Aku dan hari rabu | Pakar Cantik

Wednesday, July 8, 2009

Aku dan hari rabu

Selamat pagi dunia. (Hohoho)

Tahap kemalasan hari ini agak tinggi.
Rasa macam mood bekerja hilang.
Tak tahu hilang ke mana.
Ditelan kekalutan pagi mungkin.

Ya, kalut.
Sebab sehelai tudung.
Ya, Fatin Alias, itu tudung kau yang aku pinjam malam tadi.
Konon-kononnya pada hari ini aku nak melawa pargi kerja.

Malam tadi aku merancang
Konon-kononnya pagi ini aku nak pakai blaus pink bersama inner putih dan jeans hitam
Pada hemat aku, tudung bercorak yang ada warna pink adalah paling matching
Aku tak nak kelihatan plain pada hari rabu

Tapi tudung pink yang berbunga-bunga milik aku itu sudah dipakai pagi tadi (semalam)
Maka aku berkira-kira untuk meminjam dari housemates
Dan target aku ialah Fatin Alias
Sebab aku dapat menghidu bau tudung bercorak yang ada unsur pink dari bilik depan
Tambahan pula tudung Fatin Alias pernah dipinjam oleh housemates lain
Konon-kononnya si Fatin Alias ni pembekal tudung bercorak yang paling laris dalam rumah kami.

Aku dengan tidak syak lagi ke bilik depan
Dengan muka tak malu mencari-cari tudung yg paling matching
Memilih-milih sambil menilik-nilik
Dan akhirnya ketemu jua apa yang dicari

“Tapi tudung ni susah nak jadi”
“Kebarangkalian tak menjadi?”
“90%. Haha”

Warning dari Fatin Alias itu seperti angin lalu
Dalam kepala terbayang-bayang aku yang cantik esok harinya
Dan dengan bersungguh-sungguh iron baju dan tudung
Kelihatan seperti buang tebiat
Sebab kebiasaannya iron pagi sebelum pergi kerja
*Penangan nak cantik*

Pagi tadi tudung itu tak menjadi

“Tukar tudung laen la gewess. Ke kau nk iron sekali lagi?”
“Aku iron lagi lah. Letak starch byk2 sket. Mane taw kot2 jadi”
*Masih tak nak kalah.*
Iron lagi dengan harapan tudung itu menjadi
Malam tadi testing ok je

7.35 pagi
Tak boleh jadi ni
Semua orang dah keluar
Aku sorang je terkapai-kapai iron tudung
Lalu aku merembat tudung hitam yang plain yang baru dibasuh malam tadi
Pakai. Butang satu kat leher. Selebihnya dalam kereta nanti lah.
Menjadi. Tak perlu iron!
Dan bergegas keluar

Keluar je dari pagar rumah
Fatin Alias berdekah-dekah gelakkan aku
FINE! Aku serabai sebab tudung kau.
HAHAHA (tiba-tiba rasa nak gelakkan diri sendiri jugak)

Mungkin aku terkena sumpahan hari Rabu
Ingat entry ni dan ini ?
Dan hari ini juga Rabu

Aku malas hari ni
Mood hilang
Motivasi diri menurun

Tak, Fatin Alias
Aku tak salahkan tudung kau
Tak jugak salahkan hari Rabu
Aku salahkan diri sendiri
Sebab menggedik nak pinjam tudung kau
HAHAHA




Konon-konon nak pakai macam ni hari ni


Mungkin lepas post entry ni aku akan lebih bersemangat untuk bekerja.

8 comments:

  1. dan aku bongok tak pegi bekfas.. konon-kononnye dah bekfas kt umah. walhal minum nescafe je pon~

    sabarlah perut menunggu tengah hari. 3 jam tak lame.. *pujuk perut sendiri*

    ReplyDelete
  2. nk pujuk perut kena nyanyi..

    ~perut oh perut
    ~kenapa engkau kosong
    ~macam mana engkau xkosong
    ~tuan punya badan xmo makan
    ~dia nk diet..dia nk diet..

    hak2.. :-p

    ReplyDelete
  3. sahniana, sumbang awak nyanyi. haha

    ReplyDelete
  4. hahaha...
    maafkan tudung aku gewes..
    tudung2 aku tu memang cmtuh..
    pehal ar diorang..hahaha..
    takpe2..
    nanti aku wat tutorial macam mane nak pkai tudung aku..yosh! haha

    ReplyDelete
  5. haha.
    fatin alias, kalo free aku on jek
    sbb aku rasa tudung2 kau tu mcm menarek
    tp kadang2 tak mesra pelanggan
    mungkin dia tak bese lg ngan aku kot
    haha

    ReplyDelete
  6. macam mane ko buat link yang ko taruk x appear kat entry ko? ajar please. huhuhu

    ReplyDelete
  7. lin..
    kalo kt blogspot, mase nk buat new entry tu, kan ade tmpat utk font, sizing,allignment sume tu kan.. kt situ jgk ade tmpt utk buat hyperlink..

    1st, ko highligthkan word utk hyperlink then click kt hyperlink tu. then akan kuar window suh masukkan link tuh.. ko just masukkan link tu and click ok. done. simple je. hehe

    tp kalo kt wordpress aku xtaw la kan cane..

    ReplyDelete
  8. muzik bangau2 je..tapi bley tukar jadi muzik len kot..ekekeke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...