Quick and Easy..

... and super tasty!

Ini serius, tak ada main-main langsung. Mesti percaya! ;p

OK, dengar sini semua. Saya nak sharing resipi kek yang sangat mudah dan cepat serta lazat dengan anda dear readers ;) Ini bukti I love You. Eceh. Sharing kan caring ;p

Semalam, setelah berminggu-minggu kempunan home-made cake, maka saya beranikan diri ke dapur untuk baking. Kek coklat memang awal-awal saya tolak tepi sebab family saya kurang gemar ditambah pulak dengan sebab tak ada stok serbuk koko kat dapur (memang tak pernah ada stok pon padahal). Haha ;p

So here we go, Kek Lemon Lemak Manis. Eceh, bagi nama tak tahan~

Bahan-bahan:
1. 1 3/4 cawan tepung gandum (naik sendiri - diayak)
2. 1 cawan marjerin
3. 1 cawan gula
4. 4 biji telur (gred A)
5. 1 sudu (makan) susu pekat manis (nak bagi rasa lemak-lemak manis)
6. 1 sudu (makan) perasa pandan (kalau tak ada, letak esen vanila. kalau dua-dua tak ada pun tak apa)
7. 3-4 sudu (makan) Sunquick perisa lemon (kalau tak ada perisa lemon pon OK, boleh ganti dengan perisa lain.. tapi nama kek kena tukar la ;p)

Note: 5-7 saya agak-agak je ikut perasaan (instinct) :p

Cara-cara:
1. Pukul marjerin dengan gula sehingga kembang. Saya pukul pakai tangan sendiri guna senduk kayu sebab saya dah tak percaya dengan mesin pemukul. Mungkin sebab mesin pemukul tersebut kek saya tak jadi hari tu.. (refer this entry)

2. Setelah agak-agak tangan dah nak timbul muscle berketul-ketul, boleh lah masukkan sebiji telur. Tapi sebelum tu pastikan megi saya sudah kembang #$@%$%^# adunan marjerin+gula itu sudah kembang. Kalau tak kembang, mungkin tak jadi kek, jadi kuih beke pulak kang~ meranalah sape-sape yang kempunan nak makan kek nanti. Haha ;p

3. Pukul adunan tersebut. Setelah agak-agak adunan sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Selang-selikan dengan sebiji telur sehingga kedua-dua telur dan tepung habis.

4. Kemudian, masukkan susu pekat manis, perasa pandan dan Sunquick lemon.

5. Pukul lagi. Agak-agak semua dah bersatu, bolehlah dituangkan ke dalam loyang.

6. Bakar pada suhu 180 degree C selama lebih kurang 40 minit atau sampai masak. Cara nak confirmkan kek dah masak ialah dengan mencucuk lidi kat tengah-tengah kek. Kalau kek dah masak, lidi tu bersih bila dikeluarkan. Kalau ada sisa kek, tak masak lagi la tu. Tunggu la sampai masak ye baru keluarkan dari oven ;p

Note: Haruslah diingati, ketuhar/oven perlu dipanaskan dulu selama lebih kurang 10 minit sebelum membakar kek.


Sebenarnya, saya agak nervous semalam. Takut-takut lah tak jadi kek. Kalau jadi beke lagi sekali, memang tobat tak mahu baking dah. Haha ;p Walaupun semalam adalah April Fool, adunan kek saya tak meragam untuk prank saya. Malah, it turn out so lovely jadi kek yang gebu dan super tasty. Serius I tell you! Sebijik kek dah habis dalam masa tak sampai 24 jam. Sekejap-sekejap ke dapur. Sekejap-sekejap makan kek. Gembira sangat-sangat tengok semua orang makan kek dengan bersungguh-sungguh. Ye lah kan, kalau kek tak jadi selow la sikit pace ke dapur ;p

Err. Saya bukanlah nak gebang saya terer buat kek ke apa. I'm just too excited after 2 failures -_-". After all, sharing is happiness ;) Jom sama-sama baking untuk orang tersayang selagi diberi peluang dan waktu. Life's too short, remember?

Btw, saya dah habis baca Remember Me?. Berbaloi beli buku, habis jugak aku baca ;)

P/s: tak ada gambar sebab saya tak ada kamera. gambar capture dalam hati je ;p dan dalam perut juga ;pp

You Might Also Like

0 komen