3 Cara Atasi Sakit Saraf Menggunakan Produk Semulajadi [Dijamin Selamat, Halal & Lulus KKM]
- 12:34
- By Amizah Azid
- 0 Comments
Anda ada masalah sakit saraf yang dah lama, sering berulang-ulang dan tak tertanggung rasanya.
Gejala sakit saraf yang anda alami mendatangkan rasa tidak selesa apabila membuat aktiviti normal dan mengganggu rutin harian anda.
Rasa sakit yang menyucuk di bahagian badan membuatkan anda rasa lemah dan tak mampu melakukan kerja anda dengan produktif.
Jadi anda sedang mencari cara atasi masalah sakit saraf dengan cepat, berkesan dan menggunakan produk semulajadi.
Anda sayangkan badan anda, dan hanya nakkan yang terbaik untuk kesihatan anda.
Tonton video di bawah untuk dengar penerangan berkaitan penyelesaian masalah kesihatan saraf.
Pastikan anda tengok sampai habis supaya tak terlepas info penting.
Apakah Masalah Sakit Saraf?
Masalah sakit saraf merujuk kepada gangguan atau kerosakan yang berlaku dalam sistem saraf manusia.
Sistem saraf manusia memainkan peranan utama dalam mengawal dan mengkoordinasi setiap aktiviti badan, merangkumi pergerakan ringan hingga fungsi kognitif yang kompleks.
Sistem saraf terdiri daripada dua bahagian utama; iaitu
1. Sistem Saraf Pusat (SSP) - terdiri daripada otak dan sumsum tulang belakang
2. Sistem Saraf Tepi (SST) - terdiri daripada saraf-saraf yang terletak di luar SSP dan menghubungkan organ-organ serta tisu-tisu badan kepada SSP
Apakah Fungsi Sistem Saraf?
Ada 3 fungsi utama sistem saraf, iaitu :
1. Menerima maklumat - sistem saraf menyampaikan maklumat daripada persekitaran dan dari dalam badan kepada otak
2. Memproses maklumat - Otak memproses dan menilai maklumat untuk membuat keputusan / memberi tindak balas
3. Memberi tindak balas - Sistem saraf menghantar arahan kepada otot dan organ untuk menjalankan tindak balas yang sesuai.
Apakah Kesan Gangguan Sistem Saraf Terhadap Kesihatan?
Masalah atau gangguan sistem saraf manusia akan mendatangkan kesan yang agak ketara terhadap kesihatan seseorang.
Kesan ini bergantung kepada jenis masalah saraf, tahap kesakitan dan bahagian sistem saraf yang terlibat.
Beberapa kesan umum termasuk:
1. Kesakitan - rasa sakit menyucuk / kepanasan pada bahagian badan yang terlibat.
2. Kehilangan Fungsi motor - gangguan saraf menyebabkan otot menjadi lemah, menjejaskan koordinasi badan, dan hilang kemampuan untuk membuat gerakan atau aktiviti tertentu.
3. Gangguan Sensori - hilang deria sentuh pada bahagian terlibat, seperti rasa kesemutan, mati rasa atau hilang sensasi.
4. Masalah Koordinasi & Keseimbangan - menyebabkan pesakit sukar mengawal koordinasi dan keseimbangan badan yang boleh meningkatkan risiko kecederaan akibat terjatuh.
