5 Jenis Antioksidan Yang Bagus Untuk Kecantikan Kulit

Antioksidan sangat penting untuk kesihatan badan kita kerana tugasnya melawan serangan radikal bebas yang merosakkan sel, terutama sel kulit. Radikal bebas ada di sekeliling kita, seperti dalam sinaran UV matahari, asap dan juga makanan.

Kerosakan sel akan menjejaskan fungsi badan dan seterusnya mengundang pelbagai penyakit, terutama penyakit berkaitan penuaan seperti penyakit jantung, kencing manis dan juga masalah kulit.

Jadi, pentingnya kita mengambil antioksidan setiap hari supaya badan kekal sihat dan awet muda. Miza kongsikan 5 jenis antioksidan yang paling bagus untuk kita semua amalkan supaya kekal awet muda sepanjang usia.

1. Vitamin E

Vitamin E (nama lainnya tocopherol atau tocotrienols), sejenis vitamin yang larut lemak dan boleh didapati secara semulajadi atau sintetik. Pastinya Vitamin E dari sumber semulajadi adalah paling bagus kerana lebih berkesan dan tahan lama.



Fungsi utama Vitamin E adalah melindungi kulit dari sinaran UV matahari yang menyebabkan 'oxidative stress'. Ia bertindak sebagai 'sun block' yang menghalang radikal bebas dari teroksida pada permukaan kulit dan menyebabkan kerosakan kulit seperti jeragat.

2. Vitamin C

Vitamin C (nama lain asid askorbik, tetrahexyldecyl ascorbate), sejenis antioksidan yang berkesan mengurangkan garis halus, kedutan, tona tak sekata dan kulit kusam. Banyak ditemui dalam buah-buahan seperti oren, kiwi dan strawberi.




Vitamin C terbukti mampu memelihara keanjalan dan kelembutan kulit, menjadikannya agen antipenuaan yang bagus.

Kajian menunjukkan vitamin C membantu membaikpulih tona kulit tak sekata dan mencerahkan kulit yang kusam supaya kelihatan lebih muda. Vitamin C juga menjadikan kulit lebih lembap.

3. Resveratrol

Resveratrol adalah sejenis polipenolik antioksidan yang kuat. Unsur resveratrol banyak dijumpai dalam anggur, wine merah, kekacang dan buah-buahan beri.



Ia berfungsi menghalang kerosakan kolagen dan elastin dalam kulit. Kekurangan kolagen dan elastin dalam kulit menjadikan kulit mengendur dan mula menghasilkan garis halus dan kedutan.

Rerevatrol juga mampu melindungi permukaan kulit dari kesan negatif persekitaran, mencerahkan kulit yang keletihan dan menenangkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan kesan kemerahan pada kulit.



4. Retinol

Retinol, terma teknikal untuk vitamin A. Ia banyak ditemui dalam ubi keledek, lobak merah, susu dan juga ikan. Vitamin A adalah vitamin larut lemak.



Retinol merupakan antioksidan yang bertanggungjawab mengembalikan tona kulit yang sekata, mengecilkan liang pori, membaiki permukaan kulit yang kasar, menghilangkan garis halus dan kedutan serta meningkatkan kesegaran kulit.


5. Teh Hijau

Ekstrak teh hijau mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan. Keradangan adalah tindakbalas semulajadi badan kita terhadap kerosakan sel akibat serangan luar.



Teh hijau yang disapu pada kulit mampu melindungi permukaan kulit daripada faktor persekitaran yang merosakkan kulit. Ia juga mampu memberi kesan penenang, iaitu melegakan kesan kemerah-merahan pada kulit.


Antioksidan Pilihan Anda

Jadi, yang manakah antioksidan pilihan anda? Jangan pilih salah satu, tapi pilihlah kesemuanya kerana kesannya lebih bagus apabila digabungkan bersama! "The more the merrier", kata pepatah Inggeris ;)

Sukar nak dapatkan antioksidan dari sumber makanan harian? Klik link di bawah untuk dapatkan supplement antioksidan yang paling bagus di pasaran. Pastinya, dijamin berkesan dan selamat.
1. Vitamin E
2. Vitamin C
3. Resrevatrol

You Might Also Like

0 komen