Semalam, katanya nak makan di Cookies & Ginger. Tapi sebab gerak lambat dan jalan jem teruk, terpaksa tukar ke plan B. Maka ke Bigfood lah kami semalam.
Sampai kedai makan pun dah pukul 11 lebih. Bayangkan betapa menderitanya perut aku. Sempat tidur lagi dalam kereta sebab jem teruk. Motif lah malam-malam minggu nak buat kerja pembinaan besarkan jalan.
Bigfood; sesuai dengan namanya, portion makanan yang dihidangkan sangatlah besar. Selayaknya, aku tak layak makan kat sini sebab nanti membazir. Kami order seperti dalam gambar (lupa nak capture nama meal). 3 orang makan pon tak habis. Memang membazir T_T
Korang kalau rasa perut kecik macam aku, bolehlah share dengan orang sebelah. Dan jangan tamak nak order macam-macam jenis, nanti tak larat nak habiskan. Lainlah kalau kau memang suka membazir. Tapi membazir itu amalan syaitan, harap maklum.
Makan sampai pelayan suruh balik (orang last). Nampak tak gigihnya nak cuba habiskan meal tu?
Ok. Aku sudah sampai di Tesco Sri Alam, tempat yang dijanjikan tadi. Aku nekad datang tanpa menunggu lampu hijau dari Zu. Kelaparan membuatku bertindak luar kawalan. Kan aku ada tulis tadi pasal tekanan. Kelaparan juga salah satu tekanan (bagi aku) dan tanpa disangka, tekanan ini mendorong positiviti kepada aku. Menunggu bukankah sifat mulia?
Zu baru call, katanya baru nak gerak. Baiklah Zu, aku setia menanti di sini.
Aku rasa macam takde motif aku update blog bercerita pasal menunggu kawan untuk pergi makan. Dah takde idea sangat ke ni?
Aku rindu kampung, walau baru tak sampai seminggu sampai Pasir Gudang dari Bachok. Ok, aku taknak berangan kewujudan pintu suka hati yang sangat kartun itu. Tapi aku kagum betul dengan manusia kreatif yang reka kartun tu. Bikini bottom; paling tak boleh blah boleh plak si spongebob tu main tanggap si obor-obor macam tangkap kelip-kelip kusangka api. Dia tahu tak aku allergic dengan obor-obor? Macam la dia kisah kan?
Ok lah. Dah malas nak menaip. Taip banyak-banyak buat aku lapar. Kalau tak menaip pon, aku memang tengah lapar pon. Makin lewat makan makin tinggi chance aku menggemok. Ok rilek je. Puasa tahun depan kurus balik.
Aku sedang menunggu Zu, kawan aku di Pasir Gudang ini memberikan isyarat lampu hijau kepadaku. Aku sudah siap, janji dengan Zu mahu keluar makan malam ni. Cookies & Ginger, kalau tak silap aku nama kedai itu. Nanti kalau Zu dah bagi isyarat lampu hijau, aku akan keluar memandu ke Tesco Sri Alam, tempat pertemuan sebelum mengorak langkah lebih jauh ke Adda Heights (kalau tak silap aku, kedai makan tu letaknya di Adda Heights). Janji pukul 8.30, katanya. Sekarang sudah 8.34. Adakah aku terlalu taksub pada ketepatan masa?
Malam ini malam minggu, malam yang dinanti-nantikan. Kononnya mahu berjimba malam minggu, esoknya tak perlu bangun awal bersiap-siap pergi kerja (harus bangun awal untuk solat subuh, itu wajib).
Kononnya lah. Esok aku perlu pergi kerja. Atas dasar tanggungjawab seorang pekerja, aku relakan sahaja diri ini menjadi workaholic. Aku harap, workaholic aku di Pasir Gudang ini hanyalah pada jasad sahaja. Janganlah workaholic terus sampai jiwa tertekan. Tekanan tidak bagus, dalam banyak perkara. (Ya, kadang-kadang tekanan bersifat positif; tapi kebanyakan kadang itu, negatif lebih menyerlah).
Aku ingin berpesan (lebih kepada diri sendiri): jangan jadi hamba kerja.
Ah, sudah 8.42, isyarat lampu hijau dari Zu belum menunjukkan tanda. Apakah aku perlu berlapar lebih lama?
Terlalu banyak yang aku ingin luahkan. Mungkin blogspot bukan tempatnya. Mungkin, macam dulu-dulu, buat karangan dalam hati je. Mungkin, aku harus berhenti sekarang.
Semoga lepas aku hit publish, Zu segera memberikan isyarat lampu hijau. Zu, mudah-mudahan kau 'mendengar' seruanku ini.
Salam all.
It's been ages since my last post.
Aaahh why everytime I want to write I cannot write?
Writer's block, perhaps.
***
Menulis perkataan perhaps mengingatkan aku pada lagu Perhaps yang Yuna nyanyi (versi Yuna, penyanyi asal aku tak tahu). Aku suka lagu tu tapi aku tak reti nyanyi. Aku lagi suka dengar Yuna nyanyi dari dengar aku sendiri nyanyi. Entahlah; mungkin sebab Yuna tu penyanyi dan aku pula hanyalah seorang estimator. Bagai langit dan bumi perbezaan kami. Macam enggang dengan merak, mana boleh terbang bersama. Eh merak boleh terbang ke?
Dah nak masuk setahun aku kat Pasir Gudang ni. Tak sangka aku boleh survive. Kalau kau dengar cerita aku pasal Pasir Gudang (dari suara aku sendiri), pasti kau kagum dengan aku. Ah tak payahlah kagum sangat, aku sendiri pon tak berapa nak kagum dengan diri sendiri.
Kau bayangkan, dalam masa 10 bulan ni, dah 6 kali aku pindah rumah. Kau kiralah sendiri purata berapa bulan aku tinggal di sesebuah rumah tu. Secara jujurnya, aku sangatlah tak suka hidup secara nomad (berpindah randah). Tapi, Tuhan lebih tahu. Mungkin, aku tidak sukakan sesuatu tapi ia baik bagi aku. Dan mungkin juga, aku sukakan sesuatu tapi ia tidak baik bagi aku. Tuhan tahu, sedangkan aku tidak.
Aku rasa, dalam hati aku sekarang penuh bunga. Sejak bila entah aku tertelan biji benih bunga. Tapi yang peliknya, bunga mekar dalam hati, bukan dalam perut. Ah peliklah.
Tak ke pelik, tanam bunga dalam hati? Mungkin juga, gara-gara b-complex yang aku makan 2 biji setiap hari tu. B-complex kan bersifat penenang, menenangkan fikiran lalu mendamaikan hati maka tumbuhlah bunga mekar mewangi.
Eh tulis perkataan mewangi mengingatkan aku pada lagu Akim Ahmad, Mewangi. Aku suka lagu ni. Ah, kenapa lagu mewangi yang semacam jiwang ni aku suka?
"Jadikan malamku lebih indah, jadikan siangku lebih terang, biarkan bungaku mewangi selamanya..."
Sejak akhir ini terasa suka pada bunga. Rasa macam nak tanam bunga je kat laman rumah ni. Nak bagi wangi je rumah ni (walaupun rumah sewa je). Petanda apakah ini? Bakal usahawan bunga berjaya agaknya.
Sudahlah, hentikan repekan ini.