5. Gangguan Mental dan Emosi - menyebabkan pesakit mengalami kemurungan, cemas yang keterlaluan dan sukar tidur
6. Masalah Pencernaan dan Kencing - sistem pencernaan dan kencing terganggu, menyebabkan masalah sukar menelan, gangguan usus dan pundi kencing tak berfungsi
7. Penurunan Kualiti Hidup - mengalami sakit kronik, hilang fungsi anggota badan, masalah gangguan emosi menyebabkan kualiti hidup berkurang
8. Penurunan Kemandirian - pesakit saraf yang kronik sukar menggerakkan anggota badan tertentu, memerlukan pertolongan dari orang terdekat untuk melakukan pergerakan asas
9. Keterbatasan Sosial dan Pekerjaan - kesakitan akibat gangguan saraf menyukarkan pesakit untuk bersosial dan melakukan pekerjaan
10. Kesan Terhadap Kardiovaskular dan Respiratori - dalam sesetengah kes, gangguan saraf memberi kesan terhadap sistem kardiovaskular dan respiratori yang menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dan gangguan pernafasan
3 Cara Atasi Masalah Sakit Saraf Dengan Berkesan
1. Atasi Keradangan / Inflamasi Pada Sel Saraf
Keradangan adalah tindak balas semulajadi badan kita terhadap sebarang ancaman (kecederaan, jangkitan kuman atau kerengsaan) yang berlaku dalam badan.
Ini adalah sebahagian dari proses pertahanan badan untuk melindungi badan kita dari bahaya dan memulakan sebarang proses pemulihan supaya badan kita terus sihat dan dapat berfungsi secara normal.
Semasa berlaku keradangan, beberapa perubahan terjadi seperti peningkatan aliran darah, timbul pembengkakan, kemerahan dan rasa nyeri pada bahagian terlibat.
Keradangan pada sel saraf mengakibatkat sel saraf menjadi bengkak, kemerahan dan rasa sakit yang teramat sangat, yang mana akan mengganggu pergerakan anggota badan.
Ada sesetengah keadaan badan pesakit saraf tidak boleh disentuh langsung kerana terlalu sakit.
Cara yang paling berkesan untuk atasi kesakitan akibat keradangan pada sel saraf adalah dengan mengamalkan makanan yang tinggi dengan kandungan anti-radang / anti-inflammation.
Contoh makanan yang bersifat anti-radang adalah minyak ikan, phytonutrients (nutrisi dari buah-buahan seperti pelbagai buah beri, sayur hijau, tomato dan kekacang) serta minyak zaitun. |
2. Melindungi Dan Membaik Pulih Sel Saraf Dari Kerosakan
Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai ancaman dari radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam badan kita.
Radikal bebas wujud di sekeliling kita - dari sinaran matahari, pencemaran udara (asap rokok, asap kenderaan, asap pembakaran terbuka, dan lain-lain), hasil dari proses metabolisme semulajadi badan, sinaran mengion (radioaktif), keradangan dan tekanan dalam badan.
Semakin banyak radikal bebas dalam badan kita, semakin banyak sel-sel badan kita yang rosak.
Bila banyak sel yang rosak, sistem badan kita tidak dapat berfungsi secara normal dan mula menua dengan cepat.
Badan kita lebih mudah diserang pelbagai penyakit dan sukar untuk sembuh kembali.
Kita memang tak boleh lari dari radikal bebas tapi kita boleh kurangkan kesan radikal bebas terhadap kesihatan badan kita dengan mengamalkan makanan yang kaya dengan sifat antioksidan.
Pengambilan antioksidan pada kadar yang mencukupi mampu melindungi sel saraf daripada kerosakan yang lebih teruk.
Selain itu, antioksidan juga mampu membantu proses penyembuhan sel saraf yang terjejas dengan lebih cepat.
3. Hasilkan Sel Saraf Baru Yang Lebih Sihat
Badan kita akan hasilkan sel baru setiap 28-84 hari, bergantung kepada usia individu dan jenis sel yang terlibat.
Untuk hasilkan sel baru yang lebih sihat dan bebas dari kerosakan, kita perlu bekalkan sel kita dengan nutrisi yang cukup.
Nutrisi terbaik untuk hasilkan sel saraf yang lebih sihat, kuat dan bertenaga adalah protein yang berkualiti pada kadar yang mencukupi.
Pemakanan harian kita tak cukup protein yang berkualiti kerana protein mudah rosak pada suhu tinggi.
Kebanyakan protein yang kita makan sudah hilang zat kerana sudah dimasak, mungkin hanya tinggal hampas sahaja.
