Cara Rawat Parut Jerawat Berlubang Yang Lebih Berkesan Dari Laser

Ramai yang ada masalah parut jerawat yang berlubang. Setiap hari ada je orang yang tanya Miza cara nak hilangkan bekas jerawat berlubang.


Tak dinafikan muka yang berparut berlubang akan mengurangkan keyakinan diri seseorang. Rasa malu dan mengalami kemurungan sehingga tak mahu bergaul dengan kawan-kawan.




Ada juga yang pernah buat rawatan laser untuk hilangkan parut jerawat berlubang, tapi katanya masih tak berkesan walau dah habis beribu ringgit dan dah buat beberapa kali sesi rawatan. 

Sebenarnya, ramai yang tak faham punca parut jerawat berlubang, sebab tu sangat susah nak hilangkannya.

Jadi, miza kongsikan kenapa bekas jerawat jadi berlubang dalam video di bawah. Bila dah tahu punca, lebih senang nak hilangkan kesan kawah pada muka tanpa rawatan laser



Klik 'play' untuk tengok video mengenai parut berlubang


Punca Parut Jerawat Terjadi

Ada beberapa punca yang menyebabkan parut jerawat terjadi. Untuk merawat parut jerawat dengan cara paling berkesan, anda kena tahu puncanya terlebih dahulu. 

Dah tahu punca, barulah senang nak buat rawatan hilangkan parut jerawat berlubang

1. Faktor Genetik

Faktor dalaman seperti genetik turut mempengaruhi cepat atau lambat parut jerawat akan hilang

Jika badan seseorang mewarisi genetik yang lambat menghasilkan sel baru untuk ganti sel lama yang telah rosak, maka parut akan lebih jelas kelihatan.

Apabila sel baru lambat dihasilkan, kesan parut juga mengambil masa yang lama untuk dihilangkan


2. Faktor Penyembuhan

Selain itu, faktor penyembuhan turut mempengaruhi cepat atau lambat parut jerawat hilang 

Jerawat yang lambat sembuh 'memaksa' sel kulit menghasilkan sel baru yang lebih ringkas dengan tekstur kulit yang lebih kasar dan gelap.

Lagi parah, apabila jerawat yang lambat sembuh ni dipicit dan menyebabkan jangkitan bakteria di bahagian muka yang lain pula. 

Jerawat yang dipicit berulang-ulang di tempat yang sama akan menyebabkan keradangan kulit

Akibatnya akan meninggalkan parut jerawat yang tak sembuh-sembuh, iaitu parut kekal kesan dari keradangan yang berulang-ulang di permukaan kulit.


Produk Semulajadi Untuk Merawat Parut Jerawat Berlubang

Miza tahu ramai yang takut nak cuba produk kecantikan di pasaran. Banyak produk yang ditarik balik kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana mengandungi racun yang memudaratkan kesihatan.

Jadi, untuk rawatan parut jerawat berlubang tanpa laser, Miza cadangkan produk semulajadi yang dijamin berkesan. Yang paling penting produk ni dijamin selamat dan diuji oleh saintis yang berwibawa.


1. GLA Complex

GLA Complex adalah penstabil hormon semulajadi. Ia berfungsi mengawal selia hormon yang berkaitan kulit.
Apabila usia meningkat, hormon mula jadi tak stabil dan akan menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan.
Akibatnya, jerawat sentiasa tumbuh bagai disiram baja. Perbuatan memicit jerawat akan menyebabkan keradangan dan mencederakan tisu kulit.



Jadi, Miza mengesyorkan GLA Complex yang kaya dengan Omega-6 yang bersifat antiradang. Keradangan kulit akibat jerawat cepat sembuh dan parut cepat hilang.


2. Sustained Release Vita-C Plus

Vitamin C adalah nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk meningkatkan sistem pertahanan kulit, cepatkan sembuhan luka dan membantu dalam penghasilan kolagen semulajadi badan kita.

Badan kita tak dapat hasilkan sendiri vitamin C dan tak dapat menyimpannya lama dalam badan kita. Jadi, kita perlu dapatkan Vitamin C dari sumber makanan harian kita.

Kajian saintifik membuktikan tubuh kita dapat menyerap hanya 100-200mg vitamin C setiap 1 jam. Sebab itulah Shaklee mencipta vitamin C dengan teknologi pelepasan berkala yang memastikan vitamin C dilepaskan perlahan-lahan ke dalam badan setiap jam selama 5 jam.




Pengambilan Vitamin C yang konsisten akan meningkatkan pertahanan kulit melawan serangan luar yang merosakkan kulit. Jerawat cepat kecut dan luka jerawat akan segera sembuh. Jadi, parut lebih mudah dihilangkan.


3. ESP Energizing Soy Protein

Fungsi protein ialah menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat, cerah dan gebu. Selain itu, protein yang cukup akan mengekalkan otot badan, memperbaiki tisu dan memastikan fungsi enzim dan hormon yang teratur.

ESP ialah ekstrak protein dari kacang soya non-GMO iaitu tidak diubah secara genetik dan lengkap dengan semua asid amino yang diperlukan oleh badan kita. ESP diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral semulajadi, rendah lemak dan bebas kolestrol




Pengambilan ESP yang berterusan akan menjadikan kulit anda cerah, gebu, anjal dan tegang. Bayangkan kulit yang tegang dapat 'menarik' kesan lekuk parut jerawat berkawah. 

Lama-kelamaan kesan lekuk akan semakin timbul dan menjadi rata. Jadi, kesan parut jerawat berlubang akan hilang.


Testimoni Set Parut Berlubang Shaklee

Anda tengoklah sendiri testimoni mereka yang dah berjaya menjadikan lekuk berkawah di muka 'timbul' kembali dengan vitamin semulajadi dari Shaklee

 

 






Kesan Pengambilan Set Parut Berlubang Shaklee

Anda mungkin tertanya-tanya, berapa lama anda kena tunggu untuk dapat hasilnya?

Kesan setiap orang adalah tidak sama kerana ia bergantung kepada tahap masalah dan kesabaran anda.

Walau seteruk mana masalah parut berlubang di muka anda, ia akan dapat diatasi jika anda betul-betul konsisten. Buktinya sudah ada pada testimoni di atas.



Order Set Parut Berlubang Sekarang

Klik icon di bawah untuk order sendiri secara online. Klik link ni untuk tutorial cara pembelian online.




Konsultasi Rawatan Parut Berlubang

Hubungi Miza 019-9363759 untuk konsultasi hilangkan parut berlubang. Miza akan ajar teknik dan cara makan yang terbukti berkesan untuk hilangkan parut berlubang

Pesan Miza, jangan salah pilih pengedar. Dah ramai yang beli produk Shaklee tapi tak dapat kesan optimum sebab salah cara makan. 

Bonus untuk pelanggan Miza, tips kecantikan untuk kesan lebih cepat. Anda dah bayar Miza, dah jadi tanggungjawab Miza pastikan anda dapat kesan yang terbaik.


You Might Also Like

0 komen