My 1st Job

OK, sekarang nak cerita pasal kerja pertama saya. Maksud saya kat sini, kerja sambilan yang julung-julung kalinya saya lakukan dalam kehidupan yang lebih kurang 23 tahun usianya ini. It was a marketing job. Marketing beb! Haha :P


Ia bermula dengan satu teks pesanan ringkas dari seorang kawan. Dalam sms tu dia tulis pasal interview details. So saya yang kebosanan masa tu, yang tak pernah dipanggil interview, pergi la menapak ke Wisma Persekutuan Kota Bharu. I punya lah semangat pergi interview tapi last-last dia sembang biasa je dengan interviewee, tak tengok langsung resume, sijil bagai yang we all bawak. Sempoi habis! Walk-in interview la katakan.. haha :p


Pendekkan cerita, I pass interview tu.. dilantik sebagai Marketing Executive. Exec tu~ marketing lagi~~ haha :P Nama company terpaksa I rahsiakan. Bukan sebab apa, I malas la karang orang taip nama company tu keluar blog I yang tak seberapa ni. Malu la I. Hikss ;p


Tapi I bole la bagi sedikit hint macam nama company tu start dengan huruf G, an international company. Dan itu adalah syarikat penerbitan buku. Kalau buku, mesti la ada kaitan dengan education kan..? So company G ni ada buat program pendidikan awal kanak-kanak, start dari 6 bulan hingga la sekolah rendah. Peringkat sekolah menengah, universiti dan orang dewasa juga ada. Bukankah kita disarankan menuntut ilmu hingga ke liang lahad? Eceh, tunjuk skill marketing nmpak~ HAHA :P


Kerja marketing yang I buat ni, we work in a team (division M), and we go all around the globe Malaysia. Kiranya kerja by trip la. Biasanya setiap trip tu ambik masa dalam sebulan atau 2 bulan dekat satu-satu tempat. Kerjanya macam ni, we all attack sekolah pada waktu pagi sampai tamat sesi persekolahan. Kita akan jumpa cikgu-cikgu lah promot kita punya program pendidikan tadi. Mana-mana cikgu yang berminat boleh buat order, diikuti oleh prosedur yang seterusnya lah (takkan lah I nak cerita serba-serbi kat sini kan~). 


Dan kami sebagai Marketing Executive atau nama glemernya saleperson, mendapat komisen berdasarkan hasil jualan tadi. Mind you, kerja ni 100% commission based. No sale, no money. Dan untuk mendapatkan sale tu bukan dengan hanya memetik jari. Kerja ni memang susah, tapi boleh buat (refer entry Where are you?). Memang perit la nak dapat satu order. Sampai sakit tekak terbatuk-batuk buat product presentation. Kalau yang beli tu berbaloi la jugak sakit tekak bagai, kalau yang dengar je tak nak beli..? Yang tak nak dengar langsung..? Cabaran betol! That's why it is called as Rejection Business, sebab orang asyik reject je tak nak beli (refer entry Rejection).


Kena sentiasa sabar dan berfikiran positif. Setiap usaha yang kita lakukan pasti ada balasan dari Allah. Cumanya, kita tak tahu bila Allah nak balas. Mungkin saat itu jugak Allah balas. Mungkin lambat sikit, esok atau lusa. Mungkin lambat banyak, tahun depan baru Allah balas. Ataupun mungkin Allah balas bila kita di sana. Kita mana lah tahu kan Allah nak balas bila kan..?


I berpeluang ikut trip di Kuala Kangsar. Memang best ah. Tak sangka ke Kuala Kangsar (KK) lagi setelah grad dari UTP. I kerja 3 minggu je uols! sempat ikut satu trip je. Tapi itu dah memadai, banyak pengalaman dapat dikutip, dapat la merasa susahnya nak cari duit. Merasa lah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.


Seriously, sepanjang 3 minggu I ikut trip kat KK badan I tak pernah sehat dengan gemilangnya. Asyik sakit je. Sekarang kan musim demam. Lagipun batuk I dah dekat sebulan belum baik-baik lagi ni. Interview kat KL minggu lepas pun bukan sehat sangat. Redha je jawab soalan diselang-selikan dengan batuk. Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Dah dapat gaji bersenang-senang di shopping complex. Haha :P


Sebenarnya kerja ni best. Sirius I tell you. Tapi kena minat dan determined la nak cari duit. Mula-mula memang susah, macam pepatah Melayu la; Alah bisa tegal biasa. Kalau kena cara, boleh dapat beribu-ribu sebulan. Macam one of the managers said la; you pay yourself. Nak duit banyak, kerja rajin-rajin. Kalau malas, sikit la dapat duit. Silap-silap tak dapat langsung. HAHA :P


Tapi I dah berenti, sebab I nak jadi engineer even mak I suruh I jadi cekgu je. Walaupun I belum dipanggil bekerja, mak ayah I suruh stay kat rumah je. Mungkin tak puas lagi nak manjakan I. I kan jarang-jarang je ada kat rumah. Sementara masih ada masa lagi ni, enjoy la puas-puas kat rumah. Yeyeahh! ;)

You Might Also Like

0 komen