Hari tu kan hari raya korban.. haruslah saya balik beraya di kampung. Alhamdulillah, sepanjang hidup 22 tahun ni tak pernah miss beraya bersama keluarga bahagia :) Berbaloi sangat balik raya, habiskan masa berkualiti bersama keluarga, walaupun sebenarnya masa tu tengah study week. Err. Sebenarya balik beraya tatkala orang lain dah start exam. Pagi-pagi Isnin tu orang lain sibuk pergi exam, saya and the gang sibuk packing barang masuk kereta. Mentang-mentanglah paper start lambat kan, heaven je balik raya. I like! Saya suka! Haha :P
Saya and the gang (Ibah, Mala dan Azuary) bertolak pada pukul 9.30 a.m (lebih kurang). Masa tengah drive tu saya dapat instinct yang kami akan sampai lewat lalu saya bagitahu mereka "Aku rasa la kan, lambat kita sampai hari ni".
Kemudian, one of them (saya tak ingat siapa) tanya kenapa dan saya jawab "Nak bawak slow je hari ni, kereta berat banyak barang dan ramai penumpang". Sebab biasanya saya balik berdua je tapi hari tu berempat plus bonet penuh dengan barang. Kan dah nak abes belajar, so angkut barang sikit-sikit bawak balik rumah so that nanti kereta tak penuh sangat bila balik yang paling last. I Saya tak sabar nak balik yang paling last tu. Can't wait!
Maka bergerak lah kereta itu dengan tidak seloww seperti yang digembar-gemburkan tadi. Maksudnya di sini, saya tetap speeding apabila perlu. Haha. Apabila perlu saya ulang :P
Masa tengah panjat bukit dekat hutan Gerik tu tak payah lah berangan nak speeding buat kejang kaki je tekan minyak tak laju-laju. Tunggu je bila turn turun bukit. Tak payah tekan minyak pun dah cuak sebab laju sangat. Berdebar-debar control steering sambil sekali-sekala tekan brek. Mata+Otak fokus 200% kat depan, orang sebelah sembang memang tak dengar dah. Dalam hati dup dap dup dap (gayat neh, gayat! :P). Fuhh, adventure betul nak balik kampung. Tapi saya suka! :P
Tapi ada satu incident yang agak ngeri berlaku. Tengah laju turun bukit tu kan, tiba-tiba ada kereta kat depan datang dari arah bertentangan. Sedang memotong, haruslah laju kan. Amboi-amboi, sesuka hati dia je nak potong lori dekat double line. Tahulah lori tu selow, tapi tu kan double line bang, tak nampak ke? Nasib baiklah saya buat-buat cool, tekan brek dengan tak steady sangat (mengejut, haruslah. kalau tak nahaslah kami). Dan nasib baiklah jugak tak ada kereta kat belakang. Kalau tak, nahas kuasa dua.
Bila dah tahu bukan saya yang salah, dengan selamba saya hon kereta tu. Hon panjang-panjang, lama-lama. Kasi reminder sikit lain kali double line jangan gedik nak potong, lagi-lagi dekat selekoh atau kawasan bergunung-ganang berbukit-bukau. Sumpah menjengkelkan pandu kereta tak berhemah. Nyawa saya dan kawan-kawan sangat precious tau. Syukur, diselamatkan dari malapetaka. Alhamdulillah :)
Dan ada satu lagi incident yang berlaku. Tapi kali ni tak ngeri lah. Cumanya, kereta habis bateri. Kong terus. Langsung tak hidup kereta bila start. Lagi sekali, saya cool. Sebab ada kawan-kawan dan ibu bapa Mala yang tolong tunjukkan kedai jual bateri kereta (kediaman Mala di Tanah Merah). Nasib baiklah jugak berhenti makan tu dah dekat-dekat kawasan bandar Tanah Merah. Senang lah sikit mencari kedai bateri. Dibuatnya berhenti makan dekat Puncak Titiwangsa, tak ke nanye nak mencari kedai bateri. Alhamdulillah lagi :) Tapi melayang jugak lah RM170. Tapi tak apa, yang penting kereta dah hidup dan boleh balik beraya.
Sudahnya, sampai rumah pukul maghrib. Maksud saya di sini, elok je sampai rumah orang azan Maghrib. Betul kan instinct saya, sampai lewat. Patutnya, perjalanan balik kampung amek masa 6 jam je, so kiranya dalam 3.30 atau 4 petang dah boleh sampai rumah. Cari kedai bateri dan pasang bateri pun dah amek masa dekat 2 jam, tambah pulak terambik jalan jauh nak balik ke rumah, mana taknya nak sampai cepat. HAHA. Apakan daya, kami hanya mampu merancang, Tuhan penentu segalanya. Apa-apa pun, pengalaman pertama kali ini haruslah saya ingat sampai bila-bila. Hehe :)
Saya rasa, mungkin itulah kali terakhir saya pandu kereta dari UTP-rumah sebab balik yang paling last ni abah saya nak datang amek! Syoknya syoknya! Maka, kereta kesayangan saya tinggalkan di rumah. Tapi sekarang saya masih belum terbiasa dengan ketiadaan kereta di UTP. Asyik terfikir-fikir park kereta kat mana bila nak keluar pergi IRC (IRC je destinasi penting 2-3 hari ni). Park kat rumah la akak oii! So pergi IRC tumpang orang je la. hehe. Thanks Fatin! ;)
P/S: Entri suka-suka lepas gian lama tak berblog.
0 komen