Jadi kita perlu cari alternatif untuk cukupkan keperluan protein harian kita, supaya sel saraf kita cepat sihat dan sembuh dari masalah gangguan saraf.
Set Saraf Sihat Bantu Atasi Masalah Sakit Saraf Dengan Berkesan
1. Omega-3 untuk kurangkan keradangan
Omega-3 dari minyak ikan sangat kaya dengan sifat anti-radang.
Fungsi anti-radang adalah untuk menurunkan sejenis bahan kimia / enzim yang terhasil dalam badan kita akibat keradangan.
Bila amalkan Omega-3 yang mencukupi, kadar keradangan pada sel saraf akan berkurangan, seterusnya menghilangkan rasa sakit saraf yang menyucuk.
Omega-3 mampu melindungi dan memulihkan sel saraf yang tercedera dan mengurangkan bengkak akibat keradangan
Pastikan Omega-3 dari minyak ikan yang dijamin selamat sebelum anda mula amalkannya :
1. Omega-3 bergred farmaseutikal, proses penghasilan omega-3 menepati standard farmaseutikal
2. Omega-3 dari minyak ikan tulen yang tak dicampur dengan minyak hati ikan dan minyak-minyak lain
3. Omega-3 perlu bebas dari logam berat seperti merkuri dan plumbum yang bahaya untuk kesihatan anda
4. Omega-3 dari jenama yang dipercayai, sudah berada dalam pasaran lebih 20-30 tahun
Dapatkan produk Omega-3 yang berkualiti tinggi dari Miza.
Setiap pembelian akan disertakan jadual pemakanan produk yang betul untuk pastikan sel saraf cepat sihat.
Klik link ni untuk WhatsApp Miza [Pertanyaan Masalah Saraf]
2. Antioksidan
Fungsi utama antioksidan adalah untuk meneutralkan aktiviti radikal bebas yang merosakkan sel badan kita.
Pengambilan antioksidan mampu melindungi sel saraf anda daripada kerosakan dan membantu menghalang kerosakan sel menjadi lebih teruk.
Ada beberapa jenis antioksidan, antaranya ialah :
1. Vitamin A, Vitamin C & Vitamin E
2. Coenzim Q-10
3. Resveratrol
- sejenis polifenol tumbuh-tumbuhan, mempunyai khasiat antioksidan, antiradang dan antikanser.
Pentingnya bagi pesakit saraf untuk amalkan antioksidan yang mencukupi dalam diet harian mereka supaya dapat melindungi sel-sel saraf anda daripada kerosakan.
Seterusnya, dapat mengurangkan kerosakan sel saraf dan membantu sel saraf pulih dengan lebih cepat.
Pengambilan makanan tinggi antioksidan setiap hari meningkatkan peluang sel saraf yang rosak kembali sihat dan kurangkan risiko kesakitan berulang kembali.
Dapatkan produk antioksidan berkualiti tinggi dari Miza. Setiap pembelian disertakan konsultasi cara makan produk yang betul.
Klik link ni untuk WhatsApp Miza [Pertanyaan Masalah Saraf]
3. Protein
Protein sangat penting dalam proses penghasilan sel baru yang lebih sihat dan bertenaga supaya sel saraf anda kembali sihat dengan lebih cepat.
Diet harian yang tinggi protein yang berkualiti dapat bantu atasu masalah gangguan saraf dari segi:
Membentuk dan Membaik Pulih Sel Saraf Yang Rosak
- Protein membantu dalam pembentukan dan membaikpulih sel-sel tubuh, termasuk sel-sel saraf.
- Sel-sel saraf yang sihat dapat membantu mengurangkan risiko masalah saraf.
Sintesis Neurotransmitter
- Neurotransmitter ialah zat kimia yang berfungsi dalam penghantaran isyarat sel saraf.
- Beberapa neurotransmitter terbentuk dari asid amino yang merupakan komponen dalam protein.
