamin C secara berperingkat ke dalam badan.
- Setiap jam, hanya 100mg vitamin C yang akan dilepaskan selama 5 jam. Jadi, tiada pembaziran berlaku kerana semua vitamin C akan diserap ke dalam badan kita.
- Vitamin C berfungsi untuk membantu menghasilkan kolagen semulajadi dalam kulit
- Mengandungi antioksidan yang akan menegangkan kulit dan mengecilkan pori yang terbuka
- Meningkatkan ketahanan kulit dari serangan bakteria pada liang pori yang menyebabkan jerawat dan blackhead
- Juga berfungsi untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan membantu membaikpulih sel-sel akibat penggunaan bahan kimia dalam produk kosmetik
5. Carotomax Antioksidan Tinggi Beta Karotina
- Carotomax adalah sejenis antioksida yang memperbaiki kulit dan mengelakkan proses penuaan.
- Merupakan antioksidan yang sangat tinggi dan mengandungi beta-carotene yang berfungsi untuk mengecilkan bukaan pori yang besar
- Mengandungi vitamin A yang tidak bertoksik dan mampu melawan serangan luar seperti cahaya matahari
- Melindungi sel dari kesan pemusnahan oleh radikal bebas
6. Enfuselle Purifying Cleansing Gel Mencuci Ke Dalam Pori
- Pencuci muka yang halus ini dicipta khas untuk kulit berminyak, hasil dari kajian nutrisi selama 57 tahun saintis US
- Merupakan sistem penjagaan kulit termaju di pasaran, kerana kunci utama kulit sihat ialah mendapat nutrisi yang cukup
- Asas produk Enfuselle adalah Vital Repair Complex, yang menggabungkan 7 nutrien antioksida yang memberikan hasil lebih hebat berbanding penggunaan nutrien secara berasingan
- Mengandungi vitamin E aktif semulajadi untuk merawat dinding pori yang cedera
- Mencerah dan mengawal kelembapan kulit dengan normal.
- Mampu mencuci minyak jauh ke dalam liang pori tanpa mengeringkan kulit.
- Apabila minyak dicuci dengan bersih, liang pori yang mengembang akibat kotoran yang terkumpul akan mula mengecil.
- Sangat jimat, penggunaan 2 kali sehari mampu bertahan antara 9-12 bulan
Testimoni Vitamin Kecilkan Pori Besar Dan Terbuka
Anda pasti tertanya-tanya, betul ke produk kecilkan pori ni berkesan? Setiap produk dari Shaklee ada jaminan berkesan, pastinya dengan bimbingan cara makan yang betul dari Miza. Anda boleh tengok sendiri testimoni pelanggan yang sudah berpuas hati
Order Set Kecilkan Pori Besar Dan Terbuka
Dah tak sabar nak dapatkan Set Kecilkan Pori Shaklee?Klik icon di bawah untuk memesannya sendiri di esell.
Tutorial menggunakan esell di sini
Konsultasi Berkesan Masalah Pori Terbuka
Hubungi Miza 0199363759 untuk mendapatkan konsultasi berkesan mengecilkan liang pori yang besar dan terbuka.Anda pengguna bijak, pastinya inginkan pulangan yang berbaloi untuk setiap sen yang anda laburkan. Jadi, dengan rendah diri Miza menawarkan kepakaran dan konsultasi berterusan untuk setiap pelanggan Miza.
Baca: Konsultasi Berkesan Dari Pengedar Shaklee Bertauliah
Carian berkaitan:
- Cara kecilkan liang pori besar dan terbuka
- Punca liang pori besar dan terbuka
- Produk hilangkan liang pori besar dan terbuka
- Liang pori besar
- Kecilkan liang pori dengan berkesan
- Masalah pori terbuka
- Pencuci untuk pori terbuka
- Pori tersumbat
Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Nor Amizah Azid 019-9363759 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!
Jana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee. Sertai Miza dalam group rahsia untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah. Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini.
Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759
Hubungi saya Nor Amizah Azid 019-9363759 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!
Jana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee. Sertai Miza dalam group rahsia untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah. Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini.
Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759
1 komen
شركة فنون المثالية للخدمات المنزلية
ReplyDeleteشركة عزل اسطح بالاحساء
شركة عزل اسطح بالدمام
شركة عزل اسطح بالجبيل
شركة عزل اسطح بالقطيف