GST - Apa boleh buat?

Assalamu'alaikum w.r.t..

Malam ni saya taknak buat karangan panjang-panjang sangat, sebab masa sering cemburu pada saya. Asyik rasa macam kena kejar je. Penat lah macam ni. Semput dah tak larat nak lari ni. Saya nak jalan melenggang-kangkung sahaja, mahu nikmati setiap langkah kaki yang dihayun, juga menikmati angin malam yang dingin dan menenangkan. (wah gitu! Mudah-mudahan tercapai target malam ni nak buat karangan yang tak berapa panjang)

Masa lunch tadi, ada sembang-sembang dengan akak tempat saya kerja. Katanya, bos dia tawarkan dia upgrade dari pekerja kontrak kepada pekerja tetap. Saya ingatkan dia gembira, rupanya tidak. Sebab, kalau nak upgrade jadi pekerja tetap, gaji kena downgrade. Biasanya, gaji pekerja kontrak lebih tinggi dari pekerja tetap; lebih pekerja kontrak pada gaji, lebih pekerja tetap pula pada benefit (maaf, saya lupa maksud benefit dalam bahasa Melayu).

Dalam musim gawat macam ni, siapa yang rela gaji kena downgrade? Bukankah kita sering mengeluh, bila lah gaji nak naik? Bukankah kita sering marah bila harga barang naik tapi gaji tak naik-naik? Bukankah kita setiap masa bekerja keras untuk capai KPI (Key Performance Indicator) yang ditetapkan oleh pihak syarikat; dengan harapan mendapat bonus gaji berbulan-bulan?

Pekerja kontrak bonusnya separuh dari pekerja tetap. Kalau kat tempat saya kerja, harapan tinggal harapan lah tunggu bonus. Kadang-kadang tunggu bonus tu macam tunggu bulan jatuh ke riba, ataupun tunggu kucing bertanduk. Kalau nak lebih drastik lagi, tunggu bulan jadi warna biru – once in a blue moon.

Kononnya syarikat tak banyak untung, tak dapat bagi bonus, kenaikan gaji juga tiada. Jadi, KPI tadi untuk apa? Untuk suka-suka, atau untuk kepuasan sendiri? Kepuasan sendiri yang macam mana, maksud anda?

Dulu masa belajar kat UTP, saya ada belajar pasal pengurusan sumber manusia (Human Resource Management). Sedikit-sebanyak saya tahu bila kita kerja, kita inginkan ganjaran (reward). Reward pula terbahagi kepada dua – intrinsic (internal) reward & extrinsic (external) reward. Extrinsic reward macam yang kita semua maklum – gaji & benefit, manakala intrinsic reward pula berbentuk kepuasan bekerja.

Sekali lagi saya tanya, kepuasan yang macam mana anda inginkan? Puas bekerja keras untuk kayakan syarikat atau puas bekerja keras untuk kayakan diri sendiri?

Tepuk poket, tanya apa yang boleh buat?

Kenapa saya tanya boleh, bukan nak? (Tepuk poket, tanya apa boleh buat instead of Tepuk poket, tanya apa nak buat?)

Sebab, ramai antara kita (termasuk saya) bila tepuk poket, tanya apa nak buat; jawapan memang nak buat macam-macam. Tapi, boleh ke nak buat macam-macam tu? Kalau jawapan anda boleh buat macam-macam bila tepuk poket, alhamdulillah :)

Tapi, kalau jawapan perlu difikir-fikirkan dulu apa yang boleh dibuat bila tepuk poket, saya menjemput anda untuk sertai saya, mulakan bisnes Shaklee bersama saya; GROW bersama saya. Bimbingan percuma diberikan sehingga berjaya, tempat terhad.

Saya sudahi karangan yang tak berapa panjang ini dengan seruan – design your career, design your life! Hubungi saya di talian 019-9363759.





You Might Also Like

0 komen