Pagi ini indah

I love the atmospehere
Sejuk dan nyaman
Sunyi tapi tenang
Pagi ini indah
I'm lovin it <3


Bukan senang nak dapat atmospehere begini di UTP
Sejak midsem, cuaca berubah seperti: hujan turun mencurah-curah sejak jumaat, menyejukkan bumi Tronoh yang panas. Aku suka hujan sebab hujan itu rahmat, walau kadang-kadang hujan yang over menyebabkan bala seperti banjir. Tapi takpe, itu ujian Allah.. Tak lengkap hidup manusia tanpa ujian, tak gitu?

Sebenarnya, bukan UTP je yang panas. Satu Malaysia (1Malaysia?) dilanda kemarau sampaikan ada beberapa sungai yang paras airnya menurun dan sesetengah tempat yang tanahnya merekah. Di Kelantan beberapa hari lepas, Tok Guru Nik Aziz mengimamkan solat sunat istisqa dan alhamdulillah, hujan lebat turun mencurah-curah sebaik imam membaca surah pada rakaat pertama. Kuasa Allah, siapa tahu?

Ada sorang kawan aku cakap, yang stay kt UTP sekarang (midsem break) adalah orang baik-baik sebab bila diorang (orang yang kurang baik) balik kampung terus hujan turun. Konon-konon sebelum ni panas sebab diorang banyak dosa. Haha. She's kidding, jangan amek serius pulak :p



P/s: Sambung buat progress repot FYP yang kurang ada progress. Chaiyokkk~!

You Might Also Like

2 komen

  1. ces terasa gak sbb blk mid sem..
    debush stret ke hati..hahahha

    ReplyDelete
  2. haha. sbb mu takdok la mi utp jd sejuk :p

    ReplyDelete