Cara Buat Bisnes Shaklee - Mulakan Dengan Pilih Kumpulan Yang Tepat

Anda rasa tertarik untuk cuba bisnes Shaklee tapi tak tahu macam mana nak mulakan?

Cara yang terbaik untuk mulakan bisnes Shaklee adalah dengan memilih kumpulan yang tepat.

Miza founder group Dazzling Diamonds di Shaklee Business Leaders National Conference 2018


Kumpulan Bisnes Shaklee yang tepat akan bantu anda untuk gilap potensi anda yang maksimum

Seterusnya anda terpaksa berjaya dengan lebih cepat tanpa buang banyak masa cuba-cuba perkara yang tak perlu

Semestinya, perkara yang paling penting adalah mulakan dengan betul.
Anda kena buat perkara yang betul sejak dari hari pertama anda mulakan bisnes Shaklee.

Anda tengok video di bawah, Miza terangkan serba ringkas mengenai bisnes Shaklee dan apa yang Miza tawarkan untuk anda:




Jadi, anda dah faham kenapa kumpulan yang tepat adalah sangat penting untuk anda mulakan bisnes Shaklee.

Anda buat tindakan sekarang, hubungi Miza untuk mulakan bisnes Shaklee dengan betul.
Klik butang di bawah untuk respon pantas.



Siapa Miza?

Miza adalah bekas engineer dari syarikat oil & gas terkemuka di Malaysia. Miza mula menggunakan produk Shaklee semasa masih bekerja iaitu sekitar tahun 2013. 

Produk Shaklee banyak membantu meningkatkan tahap kesihatan Miza yang sibuk bekerja. Alhamdulillah, berkat konsisten menggunakan produk Shaklee, kesihatan Miza bertambah baik dan hidup Miza lebih ceria walaupun sibuk bekerja.


Miza bergambar kenangan semasa masih bekerja sebagai Design Engineer



Sekarang Miza adalah Pengedar Shaklee yang aktif dan 'Founder' kepada Kumpulan Dazzling Diamonds. Miza rajin mengikuti kelas rasmi anjuran pihak Shaklee berkenaan produk Shaklee. Sebab itulah Miza sangat bagus dan pakar dalam memberi konsultasi kepada setiap pelanggannya. 

Selain itu, Miza juga komited membantu ahli berdaftar dalam team Dazzling Diamonds menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee. Miza adalah mentor bisnes yang sabar dan gigih membimbing anda sehingga berjaya.


Miza di Shaklee National Conference 2018

Buktinya, ada di antara anak didik Miza yang berjaya mendapat pendapatan 4 angka sebulan. Dan yang istimewanya, mereka berasal dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Dalam team Miza ada engineer, cikgu, akauntan, wartawan, dan juga surirumah.

Jadi, anda juga mempunyai peluang yang sama untuk berjaya, tak kira apa pun latar belakang anda.
Yang penting, anda komited dan tidak mudah berputus asa.



5 Kelebihan Kumpulan Dazzling Diamonds Pada Bisnes Shaklee Anda

Anda mungkin dah pernah berniaga sebelum ni tapi anda gagal dalam perniagaan. Jadi anda ingin cuba lagi sampai berjaya.

Anda mungkin tak perasan, ramai yang gagal dalam bisnes adalah disebabkan tiada bimbingan yang berterusan. Anda dah cuba macam-macam teknik tapi tak menjadi, seolah-olah anda meraba dalam gelap.

Untuk bisnes yang berkekalan, anda perlukan mentor yang sudi tunjukkan jalan kejayaan kepada anda. Mentor pastinya terlebih dahulu dah rasa asam garam jatuh bangun dalam bisnes. Jadi, mempunyai mentor dalam bisnes adalah menjadi kewajipan sekiranya anda ingin berjaya.

Miza adalah mentor bisnes yang akan membimbing anda langkah demi langkah sehingga anda berjaya. Malah, anda mungkin akan mendapat 'short cut' untuk berjaya dengan lebih cepat. 

Miza akan bimbing anda cara mulakan bisnes Shaklee dengan teknik yang betul, yang dah terbukti berjaya. Sebab, Miza hanya akan beri langkah yang berjaya sahaja. Langkah yang gagal, Miza simpan sorang-sorang.

Jadi, untuk ahli berdaftar kumpulan Dazzling Diamonds miza tawarkan kelebihan yang tak ada pada kumpulan lain:

1. Kami Pakar Dalam Ilmu Produk

Anda sendiri mungkin pernah jumpa pengedar Shaklee yang tak pandai bagi konsultasi kepada anda. Tak pandai bagi penerangan kepada setiap kemusykilan anda berkenaan masalah kesihatan anda. Lain yang anda tanya, lain yang dia jawab.

Berbeza dengan Miza, Miza menjadi rujukan kepada semua organisasi Shaklee di bawah Miza. Malah, pengedar dari kumpulan lain juga turut bertanya Miza tentang produk Shaklee. 

Sebab Miza suka rujuk pakar nutrisi Shaklee. Jadi ilmu yang Miza dapat adalah 'reliable' dan dipercayai. Bukan suka-suka buat fakta sendiri.

