Pagi esok akan bergerak ke Paka untuk menjalani satu lagi fasa baru dalam hidup. Fasa baru di mana semua anggur dari ladang telah habis didagangkan (eceh!). Setelah berpenat-lelah membanting tulang empat kerat seorang diri selama hampir 5 bulan, akhirnya saya berjaya menemui seorang pedagang yang baik hati lagi budiman serta bijaksana malahan handsome lagi, yang sudi membeli anggur dari ladang saya. Terima kasih saudagar budiman kerana mempercayai ketereran saya membanting tulang @#&^*&*%^#@!
OK lah, dah tak mahu main-main dah. Kena jadi dewasa, atau sekurang-kurangnya berpura-pura atau berlagak dewasa. Ye lah, dah 23 tahun kan umurnya.. eh, baru 23 lah! :P
Seseorang, tolong saya packing please! Saya malas gila nak packing ni. Mungkin sebab sedih nak tinggalkan rumah dan family serta kambing peliharaan. Saya akan rindu semua orang (termasuk kambing) terribly sepanjang pemergian saya ke Paka. 5 bulan cuti bukan sekejap tahu..?
Paling tak boleh lupa keakraban saya dengan Ma. Ma dan saya sama-sama comel. After breakfast sepatutnya kemas rumah tapi kami sepakat tengok TV secara berdating di ruang tamu. Tengok cerita indon, Kejora dan Bintang di Astro Ria pukul 10.30 pagi, siaran ulangan semalam punya. Sebab setiap episod baru ke udara pada pukul 6.30 petang.. 6.30 petang adalah slot saya bersama Ma dan Abah sembang petang.
Saya suka slot dengan Abah sebab banyak motivasi. Abah pernah cakap dia ada bakat jadi lecturer tapi dia tak nak, dia suka jadi tukang kebun. Rumah Abah penuh tumbuh-tumbuhan. Ada pokok bunga, ada pokok jambu batu, ada pokok jambu mawar, ada pokok mangga, ada pokok delima, ada pokok macam-macam. Bukan setakat rumah ada taman, dalam hati pon penuh taman ;P
Saya dah rasa sebati sangat dengan suasana 5 bulan ni. Dah sebati kena bebel dengan Ma dan Abah sebab selalu gaduh dengan budak kecik si adik bongsu. Kalau tak gaduh dengan adik bongsu, dengan siapa lagi aku nak bermanja? Konon~ Haha ;P Juga sudah sebati kena bebel dengan Ma sebab liat nak bawak kambing keluar makan angin rumput serta bawak kambing masuk kandang. Lama-lama dah jadi sebati tiap-tiap pagi pergi kandang kambing.
Hidup yang sangat heaven macam ni, siapa yang tak akan rindu? Saya paling rindukan zaman sekolah berbanding zaman universiti. Yelah, saya dah tinggalkan sekolah 5 tahun, tinggalkan universiti baru 5 bulan. 5 tahun 5 bulan, macam tajuk novel lah pula. Pernah baca 5 tahun 5 bulan by Hlovate? Best gila okay, rugi betul kalau tak baca :P
Tengok Royal Wedding tadi, teringin pula nak pergi sana. Saya pernah berangan dengan kawan baik masa di universiti, nak sambung belajar kat sana. Saya positif angan-angan tu akan jadi kenyataan. Amiin :) Tapi saya tak pernah pulak berangan nak kawen dengan putera raja. Mungkin boleh start berangan sekarang kot :P
Baiklah, saya kena paksa diri packing sekarang. Kalau dilayan perasaan malas ni, alamatnya kelam kabut lah esok.
Have a wonderful weekend everyone!
P/S: Entry ni secara tak langsung menjelaskan perihal pengumuman penting dalam previous entry ;)
0 komen