- Protein yang cukup membantu proses sistesis neurotransmitter yang sempurna untuk pastikan fungsi saraf yang normal.
Menyokong Struktur Saraf
- Protein juga berperanan dalam membentuk struktur saraf seperti membran sel saraf
Melindungi dan Mempertahankan Sel Saraf
- Protein berperanan dalam sistem pertahanan tubuh dan memberikan pelindungan terhadap kerosakan yang mungki terjadi kepada saraf.
- Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu mencegah atau mengurangkan risiko keradangan dalam sel saraf.
Menghantar zat ke sel saraf
- Protein juga penting dalam proses penghantaran pelbagai zat dalam tubuh, termasuk zat-zat yang diperlukan untuk fungsi saraf yang optimal.
- Jadi pentingnya untuk pesakit saraf amalkan protein yang mencukupi untuk pastikan sel saraf anda kembali sihat dan dapat berfungsi secara normal.
Klik link ni untuk WhatsApp Miza [Pertanyaan Masalah Saraf]
4. Polifenol
Polifenol merupakan ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan kandungan antioksidan, antiradang dan antipenuaan semulajadi.
Sifat antiradang dalam polifenol akan membantu melepaskan sejenis bahan kimia yang kita panggil enzim.
Fungsi enzim ni adalah untuk menurunkan kadar keradangan dalam badan kita
Bila kita amalkan polifenol pada kadar yang mencukupi secara konsisten, tahap keradangan akan berkurangan, seterusnya menghilangkan rasa sakit saraf yang sering berulang-ulang.
Selain itu, sifat antioksidan pada polifenol juga membantu untuk melindungi sel badan kita daripada kerosakan DNA.
Polifenol juga mampu menghalang penghasilan protein AGE yang merosakkan sel badan kita, seterusnya menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.
Pentingnya anda amalkan polifenol supaya sel anda mendapat tenaga yang mencukupi untuk melakukan fungsi normal badan pada tahap yang optimum.
Sel yang tak cukup tenaga akan mengalami kesukaran untuk menjalankan fungsi normal, menyebabkan kesihatan kita terjejas.
Jadi, rebut peluang untuk amalkan polifenol secara konsisten supaya kesihatan anda bertambah baik dan anda dapat jalani kehidupan yang lebih bahagia.
Bonus bila anda amalkan polifenol adalah sel anda akan menjadi lebih muda.
Ada kajian saintifik yang menyokong bahawa pengambilan polifenol yang berterusan mampu menjadikan sel lebih muda 25 tahun!
Pastikan anda dapatkan produk polifenol dari Miza. Miza akan ajar cara makan produk yang berkesan supaya anda dapat hasil yang lebih cepat.
Testimoni Set Saraf Sihat
1. Sakit Saraf (Carpal Tunnel Syndrome) Hilang
2. Sakit sendi dan saraf hilang (pesakit scoliosis S)
3. Kebas tangan hilang
4. Kaki dah tak kebas selepas seminggu
5. Saraf beransur pulih, dah boleh drive
Jaminan Selamat, Halal & Lulus KKM
Order Sekarang
Anda berminat nak atasi masalah sakit saraf anda dengan berkesan?
Sila dapatkan produk saraf yang dijamin selamat, halal & lulus KKM dari Miza.
Sila klik link ni untuk menempah produk anda
Hubungi Miza Untuk Sebarang Pertanyaan
Berminat untuk tahu lebih banyak penyelesaian masalah saraf yang lebih berkualiti, selamat dan berkesan?
Sila hubungi 019-9363759
Jaminan Servis Terbaik Untuk Pelanggan Miza
set saraf shaklee, legakan sakit saraf, hilangkan sakit saraf, rawat saraf dengan shaklee, vitamin shaklee untuk sakit saraf, rawatan sakit saraf, ubat saraf, vitamin saraf, saraf rosak, sakit saraf, penyakit saraf, vaksin penyebab saraf sakit, sakit saraf kronik, rawatan alternatif penyakit saraf
0 komen