Sudah lama tidak berblog secara serius. Sebab serius penat dikejar masa atau dalam erti kata yang lebih klise, tiada masa. Tipulah tiada masa. Padahal sebab pemalas.
Err sebab sebenarnya ialah kerana tidak berteknologi. Saya tidak punya laptop. Telefon pintar pula tidak berapa boleh diharap sejak kebelakangan lalu (sejak kebelakangan ini sudah boleh diharap, sebab itulah keluar satu entri malam ini hehe. Ini pun disebabkan sudah menukar telefon pintar. Sudahlah cerita telefon pintar berhenti di sini).
Saya sebenarnya rindu sama blog. Rindu untuk menulis, ekspresikan setiap sesuatu yang sukar saya lahirkan melalui kata-kata. Saya kan pendiam orangnya (tolonglah percaya). Tapi serius, saya pemalu. Buktinya (walaupun tak perlu), saya gagal mengungkapkan frasa keramat "I do" tatkala ditanya soalan "Will you marry me?" walaupun dalam hati melompat-lompat menjerit "Ya, saya sudi!"
Saya angau walau tidak pernah bercinta (seriyau jugak baca tulisan sendiri). Tapi betullah, saya tidak pernah bercinta tapi saya angau. Penuh setaman bunga dalam hati saya ini. Kalau saya bercinta, silap-silap boleh jadi florist. Sesungguhnya, kebahagiaan membawa keuntungan. Untunglah orang yang bahagia hehehe.
Tak semena-mena saya sukakan bunga mawar walau tak pernah dihadiahkan bunga. Tak pasal-pasal haircare dan facial care nak pakai yang bercirikan bunga mawar. Semacam buang tebiat bila tiba-tiba rasa nak tanam bunga mawar keliling rumah. Nasib baik rasa je, kalau betul-betul tanam macam mana? Lagi parah angaunya.
Cinta itu aneh dan kadang kala membingungkan. Mana tak anehnya, tidak bercinta tetapi angau. Saya tidak bercinta, tapi saya sedang jatuh cinta. Hehe.
Kisah orang tak pernah bercinta yang angau ini boleh diikuti pada entry berikutnya jika masih diberikan kesempatan oleh Tuhannya. Sebab dah mengantuk, simpan idea untuk entry lain pulak.
xoxo,
AA
0 komen