Miza semasa menghadiri kelas anjuran Shaklee berkenaan Penyusuan Susu Ibu

Miza bergambar bersama peserta kelas Nutrisi bulanan anjuran pihak Shaklee. Di depan dari kiri adalah Puan Nadia, Business Development Manager dan Puan Sarah, Pakar Nutrisi Shaklee

Antara ilmu produk yang Miza akan perturunkan dan ajar kepada kumpulan Dazzling Diamonds adalah:

  • Cara pemilihan produk Shaklee yang sesuai untuk setiap masalah
  • Punca sebenar setiap masalah kesihatan / kecantikan
  • Cara setiap produk itu berfungsi untuk mengatasi masalah
  • Teknik facial yang betul dan demo produk
  • Teknik pengambilan produk yang betul supaya dapat kesan cepat
  • Cara monitor pelangggan
  • Perkongsian ilmu yang berterusan

Jadi, kalau anda nak kumpulan yang pakar dalam produk Shaklee, anda join Dazzling Diamonds

2. Kami Pakar Dalam Teknik Close Sale


Ramai peniaga yang susah nak buat jualan, lebih-lebih lagi bagi produk yang berharga ratusan ringgit. Dan mereka mengganggap harga yang mahal menjadi penghalang untuk mendapat jualan yang banyak dan berterusan.


Miza bersama rakan bisnes dalam kelas Teknik Close Sale bersama Mentor



Miza dah buktikan anggapan mereka salah sama sekali. Jika harga yang jadi ukuran, pastinya McDonalds, Pizza Hut dan Burger King pastinya dah gulung tikar. Pelanggan boleh dapat harga yang lagi murah dari gerai tepi jalan atau pasar malam.

Sebab sebenar pelanggan tak jadi beli adalah kerana penjual tak pandai 'close sale'. Mereka tak belajar seni 'close sale' yang betul dan tidak mampu menarik pelanggan untuk membeli.

Jadi, teknik 'close sale' ibarat jantung kepada bisnes anda. Tak ada 'close sale', tak ada jualan. Tak ada jualan, bisnes lingkup.

Antara tips penting yang Miza akan ajar ialah:
  • Cara mengenali pelanggan
  • Teknik bina repo dalam masa kurang 90 saat
  • Pantang larang dalam urusan jual beli
  • Cara selamatkan proses jual beli yang hampir gagal
  • Skrip jual beli yang terbukti berkesan


3. Kami Pakar Dalam Bina Kumpulan Bisnes

Dalam bisnes Shaklee, kita bukan hanya menjual produk. Untuk bisnes Shaklee yang kukuh, kita perlu membina kumpulan jualan yang akan menjadi cawangan bisnes kita.

Kalau anda hanya menjual, anda sukar untuk pergi jauh dalam bisnes Shaklee. Anda akan penat menjual seorang diri.

Sebab itulah Miza akan ajar anda cara yang betul untuk membina kumpulan jualan dengan cara yang betul tanpa modal. Bayangkan anda ada 'cawangan' bisnes Shaklee anda sendiri di seluruh Malaysia.

Miza di bengkel 'Be A Leader'


Pendapatan anda akan berlipat kali ganda dan sangat stabil jika anda ada kumpulan jualan yang aktif. Jadi Miza akan ajar langkah demi langkah, 
  • Cara melahirkan pengedar yang aktif 
  • Cara memotivasikan kumpulan jualan
  • Cara atasi masalah jualan kumpulan
  • Kemahiran 'Leadership' untuk menjadikan anda Pemimpin Jualan yang bagus


4. Latihan Berterusan

Miza percaya, kita perlukan latihan yang berterusan untuk berjaya. Oleh itu, Miza sediakan latihan bisnes yang anda perlukan untuk mahir dalam bidang bisnes, seterusnya berjaya dengan bisnes Shaklee.

Latihan yang Miza sediakan adalah seperti berikut:
  • Group WhatsApp
  • Facebook Live Streaming
  • One to One Personal Coaching
  • Group Coaching
  • Kelas Berjadual
cara nak mulakan bisnes shaklee
Antara kelas yang diadakan untuk membantu rakan bisnes berjaya mencapai impian dalam bisnes Shaklee

Berdasarkan pengalaman, hanya orang yang serius belajar dan amalkan ilmu akan mendapat pendapatan yang lumayan. Dan pendapatan mereka meningkat dengan cepat!


5. Komited Dan Tidak Berputus Asa

Miza sangat komited dengan bisnes Shaklee.Jadi, Miza juga sangat komited ingin membantu anda berjaya dengan bisnes Shaklee.

Selagi anda ada kemahuan untuk berjaya, selagi itulah Miza akan terus membimbing anda. Miza yakin, proses kejayaan memerlukan kesabaran, ilmu dan bimbingan yang berterusan.

Yang istimewanya dengan bisnes Shaklee ialah, kejayaan tidak diukur pada kelayakan akademik, pengalaman berniaga atau taraf ekonimi. Semua orang ada peluang yang sama untuk berjaya dalam bisnes Shaklee.


Miza bersama Umar, anak yang menjadi sumber kekuatan Miza

Miza diraikan sempena berjaya mencapai pangkat 'Senior Supervisor'



Review Bisnes Shaklee

Anda nak tahu sejauh mana hebatnya bisnes Shaklee di bawah bimbingan Dazzling Diamonds?
Sila tengok video di bawah.






Anda dah faham apa yang Miza tawarkan kepada anda untuk berjaya dalam bisnes Shaklee. Jadi, anda buat tindakan sekarang,

Hubungi Miza di 019-9363759 atau WhatsApp "Daftar Bisnes Shaklee" atau terus klik icon di bawah






Carian berkaitan:
  • bisnes shaklee
  • review bisnes shaklee
  • kelebihan bisnes shaklee
  • keistimewaan bisnes shaklee
  • kumpulan bisnes shaklee
  • leader bisnes shaklee
  • kumpulan bisnes shaklee terbaik
  • cara buat duit dengan bisnes Shaklee





You Might Also Like

2 komen

  1. Seriously, best sangat join team ni. Highly supportive❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Aya for positive feedback :)

      Semoga Aya terus maju dengan bisnes Shaklee
      Teruskan mengejar impian Aya
      Akak akan terus sokong Aya <3

      Delete