Oh mama, saya mahu kawen! | Pakar Cantik

Monday, November 9, 2009

Oh mama, saya mahu kawen!

Dah dua hari aku pulang lewat. Dekat-dekat maghrib baru sampai rumah. Dalam dua hari ni aku kena halau. 2 hari kena halau, tapi aku masih tabah.

Well, aku kan tough. Walaupun lebih kepada bajet, tp aku tough!

Eh, aku bukan kena halau dari rumah lah.. aku kena halau dari ofis T_______T Nak bajet rajen balik lambat pon kena halau. Fine fine. Aku memekak jek kat ofis tu nyanyi suke-suke hati sambil buat logbook yang tak siap-siap.

"Weyh, kau ni bila nak balik?"
"Kejap lagi balik lah.. tunggu kawan, dia ada hal siket"

Dan tiba-tiba...

*jeng jeng jeng*

"Mizah ada kawan yang jadi cikgu tak?"
"Takdelah, kawan Mizah sumenye engineer (to-be).. kenapa?"
"Ni ha, mak saya dah sibuk suruh kawen.."
"Owh. dah tu, kawen jelah.."
"Takde calon nk jadi isteri laaa.. awek ramai je, tapi yang nak jd bini tu takde.."
"Owh. suruh lah mak carikan, senang keje takyah fikir byk-byk"
"Itu yg susah tu.. Mizah lah yg tlg carikan.. hehe"
"Erk!?"

OK OK. Dah dapat ke belom point mukaddimah ni? Haha. Macam entah pape jek mukaddimah -_-"

Pointnye di sini, si engineer tu beria-ia nak cari cekgu utk dibuat bini. 2 hari ni topik tu je dia duk sebuk cerita kat satu ofis (after office hour --> dgn staff yang OT dan aku yg pulang lewat)

Dia taknak perempuan yg jadi engineer dgn alasan dia nak bini yang pandai jaga anak. Apa, engineer tak reti jaga anak ke?

Alasan dia: engineer (atau perempuan bekerjaya hebat) pasti akan balik rumah lewat sebab kerja. Then, balik rumah tu kompem dah penat dan tak sempat nak melayan anak (dan suami). Tak pun, balik rumah je anak-anak dah tido.. konon-konon nanti anak-anak lebih mesra dengan bibik dari ibu sendiri.

Kalau cekgu, laen lah. Korang pon tahu kan cekgu kerjanya macam mana. Kan kan? Sekolah cuti cekgu pon cuti. Takde outstation. Banyak masa boleh dihabeskan bersama keluarga..

Tak aku nafikan ada betulnye apa yang dia cakap tuh. Dan sekarang pon, ada je kan kita tengok fenomena seperti yang digambarkan tu berlaku, realiti..

Memandangkan aku bakal menjadi seorang engineer suatu hari nanti yang juga akan berkeluarga, aku mula memikirkan hal ini secara lebih mendalam.

Aku nak kawen. Nak ada anak-anak (plural tuuu). Nak jaga sendiri makan-minum husband aku. Nak jaga sendiri anak-anak aku. Aku nak jadi macam mak aku.

Semua dalam rumah aku tu (maksud aku rumah parents aku) mak aku yang jaga. Pendek kata kalau sehari mak aku tak ada kat rumah tu, abeslah tunggang-langgang hidup kami sekeluarga. Cari gula tak jumpa, cari penyapu tak jumpa, cari baju yang dah dimasukkan ke dalam wardrobe pon tak jumpa.

Entahlah, aku pon tak faham sindrom apa yang melanda rumah aku tu (aku maksudkan ahli-ahlinye).. kalau sehari tak menjerit "Ma, towel kat mana?" (sambil menyelongkar almari) or "Ma, kualinye mane?" (sambil melilau-lilau cari kuali kat dapur) (atau perbuatan lain yang membawa maksud yang sama)memang tak sah. Entahlah, memang tak faham. Semacam lebih kepada mengada-ngade je anak-anak mak aku. Haha.

