Dedicated for Chemejan06 | Pakar Cantik

Sunday, December 5, 2010

Dedicated for Chemejan06




To Chemejan06;
I dedicate lagu ni untuk you all!

with love,
Amizah Azid ;)



***************


Sebenarnya, tak tahu pun kewujudan lagu ni.. pagi-pagi tadi ternampak dekat facebook, Saiful Sofian dedicate untuk Chemejan06. Sebagai warga Chemejan06, haruslah saya klik play. So touching and I cried. Sobss.

Semalam family day Chemejan06. Best gila!
Berseronok secara tidak keterlaluan atas beberapa sebab seperti di bawah:

1. Family Day di Teluk Batik.
Ingat tak peristiwa serangan obor-obor awal tahun lepas? Seriously night mare. Tak pernah jejak Teluk Batik dah sejak kejadian ngeri tersebut. Tetapi disebabkan Chemejan06, saya rela ke Teluk Batik lagi. And I had so much fun with you all (Thanks organizer dan warga Chemejan06 yang menjayakan family day yg awesome tersebut. Love you!). Walaupun ada juga terserempak dengan obor-obor. Nasib baik itu bangkai. Kalau bernyawa, I run away. Mungkin jugak histeria, siapa tahu. Tapi alhamdulillah, saya kuat semangat :)

2. Saya belum present.
Esoklah hari yang ditunggu-tunggu. Semalam tak boleh nak all out masa family day sebab dalam kepala asyik teringat-ingat slides tak siap lagi. Tahu tak, saya cepat cuak..? Tak boleh nak buat-buat lupa walaupun sekejap. Macam masa intern dulu, orang lain yang nak present, saya yang dulu cuak padahal masa tu, turn saya present lambat lagi, dalam 2 minggu lagi. But it's OK friends, cuak menjana progress. HAHA. Balik je family day terus sambung buat slides. See, cuak menjana progress :P

3. Hujan.
Walaupun saya suka hujan tapi saya tak suka kena hujan. Dipengaruhi oleh sebab nombor 2, saya tak suka kena hujan, bermula semalam. Sebab, saya sangat risau kalau-kalau saya demam sebab saya tak present lagi! Kalau dah present, memang seronok la main hujan semalam, sebab saya mana pernah takut hujan. Haha :p Walaupun sebenarnya bukan lebat pun hujannya tapi sebab saya tak present lagi, maka hujan jadi sebab. Banyaknya perkataan sebab dalam entry ni. Haha :P

Tapi, seriously i enjoyed Chemejan06 Family Day. Tak tahu bila akan bergembira seperti ini lagi. I heart Chemejan06! Walaupun ada 3 sebab di atas, itu adalah minor. Majornya kamu semua! Thanks all yang menjayakan, especially organizers.

Till we meet again <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...