Cara Pilih Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan Untuk Suri Rumah

Zaman sekarang zaman pakai duit. Suami seorang je yang kerja memang tak cukup untuk tampung perbelanjaan harian keluarga. Lagi-lagi ada banyak komitmen, tanggungan pula ramai.

Kalau difikir-fikir, antara kecilkan belanja dengan besarkan pendapatan, kita tiada pilihan. Kita terpaksa akur dengan desakan hidup, kos sara hidup semakin meningkat dan kita tak selamanya mampu mencatu perbelanjaan kita.

Nak tak nak, kita kena besarkan pendapatan kita. Jadi, ramai isteri yang tidak bekerja mula mencari cara memulakan perniagaan dari rumah. Dengan kemudahan teknologi zaman sekarang, ramai yang memilih untuk berbisnes secara online sambil jaga anak di rumah.


cara pilih bisnes yang menguntungkan untuk suri rumah



Namun, apakah bisnes yang paling menguntungkan untuk ibu beranak tiga yang tak punya modal besar?

Apakah ciri-ciri bisnes yang mendapat repeat order yang tinggi dan keuntungan lumayan untuk peniaga?

Bagaimanakah cara memilih bisnes dari rumah yang menguntungkan untuk surirumah?


Cara Pilih Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan Untuk Suri Rumah

1. Pilih Bisnes Yang Bermodal Rendah

Surirumah yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan perlu bijak memilih bisnes yang tak perlukan modal yang besar. Elakkan terjebak dengan bisnes yang bermusim seperti menjual pakaian. Jangan mulakan bisnes yang memerlukan anda membeli stok jualan dalam kuantiti tertentu, yang pastinya akan memakan modal yang agak besar.

cara pilih bisnes bermodal rendah tapi untung besar


Bisnes yang melibatkan fesyen berkembang dengan cepat, dan stok juga perlu bergerak laju. Kalau stok lambat gerak, belum sempat pulang modal dah kena beli stok baru. End up, stok anda berlambak-lambak dan aliran tunai semakin negatif, anda rugi.

Seboleh-bolehnya pilih bisnes yang menggunakan duit pelanggan. Pelanggan bayar, baru anda order dari pengeluar dan pengeluar yang akan pos kepada pelanggan anda. Anda ibarat orang tengah yang menguruskan order pelanggan. Sangat mudah dan menjimatkan.


2. Pilih Bisnes Yang Menawarkan Mentor

Mentor dalam bisnes sangat penting kerana ia ibarat penunjuk arah kepada bisnes kita. Mentor bisnes yang bagus adalah yang lebih arif dan berpengalaman luas dalam bisnes yang kita baru nak mula. Pastinya mentor sudah terlebih dahulu makan asam garam dalam bidang perniagaan dan akan membantu anda membuat langkah yang betul dalam bisnes.

fungsi mentor dalam bisnes


Anda tak perlu buat eksperimen cuba cara A, B atau C untuk berjaya dalam bisnes. Anda hanya perlu ikut langkah yang sudah mentor anda lalui dan terbukti berjaya. Jimat masa dan wang. Anda hanya perlu berusaha dalam strategi yang betul, dan kejayaan pasti milik anda!

3. Pilih Bisnes Yang Mempunyai Sistem Yang Lengkap

Untuk berjaya dalam bisnes, anda perlu ada satu sistem yang boleh membantu bisnes anda berkembang dengan cepat. Ia bukan sekadar 'flow' atau aliran dari awal sampai akhir, tapi bagaimana anda membesarkan bisnes anda dengan strategi tertentu tanpa modal yang besar.

cara buka cawangan bisnes baru tanpa modal besar dan kedai fizikal


Ibaratnya, anda nak buka cawangan perniagaan anda tapi tak perlu ada kedai fizikal dan pekerja yang ramai. Sistem inilah yang akan menentukan berapa cepat cawangan baru anda dibuka tanpa kos yang tinggi dan pulangan modal dan keuntungan yang berkali ganda.

4. Pilih Bisnes Yang Menggunakan Platform Online

Sebagai suri rumah yang memilih bisnes online dari rumah, pastinya anda menggunakan medium seperti Blog, Facebook dan Instagram untuk pemasaran produk anda. Namun, anda mungkin mengalami kesukaran untuk keluar mengepos barang pelanggan kerana tidak mempunyai kenderaan atau anak anda terlalu kecil lagi untuk ikut bersama ke pejabat pos.

cara buat bisnes online tanpa modal besar dan tak perlu simpan stok


Jadi, anda digalakkan memilih bisnes yang membolehkan anda membuat pesanan melalui online juga. Anda menempah produk dari laman web syarikat pengeluar dan mereka yang akan membuat penghantaran secara terus ke rumah pelanggan anda. Ini bukan hanya menjimatkan masa anda tetapi juga menjimatkan duit minyak anda ke pejabat pos. Dan juga kurang tekanan kerana terpaksa menyiapkan diri dan si kecil sebelum keluar rumah.

5. Pilih Bisnes Yang Menawarkan Produk Keperluan

Dalam keadaan ekonomi yang gawat sekarang, anda perlulah bijak memilih produk untuk berniaga. Anda digalakkan memilih produk yang menjadi keperluan pengguna, bukan produk kehendak. Pengguna yang terpaksa mengecilkan perbelanjaan pasti akan memotong peruntukan untuk memuaskan kehendak hati, yang mana tak perlu seperti baju baru, tudung baru dan kasut baru. Mereka masih boleh memakai baju lama, tudung lama dan kasut lama selagi masih elok.

cara tingkatkan pendapatan bulanan dengan cepat


Mereka tidak akan berkira untuk belanjakan duit bagi produk keperluan yang mana akan memberi kesan besar kepada kesihatan, kecantikan rupa paras dan penampilan pengguna. Produk yang tepat dan diyakini pastinya akan mempunyai 'repeat order' yang tinggi. Secara tidak langsung, bisnes anda akan sentiasa berjalan kerana mendapat permintaan yang tak putus-putus. Best kan bisnes macam ni?

Baca: Bisnes Paling Menguntungkan Untuk Suri Rumah Yang Tak Ada Modal


Carian berkaitan: 
  • bisnes modal kecil
  • bisnes online dari rumah
  • online business 
  • cara buat bisnes online untuk surirumah 
  • cara mula bisnes tanpa modal
  • kelebihan bisnes di rumah tanpa kedai
  • mentor bisnes yang bagus

You Might Also Like

0 komen