OK, berbalik kepada cerita nak kawen. Cerita manage rumahtangga sebagai seorang wanita bekerjaya hebat.

Aku tak fahamlah apa yang lelaki nak. Ada bini punya baek punya cantek punya kerja hebat punya beria-ia balik rumah pukul 5 nak masak untuk suami tapi suami curang. Mungkin sebab kerjaya hebat?

Salah ke seorang wanita bekerjaya hebat? *masih kolot*

Mak aku suri rumah sepenuh masa dan dia happy hidup begitu. tengok anak-anak membesar depan mata. itu salah satu definisi bahagia, sekurang-kurangnya dari viewpoint mak aku.

Definisi bahagia dari viewpoint aku: bergelumang dengan orang yang aku sayang dan menyayangi aku, juga bergelumang dengan perkara yang aku suka. Sekurang-kurangnya kalau stress dengan hidup, aku di tengah-tengah kasih sayang dan kesukaan.

Aku nak kerja. Aku in love dengan engineering stuffs (design engineering to be exact). Aku tak akan sia-siakan 5 tahun aku bergelumang dengan chemical engineering di UTP (juga 32 minggu internship di MSET)

Aku seorang yang family-oriented type of person. Semestinya aku akan cuba sehabes daya untuk manage family aku sebaek mungkin, dengan pembahagian masa yang optimum antara kerja dan family. Luangkan masa berkualiti, quantiti bukan ukuran. InsyaAllah aku tak akan sia-siakan my kesayanganss kerana mereka sumber kebahagiaan aku :)

Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia.. Aku pilih derita (lirik lagu Derita Merindu oleh Ahli Fiqir)
*Bahagia itu subjektif*

6 comments:

  1. cik mizah.. cekgu skang pon sebuk kadang kala mngalahkan engineer,tak pon sama hebat ngn engineer.. abih kelas ku 2. keas tambahan plak sampai pkul 5.. malam plak ada kelas jugak.. weekend plak meeting cekgu2, takpon xtra class lg... bum campur ngan aktiviti ko-Q lg... ha ha ha.. my mom is a teacher, huahuaha

    ReplyDelete
  2. haha. betol gak tuh. tp tu mizah amek ape yg dia tu cakap jek, malas nk elaborate byk2. hehe.

    tp cuti skolah lame kot~ engineer mane ade cuti camtuh. (taknak kalah) haha.

    ReplyDelete
  3. grad then apply kt our company. if ada ir, i'll take you as one of the partners = D

    it's my dream that's opens a company owns by my ex-college friends.

    every jobs in this works equals with busyness. Even shopaholic berjaya pun sibuk duk kejar sale sana sini.

    And that engineer, the hensem bos tu ke? bila nak letak gambar nya?

    Hehehe.. Am not the 9-5 type. Am more than that.

    ReplyDelete
  4. kecik, blog awak dh private ke? hukhukhuk :(

    lambat lg nk tunggu ir neh. haha.
    bestnye collaborate ngan kawan2 skolah. can't wait! (tibe-tibe excited)

    babe, dat engineer is not the hensem bos. dat hensem bos dah kawen lah, so i tak nak kacau org punye.. hehe. and kalau tak silap, dat hensem bos kawen ngan cekgu jgk T_T

    (harap2 none of mset staff baca blog aku, kalau tak, habeslah T_T)

    ReplyDelete
  5. what??? internship for 32 weeks? panjangnye intern kau. memang lama macam ni ke??

    weh aku pun pagi2 buta dah keluar pegi campus, balik rumah kol 9 malam. x dapat aku bayangkan camne kalau aku dah berkerjaya and berfamily nnt.. :)

    LIN

    ReplyDelete
  6. haha. yeap yeap. internship budak2 utp mmg lame. 14 credit hours taw.

    itulah, mmg xleh nk imagine. tp mungkin bila masa tu tiba, kite dh btol2 bersedia utk ke another new phase of life ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...