Bagaimana memulakan bisnes Shaklee dengan modal MINIMUM?

Assalamu'alaikum w.r.t & hai kepada semua pembaca yang sudi menyinggah :)

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 24/5/2015. Diam tak diam dah nak masuk setengah tahun dah. Bagi orang yang sibuk, memang tak terasa sangat masa cepat berlalu. Sedar-sedar je eh dah dateline hari ni. Sedar-sedar je dah pukul 5.30 petang, sedar-sedar je dah masa balik kerja. Sedar-sedar je dah hujung tahun, sedar-sedar je azam yang ditanam awal tahun masih belum mampu dituai.

Insyaallah, saya sedang usahakan untuk menuai hasil dari tanaman azam pada awal tahun hari tu. Mudah-mudahan dengan Shaklee, saya mampu realisasikan cita-cita saya untuk menjadi surirumah jutawan. Walaupun saya bekerja sebagai jurutera bergaji 4 angka, surirumah tetap menjadi profession kegilaan saya. Insyaallah, bi iznillah :)

Seronok buat bisnes Shaklee ni.. Sangat flexible. Kita boleh buat bisnes pada bila-bila masa yang kita suka dan di mana-mana yang kita suka, asalkan ada komputer / smartphone dan internet. Apa yang saya suka dengan bisnes Shaklee ialah semuanya boleh dibuat secara online – sangat helpful untuk mereka yang sangat sibuk macam saya, buat order dan daftarkan ahli baru secara online sahaja. Sedar-sedar je barang dah sampai depan rumah, sedar-sedar je dah siap daftarkan ahli baru :)

Selain dapat untung dari jualan produk makanan kesihatan bertaraf antarabangsa, kita juga boleh dapat insentif berupa bonus bebentuk 3C (Cash, Car & Convention – Tunai, Kereta & Konvensyen). Shaklee bukan sahaja bagi ganjaran berbentuk material (kebendaan) kepada pengedarnya, tetapi juga sangat mementingkan self development (perkembangan diri). Dalam team saya, kami sering menganjurkan leadership seminar (seminar kepimpinan) di seluruh negara untuk ahli dalam kumpulan besar kami, SDFG (Shaklee Dynamic Family Global) – cerita lanjut dalam entry-entry pada masa akan datang, insyaallah.

Apa yang saya nak kongsikan dalam entry hari ni ialah: Bagaimana memulakan bisnes Shaklee dengan modal MINIMUM?

  1. Pertama sekali, untuk mulakan bisnes Shaklee, anda perlulah mendaftar menjadi ahli Shaklee untuk melayakkan anda menjadi pengedar Shaklee yang sah.
    Caranya, anda perlu ditaja (sponsor) oleh mana-mana pengedar Shaklee yang sedia ada (hubungi saya untuk menaja anda menjadi pengedar Shaklee di nombor 019-9363759). Yuran pendaftaran ahli hanyalah RM79.50

  2. Kemudian, anda memerlukan bisnes tools (alat perniagaan) – dalam konteks bisnes Shaklee ini, bisnes tool yang paling utama ialah produk. Bagaimana anda boleh mendapatkan bisnes tools yang lain, akan saya kongsikan apabila anda sudah mendaftar menjadi pengedar Shaklee bawah saya. Saya akan tunjukkan cara dari kosong sampai berjaya. Yang penting, hubungi saya :)

Shaklee menawarkan program YES (Young Entrepreneur System – Sistem Usahawan Muda) untuk membantu mereka yang ingin memulakan bisnes Shaklee secara serius. Program ni khas untuk anda yang mula mendaftar menjadi pengedar Shaklee pada bulan Mei – Oktober 2015. Dengan program ini, anda akan mendapat bonus 4 angka dalam bulan pertama anda memulakan bisnes anda. Untuk bulan kedua, pendapatan anda akan berganda, dan berganda-ganda untuk bulan berikutnya, insyaallah jika anda ikut sistem dengan betul.

Apa yang menarik mengenai YES program ini ialah, Shaklee dah siap-siap buat bisnes tool untuk anda, insyaallah akan diceritakan dalam entry seterusnya. Kalau anda tak sabar tunggu entry berikutnya, boleh hubungi saya sekarang di 019-9363759 (SMS dan WhatsApp). Siapa cepat dia dapat hasil dulu. HEHE.



You Might Also Like

0 komen